Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, December 30

Travelog Umrah Ziarah Part 1 - Turki

Actually masa hari nak bertolak ke Turki tu, pukul 11 pagi ada call Eiman Travel. Berita yang kami dapat visa tak dapat lagi tapi kami diminta untuk berkumpul di KLIA jam 8 malam. Lepas tu call terus blue cab nak booked jam 6 petang sebab hari kami pergi tu 11 Disember 2014 tu hari bekerja. Takut jam ke apa. Dalam hati saya, berkata juga jadi pergi ke tak ni? Visa umrah tak dapat macamana nak gi umrah?. 

Adik2 saya yang sedang sarat mengandung pun turun KLIA nak hantar saya. Adik saya yang tak mengandung pun ada juga. Budak-budak ni berlarian kat KLIA ni. Macam kat playground ya?. Dania sampai peluh2 main kejar-kejar. Ni lah adik-adik saya :-) Nampak kat situ hubby saya yang pakai anduh. 


Ni lah anak-anak saudara saya. Masa ni anak saudara yang ke enam tak keluar lagi. Masa ambik gambar adik beradik saya, anak saudara yang pakai baju kuning tu dok lompat-lompat depan kamera. Eiiiii biasa tau....


Lega sangat bila dapat tau yang kami semua dalam group Umrah Ziarah Turki dapat visa umrah. Kami naik Turkish Airline. Ni first time saya naik Turkish Airline ni. 


No seat berterabur. Jadi saya minta jasa baik seorang penumpang nak duduk dekat hubby dan dania. Senang sikit sebab nanti hubby memerlukan saya untuk letak beg kat ruang penyimpan. Kami bawa 3 beg besar dan 3 beg kabin. Fuhhh boleh tahan jugak saya jadi superwoman simpan kat atas ni. 



Tak lama lepas berlepas, kami dihidangkan dengan manisan Turkish Delight. Masa makan sekali wahhh sedapnya. Sekali bila pramugari tu lalu depan hubby, dia suruh ambik lagi 2 makanya saya dengan selamba mintak kat hubby nak lagi satu. Hehe. 


Tak lama kemudian, pramugari menghidangkan makanan utama. Saya pilih ikan salmon. Hubby pun pilih ikan salmon manakala Dania pilih hidangan ayam. Boleh tahan sedap menu ni. 


Ni pula breakfast yang saya pilih. 


Perjalanan mengambil masa selama 11 jam diantara Kuala Lumpur ke Istanbul. Nampak dalam peta ni Donetsk tempat tragedi MH17. Kapal terbang kami lalu kat bawah kawasan itu. 


Kimi tiba di Aiport Turki jam 5 pagi. Lepas ajer kastam terus menuju ke Mescit (Masjid/Surau) untuk solat subuh kat dalam Airport ni. 


Kaktus dalam airport. 


Nak pick up baggage kat sini. 


3 beg ni yang saya pick up ni. Berat giler. 


Sementara nak tunggu bas ambik kami ke hotel, makan dulu kat sini. Roti kat sini jenis keras-keras le. Tak tau nak makan yang mana....saya main ambik je roti yang mana. 


Ni salah satu roti yang Dania pilih. Keras. Rasanya seakan ada serbuk kayu manis. 


Keluarga saya orang yang pertama dapat bilik. Ni lah bilik bertiga kami ni. 


Jom skodeng bilik air. 


Banyak stok kat dalam bilik air ni. 


Ada dua bangku kat sini. 


Boleh tengok permandangan kat luar ni tapi tengok permandangan bangunan je lah ye. 


Rehat kejap terus group kami ke Topkapi nak tengok peninggalan bersejarah. Ada peninggalan zaman rasulullah. Ada janggut nabi muhammad juga kat sini. Selain daripada itu jubah Siti Fatimah, pedang dan lain-lain lagi. 


Ni salah satu bumbung kat sini. Cantik sangat. 


Akhirnya berjalan kaki ke Masjid Sulaimaniye ataupun lebih dikenali dengan nama Masjid Biru. Gambar ada bintik2 sebab lense kena hujan. Sejuk sangat cuaca masa ni. Musim sejuk hujan pulak tu. 


Pelawat bukan Islam tak dibenarkan masuk masa ni sebab waktu melawat dah tamat. Yang beragama Islam je dibenarkan masuk. 


Cantiknya ukiran bumbung Masjid Biru atau Masjid Sultan Sulaimaniye. 



Malamnya ada orang delivery makan malam kat bilik. Dah tak payah makan kat restoran ke apa. Lepas tu boleh zzzz......Sedap sungguh nasi goreng Turki ni. 


Tamatlah aktiviti hari pertama. 

6 comments:

  1. bestnyer... insyaallah...kalau xde aral..nak gi umrah jugak...

    ReplyDelete
  2. ila bertolak esok kak.. insya allah balik nanti ila baca semua entry akak... moga2 dapatla ila jejak semua tempat yg akak pegi di mekah dan madinah..

    ReplyDelete
  3. menarik Ezna.. sangat menarik.. hubby you kalau u tak cerite pakai anduh, orang tak tau pun dia tahan sakit ke apa.. sangat tenang

    ReplyDelete