Khamis, Disember 11

Kami akan berangkat menunaikan umrah

Insyaallah jika diizinkan Allah, saya, suami dan Dania akan berangkat menunaikan umrah ziarah pada malam ini jam 11.00 malam ke Turki. 

Agak mendebarkan juga kerana sehingga saat ini, beberapa jam sahaja lagi nak berlepas ke Turki, group umrah ziarah ada 98 orang kesemuanya tak mendapat visa dari kedutaan Arab Saudi Malaysia. Menurut kata travel agent Eiman Travel, kami semua terus berkumpul di KLIA. Doakan kami semua ya tapi nama kami semua dah ada dalam sistem di Arab Saudi. Ini disebabkan terlampau ramai yang akan menunaikan umrah bulan Disember ini. Kawan saya dari travel agent yang lain, hari ni nak pergi, semalam baru dapat visa. Phewwww......

Photo taken from google

Seterusnya selama 2 minggu ini mungkin takde updates dari blog saya. Doakan kami semua ya. Tambahan pula Mr hubby baru kemalangan motor semalam menyebabkan tangan hubby patah. Dugaan saya dan keluarga ketika ingin ke tanah suci. 

Maafkan saya jika ada penulisan saya yang menyentuh hati pembaca semua. Moga kita semua dimurahkan rezeki. 






4 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ajak Dania makan laksa sedap

Bila saya ada cerita makan laksa sedap tepi jalan kat Dania jadi....bila time Dania off day kerja ajak la ke sini. Dania pun excited nak mer...