Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 24

Slimming Center & Massage

S2 Slimming

I ada pergi satu slimming center ni selepas my sister bagi coupon yang my sis tak sempat nak guna. Jadi i pergilah ke Slimming Center ni. Namanyer S2 Slimming kat Bandar Puteri. Ambassador Amber Chia. I pergi dengan Dania selepas ambik dier kat Tadika. 

 Coupon S2 Slimming

Reception Counter

Dania posing kat duta S2 Slimming Amber Chia

Kat dalam slimming room tak boleh ambik gambar. Mula2 ada asap ginseng yang diletakkan kat pusat i. Rasa asap masuk melalui pusat. Perut rasa macam berangin jer. Selepas tu badan i diurut satu badan dengan menggunakan minyak serai. Selepas diurut consultant datang la tanya2 kalau i buat selalu senang i akan pregnant lagi sebab ginseng yang masuk melalui pusat i tu akan memanaskan peranakan i. Banyak lar dia bla...bla...bla.....citer pasal dier yg lambat dapat anak. Selepas buat treatment ni tak lama selepas tu terus lekat. Macam tak percaya jer. Sebabnyer i rasa dia tak jujur sekadar nak suruh i join S2 Slimming jer. I kemudian dibalut dengan plastik dan dimasukkan ke dalam machine. Wooooo peluh tak hengatttt tu bila therapist buka plastik tu. Ehmmmm i rasa biasa je treatment ni. Lepas tu ingatkan boleh balik, rupanyer consultant kaww kaww jumpa i soh ambik package dier yang berharga RM belas ribu (aku ni surirumah jer weiiii.....he he he), Dania kat sebelah sampai tertidur ambikkkk.....last last i buat alasan Dania tidur i kena balik rumah. Phewwww lega baru boleh balik. Dalam kereta Dania membebel kata lama sangat dia pot pet sampai Dania mengantuk....hee hee hee........

Thai Odyssey 

Cakap pasal Thai Odyssey pulak. Ni tempat massage. Banyak cawangannyer tapi i pergi kat Casa Square Puchong Jaya. I pergi dengan Dania jugak. Hee hee hee. Mana boleh tinggal anak ummi kan?....Lepas bayar kat front counter, i kena basuh kaki dulu. Lepas tu, I ingat kan kena tanggal apa2 yang patut, tapi kena pakai pyjamas and tukang urut Siam ni akan urut kita tanpa guna minyak. Ni 1st time i mengurut cara Thai Massage. Saja nak merasa. Wahhhh sedap sehhh. Tukang urut akan guna tapak tangan, kaki, siku dan dagu untuk urut kita. I tengok Thai massage ni banyak elemen stretching tapi cara dia lembut. Lembut macam dia greet i sebelum i masuk bilik mengurut. Sawadee Kap...Dania mula mula colour coloring book dia. Akhirnyer, disebabkan lampu malap, tambahan ber-aircond dan tukang urut pass bantal dan tuala bersih, jadinyer Dania ZZZZ zzzz ZZZZ.....


Sambil mengurut, tukang urut ni bercerita tentang kehidupannyer yang dah jadi ibu tunggal dan amat susah. Ada 2 anak yang dah besar kat Thailand and kebetulan hari tu dia baca paper, kampung dia kat Thailand ada kejadian kebakaran. Kan situasi kat Thailand sekarang tak stabil? Dia sempat telefon kampung nak tanya khabar. Semuanyer selamat. Aduhhh airmata i dah bergenang dah. Entah kenapa. Semenjak menjadi ibu ni, airmata murah sangat. Insaf sekejap betapa bertuahnyer kita kat Malaysia ni. Semuanyer ada. Sangat aman. Cerita punyer cerita, dah 1 jam 15 minit. I ambik pakej 1 jam jer.....jadi untung la 15 minit. Takde orang boleh la melayan eh??.....Tapi.....memang sangat sangat sedap. Highly recommended untuk yang nak relakskan diri anda tu.....I prefer ni dari gi Slimming tuh......hu hu hu hu.....

Thai Odyssey ni baru buka kat sini....

Mula2 therapist akan basuh kaki kita dulu

Kemudian akan pakai Pyjamas ni...

Dania sampai tertidur tunggu ummi mengurut. ZZZZ

 Kat ruang tamu

 



3 comments:

  1. c.inn pun suka thai massage, esp bl dia pakai siku. tp xtahan geli heheh. ms c.inn pegi yg kat ampg point tu, tukang urutnye siam pure so bercakap pun mcm cakap ayam ngan itik hehe tp memang puas hati. shafik kata badan makin tegap hahaha :P

    ReplyDelete
  2. Che in : Thai Massage 1st time kak ena cuba. Takut sakit jer. Rupa2 nyer lembut jer. Tapi sedap tu. He he he. Ni pun Siam pure jugak. Cakap english jugak tapi kekadang Kak ena tak paham pulak. hi hi hi :-)

    ReplyDelete
  3. bab2 paksa2 kat slimming centre part yg paling boring huh :p
    nak try la massage thai tu...tunggu...next year la jwbnyer..
    cute jer dania ikut ummi ke mana2 sajer...setia gitu :)

    ReplyDelete