Isnin, Disember 1

Enrich Yuna Tiny Forest

Print screen from Malaysia Airlines fb page

Semalam, 30 November 2014 anak saya Dania join Enrich Yuna Tiny Forest di November Culture bertempat di Subang Jaya. Ni pertama kali saya ke sini dan baru saya tahu kedai ni kepunyaan Yuna. Malam sebelum tu siap suruh hubby survey tempat ni lagi.

Saya pilih sesi Dania slot kedua jam 11 pagi, 30 November 2014. Ada 3 slot semuanya. Kalau pilih slot petang saya rasa ada masalah dengan parking pulak nanti. Kalau ahli Enrich workshop ni dapat harga RM30 manakala harga bukan ahli RM100 / pax. Saya tahu pun sebab dapat info dari newsfeed saya dalam facebook. 

Seperti biasa, Dania orang pertama di hari kejadian. Kami breakfast dulu di Umai Putrajaya. Sempat la snap beberapa gambar sebab orang pun takde lagi. Staff November Culture sibuk buat preparation. 


Tahukah anda bahawa kita boleh apply Enrich seawal umur 2 tahun. Jadi silalah apply untuk anak-anak kita. Dania baru ajer saya sign up Enrich ni. 


Ni opening hours November Culture.


Ni diantara tiny forest di November Culture


Goodie bag. 


Ruang di dalam November Culture. Sangat unik dan kreatif.


November Culture terletak di SS 15, Subang Jaya.


Dania ambik gambar dengan lambang MAS.


Ni diantara tools untuk program ini.


Ni bahagian cashier. 


Ni bahagian belakang kedai. Tersusun ajer kaktus kat sini. 


Tu dia. koleksi kasut dari November Culture. 


Dalam box ni ada apa ya???


Aktiviti decorate balang kaca dengan pokok kaktus. Dania duduk sebelah budak iklan Do Re Mi Maxis. 


Yuna senyum bila lensa saya dihalakan ke arahnya. 


Macam-macam bentuk dan rekaan kaktus dalam balang kaca budak-budak ni reka. 


Dania yang decorate ni. Dania kata batu tu Dania buat bentuk huruf M.A.S. 


Di akhir program setiap peserta boleh bergambar dengan Kak Yuna...Yeahhhh.....


Setiap peserta pun dapat 1 keping photo dengan Kak Yuna. 


Ni semua peserta cilik berumur 7 - 12 tahun. Yang belah kiri sekali tu budak dalam iklan Maxis terbaru yang cakap Do Re Mi Fa So La Ti Do......cam tak? Mak dier la yang bagitau saya.


Dania kena pegang kad #FlyingHigh 


Both videos yang sempat saya ambil :-) Ni barisan kanak-kanak Enrich Junior. 


Ni video istimewa untuk readers My Small World!!! :-)


1001 memori dibawa pulang bersama. Terima kasih Enrich Malaysia Airlines dan Yuna November Cuture yang menjayakan Enrich Yuna Tiny Forest :-) Mungkin boleh buat program seumpama ini lagi in future. Masa lapang anak kita terisi dengan aktiviti berfaedah cuti sekolah ini. :-) Saya rasa aktiviti macam ni sangat best untuk kids. 


November Culture
No. 14, SS 15 / 8B,
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

03 5612 1510

http://novemberculture.com/

8 ulasan:

  1. sgt befaedah utk kanak-kanak..boleh memupuk minat utk gardening... :)

    BalasPadam
  2. Sweet Yuna dalam gambar ni, sangat sesuai pembawaan dia untuk event bersama kanak-kanak.

    BalasPadam
  3. Seronoknya...
    Mst happy sgt anak dara sis..
    Kita yg tgk pn excited.. ;)

    BalasPadam
  4. nampak best.. event2 mcm nie mmg bagus utk anak2

    BalasPadam
  5. ade pic anak kawan sheeda, ....bestnye..

    BalasPadam
  6. Going through this particular article didn't just filled me with knowledge, but also gave me an idea about "how to write perect." Such articles prove to be inspirational for newbie content writers like me. The most appreciable part was - "..........blog..............."
    TOP 10 PRODUCTS INDIA

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...