Thursday, November 12

Legoland Hotel dan Legoland syurga kanak-kanak

Mula-mula tak sure nak pergi bila masa cuti sekolah. Akhirnya setelah travel voucher dalam tangan ada balance lagi RM900, saya discuss dengan hubby nak pergi Hotel Legoland on Dania's birthday. Kebetulan birthday Dania jatuh pada hari Sabtu, 7 November 2015. Kalau pergi bukan pada cuti sekolah, harap-harapnya tak ramai orang la kat hotel legoland tu. Bertolak pada 7 November 2015 jam 3 pagi dan tiba di Hotel Legoland dalam pukul 8.30 pagi. Kira ada la tidur kat R&R sekali. 

Masa tiba tu terus parking dalam Hotel dan pre check in. Check in yang betulnya jam 4 petang. Kalau bilik dah ready awal, staff hotel legoland akan contact. Dania main-main dulu dengan lego yang berjuta-juta lemon kat lobi hotel tu. 


Ada few families jugak dah tiba pagi ni. 


Ada castle yang besar kat lobi hotel. 


Maskot Lego Pirate ni ada pulak kat lobi hotel. Masa gi kat dier, lego ni undur ke belakang pulak. Elehhh nak main undur-undur pulak. 

Birthday girl dengan maskot Legoland Pirate. 


Teruja tengok warna warni dalam store ni. 


Keychain yang seketul cinoet ni berharga RM21.15 ye. 


Birthday girl dah aim nak lego friends kapal terbang. Ok....kita tanya ayah dier nanti. 



Untuk mereka yang menginap kat Hotel Legoland, ada special rate. Kami ambil combo untuk 2 hari. Combo untuk 7 Nov 2015 je kena bayar manakala combo untuk 8 Nov 2015 tu free. 


Disebabkan tak boleh nak check in lagi kami terus masuk park. 


Ini tempat first kami pergi sebab masa kami pergi 16 September 2012 (Hari kedua Legoland dibuka), masa nak main ni train ni dah stop beroperasi sebab Legoland nak tutup dah. 


Ber choo choo train pepagi ni best sebab boleh tengok keseluruhan theme park ni. 


Baru nampak ni....kami tak ambik pon....


Naik bot pulak. Ayah Dania naik bot sampai berpusing. Akhirnya tiba paling akhir. Hehehe....Ummi relax je naik bot sebab Dania tolong bawak. 


First Legoland Park in the world yang buat Ninjago Live Show. Kami berkesempatan tengok show Ninjago ni. Akhir show dapat bergambar dengan watak utama Ninjago. 


Comelnya tong sampah ni. 


Dania nak naik kereta pulak. Ayah dia pergi settle Dania. Ummi dia berehat sambil snap snap gambar dulu. 


Dania dan kawan-kawan memandu kenderaan masing2. 


Dah tengahari dah ni. Perut pun minta diisi. Order set nasi ayam dewasa. Dapat sekali dengan air pilihan dan ice cream Walls. 


Lagi satu set kami order fish and chips. 2 set ajer order boleh kongsi 3 orang. Set fish and chips ni didatangkan dengan air dan sup cendawan. 


Lepas tu jalan jalan lagi sehingga ke observation tower ni. Ala-ala Menara Taming Sari, Melaka. Last time masa nak naik observation tower ni kena tunggu sehingga 1 jam jadinya kami tak naik la sebab lama sangat nak menunggunya. Kali ni trip ke 2 dah boleh masuk dah. Boleh nampak keseluruhan theme park ni. Kat bawah ni roller coaster dragon. 


After that ke sini. Tak main pun sebab nanti mesti sakit tangan. Dah la kami semua letih baru je sampai Legoland ni. 


Comelnya bear ni. 


Dania kat Miniland. 



Mintak sikit ice cream kat Mr Walls. 


Call Hotel Legoland nak tengok kami punya bilik dah ready ke belum. Hooray kol 2pm dah boleh early check in. Jumpa lagi castle besar kat lobi Hotel ni. 


Belakang yang kecik-kecik tu mini figurine Lego. 


Bilik kami Adventure Theme. Excited Dania tengok bilik ni. Dania kata nak tidur kat bunk bed ni. Ni bilik kanak-kanak. Actually boleh muat 3 orang kanak-kanak kat sini ni. Siap ada TV satu kat dalam bilik ni. 


Ni bilik ummi dengan ayah. 



Ni TV kat bilik ummi dan ayah. Bilik ummi dan ayah plain je lah. 


Ada seekor rama-rama kat pintu bilik ummi dan ayah. 



Almari baju ni tergantung hanger yang berwarna-warni. 


Dania sibuk nak solve the mystery untuk treasure chest. 



Ada juga tempat buat air kot nak minum malam nanti. 


Ada scorpion dalam bilik air. Memang setiap lego yang ada ni ikut tema bilik kita. Tema Adventure ni ala ala Indiana Jones. 


Ni lah hadiah dalam tresure chest ni. Hooray!!!


Dalam bilik air ada hand dispenser pun mengikut tema bilik kita. I guess kalau pirate mesti gambar pirate lego. 


Sabun ni pun berbentuk lego ya. 


This floor memang tema Adventure. Dah settle dengan mandi, tidur, solat terus masuk balik theme park Legoland. Tu yang best kalau beli tiket combo. Boleh juga kalau nak masuk keluar dua-dua theme park samada water park atau Legoland theme park. Kita buat hari ni masuk theme park. Esok baru masuk water park. 


Ni attraction baru kat Legoland ni. Star Wars. 






Ummi teringin pose dengan Darth Vader. Scary sebab ada bunyi Darth Vader bernafas. 


Kami singgah Lego Kingdoms pulak. 



Ada wolves ni sebab tema halloween agaknya. 


Ada labah-labah dan hantu....eiiiiiii.....


Kami main jugak tembak-tembak mummy ni. Masuk je terus dapat main. Syok la pergi tak ramai orang ni. 



Dania naik ni pulak. Memang suka naik ni. Kat Movie World naik, kat Seaworld pun pernah naik mainan macam ni. Berkali-kali naik syok sungguh. 


Cutenya taman ni. 


Singgah main ni pulak sebelum balik. Ada tempat siap ada bom air lagi. Kalau kena basah gak. 



Ni penutup ni. Dania naik sorang2 sebab ummi dan ayah takut pening lak naik ni. 


Kami singgah nak minum kat cafe ni sebelum keluar gate Legoland tu. Kat luar masa ni hujan lebat. Tetiba dekat ngan kami ni staff Legoland nyanyi Happy Birthday untuk satu family ni. Saya tanya dekat staff tu macamana kalau nak buat surprise macam tu. 

Jeng jeng jeng.....datang 3 orang staff Legoland bawak sepotong kek siap lilin dan goodie bag untuk Dania. Mereka nyanyi lagu Happy Birthday lagi untuk Dania. Dania terkejut sebab masa tu Dania sibuk baca novel. 

Such a wonderful surprise. Boleh tengok muka Dania bawah ni, Malu-malu je bila kakak ni tanya umur berapa tahun....


Happy sangat penutup hari ni di Legoland. Tq staff Legoland yang bernama Nizam dan Aqilah!!!! 

4 comments:

  1. sronok dania dpt celebrate busday tdo hotel legoland...so yg waterpark tk masuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esoknya aimi.....nanti kita update 😊😊😊

      Delete
  2. Teringinnya nak pergi. Tepi legokand ni macam tak seduai sangat dengan dewasa sebab banyak mainan budak2 je kan?
    Jemput baca :)
    http://nurulzayani.blogspot.my/2015/11/ben-kitten.html

    ReplyDelete
  3. Tunggu anak dah besar la baru boleh pergi.. Best sikit..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails