Rabu, Disember 31

Travelog Umrah Ziarah Part 2 - Turki

Pagi 13 Disember pula, breakfast kat hotel. Hotel yang kami tinggal ni 3 star ajer jadi just nice ajer hotelnya. Paling penting terletak berdekatan dengan tram dan bandar. Ok jom kita tengok makanan yang dihidangkan kat sini yer. 


Ada buah zaitun kalau tak silap ni. Makan dengan apa saya tak berapa pasti. Saya cuma ambik sebiji ajer buah zaitun. Rasanya masam. Macam terasa makan asam pulak. 


Ada kentang goreng dan roti seakan roti canai tapi dalamnya ada cheese. 



Ni plate saya ni. Saya makan lempeng, croissant, salad telur. Saya sapu lempeng saya ni dengan chokella. 


Seleksi salad segar. 


Ada juga pemanis mulut agar-agar. 


Ni lah chokella yang sedap ini. Dania ambik lebih makan begitu saje. Rasa Chokella ni macam rasa Choki Choki coklat. Pernah try Choki Choki? Haaa sama je lah rasanya dengan Chokella ni. 


Kalau nak minum teh boleh pilih nak teh apa. Berrak Yesil pun ada. Bagi kita perkataan tu agak kelakar tapi tak sure Berrak dalam bahasa Turki ni apa maknanya. Hehe. 


Sementara nak tunggu masa yang dijanjikan untuk berkumpul di hotel, kami jalan jalan sekitar Hotel Eurostar dulu. Stesen tram dekat sangat dengan hotel kami. 


Dania ambik photo ummi dan ayah. Cuaca pagi ni macam aircond. Nak kata sejuk sangat pun tak lah. 


Group kami dipecahkan kepada 3 group. Group saya mengikut tour guide nama Latif. Latif la tolong ambik gambar kami bertiga depan Grand Bazaar. Kami 40 orang dalam satu group pergi Grand Bazaar naik tram. Dari stesen tram dekat hotel kami tu nak ke Grand Bazaar dalam 5 station. 


Suasana dalam Grand Bazaar. 


Pedang kecil pun ada jual. Kat airport ni mungkin tak lepas. 


Cermin dengan ukiran antik ni saya berkenan jugak tapi tak beli pun. 



Berkenan saya dengan lampu Turki ni. Tapi nak bawak balik saya tak sanggup la pulak. 


Ukiran kat bumbung Grand Bazaar. 


Sebenarnya tak boleh ambik gambar kat lampu-lampu Turki ni tapi saya perasan tak boleh ambik tu lepas Dania dah snap gambar saya. Agaknya tu lah yang orang belakang tu terkejut kot. Hehe. Sorry haa....baru perasan tak boleh ambik gambar. Bukan saya sengaja yer. 


Latif membawa kami semua berjalan. Actually agak meletihkan juga sebab kena tunggu orang lain shopping padahal kami tak shopping pun. Ada satu insiden kami kena tunggu 2 orang yang hilang dari kumpulan kami. Yang hilang tu pun tak inform pulak Latif yang beliau nak jalan sendiri. Tau tau hilang je. Ramai juga yang geram-geram kat situ. Mana taknya kena tunggu pulak Latif cari mereka berdua pulak. Dekat 1 jam juga kami semua menunggu Latif. 


Jalan kat sini membukit. Nak bagi motivasi saya cakap tak la membukit 90 darjah macam kat San Francisco. Letih sungguh jalan kat sini. 


Singgah minum jus delima kat sini. Harganya cuma 1 Lira ajer. Rasa jus delima ni manis-manis kelat. Saya suka je mencuba benda yang baru. Tour Guide kami yang tangan ke atas tu. Peramah dan mulut becok sangat. Hubby ni ikutkan luka di kaki masih tak kering tapi semangat nak berjalan. 



Restoran ayam golek ni yang Latif kata kalau makan tergolek-golek. Hehe. Restoran kat area Grand Bazaar ni kecik sangat. Boleh muat dalam 20 orang je kot. Setengah daripada kami kena tengok orang makan. Alehai.....ada seorang yang marah-marah dengan Latif ni sebab bawa kami ke restoran ni. Tapi pada hakikatnya mana ada restoran yang besar-besar area Grand Bazaar ni. Semuanya restoran kecik-kecik. Dah la kena jalan jauh-jauh, tunggu orang lepas tu lapar pulak. Saya cuma bersabar je lah. Boleh praktis sebelum ke tanah suci. Kat sana kena lagi banyak-banyak bersabar. Nak makan pun ala ala Charlie Chaplin kena cepat-cepat. 


Ni lah ayam golek ni. Dalam pinggan ni ada 5 ketul ayam golek, barli ke nasi ke ni saya tak sure tapi rasanya sangat sedap. Ada pula cam roti naan kat situ. Daun salad pun ada juga. Portion sangat la banyak ni. Akhirnya saya tapau ajer. 


Kat sini ada jual Turkish Delight. Saya beli 1/2 kg Turkish Delight sebijik masa dihidang atas flight Turkish Airlines. Opps habis sepanjang kami kat Turki lagi. Tak sempat bawak balik Malaysia. 


Apa yang saya perasan, masjid kat Turki ni sepesen jer. Masjid yang paling glamer ialah Masjid biru atau Masjid Sultan Sulaimaniye. Masjid Biru mempunyai 6 menara dimana kerajaan masa tu tak nak melebihi menara di Masjidil Haram. Sebagai tanda menghormati masjid suci tersebut.  


Sepanjang perjalanan ke hotel kami, kami melalui kawasan dataran ini. Tumbuh bagai cendawan restoran. Yang pastinya makanan halal senang didapati di sini. Eh eh kalau makan kat restoran ni mesti cukup 40 orang ni. Dalam Grand Bazaar kekecik restorannya. 


Jalan dan jalan lagi. Mana ke hotelnya ni. 


Gerai kecik jual roti ada di mana-mana. Memang kegemaran orang tempatan makan roti agaknya. 


Disebabkan time spent untuk mencari 2 orang ahli group yang hilang tu akhirnya kami semua terlepas nak ke Spice Bazaar. Jalan punya jalan akhirnya baru la kami tau yang hotel kami tu terletak dekat ajer dengan Spice Bazaar. Dah tiba bilik hotel nak keluar balik pun malas. 

Next entry Bosphorus Cruise........

5 ulasan:

  1. beshnya baca ur travelog ni ;) pic berdua yg dania snap tu sweet sgt ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq suzz. Tapi rasa x puas la jalan Turki ni ikut group. Kalau ada rezeki I nak datang sini lagi. Tempat dia memang cantik. Next time kalau group pun ikut group yang x ramai sgt....

      Padam
    2. Tq suzz. Tapi rasa x puas la jalan Turki ni ikut group. Kalau ada rezeki I nak datang sini lagi. Tempat dia memang cantik. Next time kalau group pun ikut group yang x ramai sgt....

      Padam
  2. Ezna.. u tau kan i ni jenis tak sabar menunggu.. kalau lah i ada dekat tempat u.. alamat dengan orang tu kot i pi sound.1 jam kot.. lame tu..

    tapi apa pun, menarik perjalanan you.. seronok dengar cerite u ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang you sampai ada makcik tu nak pengsan sebab tunggu lama. Hmmm

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...