Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, May 12

Percutian di Suria Merang (Santai Pa&Ma) dan Sutra Beach Resort Merang Terengganu



Day 1

Kami bangun awal hari ni...semangat nak pergi Santai Pa&Ma. Makan dulu kat kedai mamak kat Kinrara Puchong. Gerak dalam pukul 10.00am. Adalah singgah kat Petronas dekat dengan tepi jalan nak ke Genting Highland. Kami teruskan perjalanan dan exit ke Jabor Terengganu. Ini pun sebab kawan i ada kirim kerpok kering yang dia kata sedap kat Kemaman. Berenti jap kat makcik nih. My friend kata RM5 1 pek tu. I borong 6. Patutnyer RM30 lah kan tapi i mintak kurang jadinyer RM29. I kata takkan tak leh kurang lagi. Akhirnyer makcik tu kurangkan sampai RM28. My friend kata dia beli pun susah nak kurang. Itu orang tempatan tu. Ni i loghat sah sah orang luar. 

Kami teruskan perjalanan ikut map yang Pa&Ma sertakan dalam kad jemputan. Kami sesat weiiii. Dalam map kata ikut jalan nak ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu dan cari signboard ke Bandar Permaisuri /  Merang / Batu Rakit. Kami ikut punyer ikut punyer ikut.....nah....depan mata Lapangan Terbang. Nak kemana??? signboard tak nampak....Aduhhhh....rupanyer kami kena patah balik sebab suami tanya penduduk tempatan kat satu kedai makan. 
Tiba kat hotel Suria Merang Terengganu dalam pukul 6.30pm. Ada sorang kat kaunter (tak silap i suami Pn Liza Ali editor Pa&Ma) bagi kami plastik yang dalamnyer ada kasut crocsband, tag nama kumpulan merah di mana belakangnyer ada nombor bertuah kami No. 30. Dia suruh kami salin baju T Shirt Santai Pa&Ma. Tengah bersiap-siap nak salin baju, peserta Santai Pa&Ma dah balik dari pantai nak naik bilik dah. Sememangnyer kami terlambat tapi 1st day terus aktiviti?. Tak seperti tahun lepas di mana keesokkannyer baru ada aktiviti. Fuhhhh penat sangat. I terjumpa ngan Farah Farhan Sarakids dan Suraya Lunatots. Lepas ambik kunci terus masuk bilik. Bilik kami dekat dengan tangga kat tingkat 1. Biliknyer not bad tapi ada bau cam hapak. Ishhh hotel takde orang duduk ke?....

Sementara hubby baring2 atas katil dan Dania main2, i pun terus bersiap nak mandi waktu maghrib tu. Tengah mandi tiba2 tokk tokk....ada orang ketuk pintu. Selalunyer Dania yang akan ketuk pintu ummi masa mandi. I terus bukak pintu dan bising2 kat Dania kenapa ketuk pintu. Dania terkejut and dia kata mana ada, dia tengah main. Hubby pulak baru terjaga sebab terlelap sekejap sebab letih travel jauh. I tanya hubby dengar tak ketuk pintu tadi?. Hubby tak dengar tapi Dania kata dia dengar. Tak logik jugak orang ketuk pintu sebelah bilik i dengar ketuk tu betul2 kat pintu bilik air i. I tak rasa apa2 lepas tu. 
Kami pun turun kat coffee house. Cari Hidayah  tapi tak turun lagi. Kami cari port kat satu meja ni. Tengah i mencari kat sebelah sana, ada 2 family duduk kat tempat i. Ingat nak reserved untuk Hidayah. Takkan i nak halau kut.....Majlis malam tu dimulai dengan ucapan Kak Liza Ali, ada sambutan ulangtahun Pa&Ma ke 10 tiup lilin dan potong kek. Tiba2 lampu dimalapkan. krew Pa&Ma sibuk distribute bunga carnation dan 2 cookies untuk keluarga sempena hari ibu....so sweet *sob* *sob*. Lepas tu ada persembahan keluarga ada 5 keluarga sporting buat persembahan. Ada yang nyanyi lagu My Heart suami dan isteri, ada yang menari Chicken Dance, ada persembahan syok sendiri.....dan lain-lain....sambil2 kami makan-makan. Last sekali cabutan bertuah. No. 30 panggil pun i tak dengar sebab tengah pot pet ngan Hidayah...he he he....kawan semeja alertkan i. Naiklah Dania atas stage ambik hadiah. Wahhh dapat Crocband yang kedua kaler merah. Yang Dania dapat 1st tu warna pink. Masa nak balik, Keluarga masing-masing dibekalkan dengan goodie bag. Bukan 1, Bukan 2, Bukan 3 tapi..................7 Goodie Bag. :-) Ada produk orang kampung, 1 beg dari High 5, 4 beg dari beg Karangkraf., 1 beg dari Friso. Banyak tak?.....Kira penuh lah bonet kereta tu. 
Hidayah dengan i. Hidayah ni junior i kat UiTM Terengganu cuma course kami je berbeza. Paling mengharukan Hidayah simpan gambar i kahwin kat NST column Happening Jan 2004. Siap laminate lagi.....


Dania dapat hadiah cabutan bertuah dari Puan Liza Ali

 Ni lah Suria Merang Terengganu

Balik bilik, lepas tengok kejap TV, kami pun nak tidur. Bila tutup je lampu. I rasa berdebar sangat. Tak boleh tidur. Ada 2 single bed kemudian kami sambungkan. I dan hubby tidur tepi. Dania kat tengah. Hubby dah agak2 nak terlelap i kata nak tidur kat tempat hubby pulak. Jadi kami exchange tempat untuk 1st time. I tetap tak dapat nak lelapkan mata jadinyer kali ni Dania tidur tepi i pulak tidur tengah. Tempat Dania tepi dinding. I pulak tidur siap pegang tangan hubby. Puas lah i baca surah2 sampailah i terlelap tapi ada 2-3 kali i terjaga. Nasib takde apa2 berlaku.....Seram....confirm tak datang dah sini. 

Day 2

Pagi hari kedua, orang lain sibuk2 nak packing balik, kami still lazying around. heheh.....Lepas breakfast, Dania mandi pool. Keciknyer pool budak2. Dah lah tu cramp sebab ramainyer budak2 kat situ. Walau ada slide tetap i rimas keadaan tu. Tak termasuk mak bapak yang tunggu tepi kolam mengawasi anak2. Lepas tu sambung pulak kat tepi pantai....sambil2 tangkap gambar, sambil2 buat sand castle....tapi pukul 10.00am panasnyer macam pukul 12.00 tengahari....
I ada bayar kat Suria Merang ni duit untuk extend lagi 1 malam. Sebelum nak ucap bye kat Hidayah. Hidayah pun kata hotel kat sebelah Sutra Beach Resort lagi best. Selain bilik hotel yang lagi besar, pool besar, makanan lagi best kat coffee house, i pun tergoda lah jugak. Lepas kami pack semu barang masuk dalam kereta, kami ke hotel sebelah nak Check It Out harga. Harga RM200 standard room sekali. Deposit plus lagi RM50. Harga ok jugak. Kami pun terus ke hotel Suria Merang. Hubby cakap lah kena balik KL tak jadi nak extend. Tapi yang musykilnyer bila i kata nak tukar bilik, reception macam kata faham dan senyum2. Macam ada yang mereka nak cover jer....Lagi sekali kami ke Sutra Beach Resort. Terus bayar duit. Tapi kami tak boleh masuk bilik lagi. Kena check in pukul 3.00pm. Akhirnyer kami ke Kuala Terengganu. On the way kami singgah makan kat Batu Rakit. Lepas tu ke Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. Sesat lagi as usual. I rasa signboard tak membantu langsung. Bayangkan mula2 ada signboard Taman Tamadun Islam tiba2 kat junction takde pulak. Mana kita nak tau belok kanan ke kiri?.....

Setiba kat Taman Tamadun Islam, kami ambik kesempatan solat kat Masjid Kristal. Sangat cantik Masjid Kristal. Dari jauh warna kebiruan. Tiba dekat warna keperangan pulak. Lepas solat, kami singgah Tamn Tamadun Islam. Ada 21 monumen. Tak larat weiiii kalau jalan kaki. Boleh naik basikal, train atau kereta macam kat golf club tu. Kami enjoy naik train. Train akan berhenti kat 5 monumen besar. Kami akan tengok video, lepas tu ke dewan pameran dan boleh mengambil gambar dengan monumen tersebut. 5 Monumen tu Al Hambra di Sepanyol, Masjid Aqsa Palestin, Makkah, Taj Mahal India. Lagi satu i terlupa lah pulak. hee hee...... 

Malam kami pergi makan kat Husna kedai tomyam. Boleh tak? ada pelayan tu tegur i kata pernah pergi tak Vicchuda Tomyam kat Damansara Utama?. Patutlah mukanyer familiar. Kat tempat jauh ni pun leh jumpa minah ni yang dulu kerja kat Vicchuda Tomyam. Dia kata selalu ambik order i masa i gi sana. Its a small world kan??....

Pool kat Suria Merang Terengganu


Kasut Crocs yang kami dapat dan gambar bawah Dania main dengan kawan baru dia kenal kat indoor playground Suria Merang

Suria Merang Terengganu

 Having fun at the beach with ummi dan ayah....nampaknyer ayah pun teruja nak buat sand castle. Mainan beach ni beli kat Petronas depan rumah

Sutra Beach Resort
Taman Tamadun Islam
 Monumen di Taman Tamadun Islam

Day 3

Hari ni kami dah nak balik. Wah malam tadi kami tidur dengan lena tanpa gangguan. Lepas breakfast kat coffee house. Lepas tu balik bilik dah siap tukar baju kami ke pantai. Dah habis main kat pantai, singgah pulak berendam kat kolam renang. Kitaorang plus keluarga Mat Salleh je yang mandi pool. Belasah je dengan T-Shirt ni mandi pool.....Lepas check out kami pergi lunch dan cari keropok lekor glamer kat Kg Tok Beng. Kat Kuala Terengganu kami ke Masjid Terapung. Tiba kat Dungun, kami singgah kat Pusat Penyu pulak....ala...tak best lar penyu takde. Yang ada tuntung jer....Kat mana tah, kami singgah beli satar dan keropok lekor  goreng.......Tiba rumah dalam pukul 10.00am. Percutian tepi pantai yang best kali ni kami semua kena sun burn.....Panasnyer tepi laut!!!



 

 

 







Keropok Lekor Kg Tok Beng

Masjid Terapung Kuala Terengganu


Tuntung Laut kat Pusat Penerangan Penyu, Dungun

13 comments:

  1. Suzz : will update this weekend.....insyaallah...

    ReplyDelete
  2. dh baca!!!
    best part : dpt byk crocs free!! jeles2 :p
    part yg haunted room tu ish spooky sungguh...nasib baik tak jd apa2 lps kena usik ketuk pintu tu...
    overall best nye holiday u ezz!!!

    ReplyDelete
  3. bestlah ezz...jauh perjalanan ke terengganu oun terasa....:)

    ReplyDelete
  4. bestnye.dah lamaaaaaaaaaa tak pegi tganu.

    ReplyDelete
  5. kepok ganu palinng best..kat kuale ibai..rase ikang sesaje..

    ReplyDelete
  6. cute la swimsuit pink tuh..ada jgk ek yg muslimah punye utk budak²..akak beli kt mana?how much?

    ReplyDelete
  7. salam singgah!

    alahai,comelnye header! :)

    ReplyDelete
  8. bestnye!dpt byk crocs..hihi..tp kan bilik tue ade something ke??hihi

    ReplyDelete
  9. wah! bestnya jalan-jalan.. ni yang cam nak gi terengganu gaks ni.. ;).

    ReplyDelete
  10. salam,
    walaupun ni entry lama, tapi saya nak tanya. (despite experience yg menyeramkan tu), antara suria merang dan sutra beach, mana yg lebihm enarik? tkasih byk. saya nak ke sana cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, Sutra Beach lagi best sebabnya pool sangat luas. Suasana ala kampung, hotel pun cantik!

      Delete
  11. bestnya, selesa tak merang suria ni? saya dah booking untuk bulan okt. ni

    ReplyDelete