Friday, November 27

Kelas intensif dan tuition cuti sekolah November 2015

Cuti sekolah ni bagi kebanyakkan sekolah dah mula cuti dan mungkin tak buat kelas tambahan untuk persediaan UPSR tahun depan kan....sekolah Dania ni ada buat kelas intensif bahasa inggeris khas untuk persediaan UPSR tahun 2016 kertas bahasa inggeris pada 23 Nov - 26 Nov 2015. Kebetulan ada juga diselitkan tuition Maths dengan cikgu yang mengajar kelas Dania. 

Kelas intensif bahasa inggeris ni setiap hari 4 jam dari 8 pagi - 12 tengahari. Masa ni sempat saya snap gambar group Dania tengah present. Ni dah hari last dah ni. Murid yang join kelas intensif ni ada 80 orang dan dibahagikan kepada 2 kelas. Kalau ikutkan tahun 5 ajer ada seramai 200++ orang murid. 


Habis ajer kelas intensif bahasa inggeris, saya dah bawa dania dan kawan-kawan balik kecuali Nadia gambar bawah ni. Saya bawa pergi makan dulu. Lepas makan hantar balik rumah kejap. Dalam 1.30 petang dah fetch untuk bawa ke sekolah sebab ada tuition matematik dengan cikgu ni, cikgu Siti Rozila. Special kelas ni sebab cuma ada 3 murid ajer. Hari pertama ni cuma ada 2 ajer murid sebab murid yang ketiga tu balik kampung. 


Okay ni hari kedua tuition ni. Macam tu lah rutin saya. Pagi Dania kelas intensif bahasa inggeris. 2-4 petang Maths la pulak. In between nak kena hantar 2 kawan Dania balik rumah. Kali ni Faris baru join kelas Maths ni. Cikgu ni memang ajar tuition Maths Dania start lepas UPSR 2015. 3 murid ajer jadinya cikgu dapat tumpukan sepenuhnya kepada mereka. Cikgu pun tak nak ambik murid ramai-ramai sebab tak dapat nak fokus. 


Ni hari ketiga dah ni. Pemalu yang boboi seorang ni...


Cikgu ni bagi buku dan suruh buat latihan. Cikgu ni tengah bagi nasihat kat Dania tu. Kelas pulak kalau start selalu jam 2 - 4 petang...hari keempat ni mula jam 12.30 - 2.30 petang. Dapat la rehat 1/2 jam sebelum tuition Maths ni. 


Hari last je yang takde kelas intensif bahasa inggeris. Kelas Maths start awal jam 8-10 pagi. Kelas hari ni kat sekolah agak sunyi sebab takde murid yang ada kelas kecuali mereka bertiga ni. 


Sebelum bercuti, cikgu dah siap bagi pakej percutian yang menyeronokkan lagi. Bagi homework Maths. Moga Nadia, Dania dan Faris akan mahir lagi menjawab kertas matematik ya. Semua gambar ni menggunakan kamera telefon Galaxy Note 5. Memang puas hati lah sebab terang gambarnya. Blackberry 10 pun tak seterang ni. 







1 comment:

Related Posts with Thumbnails