Thursday, May 27

Sukan Tadika Little Caliphs - 15 Mei 2010

Hari ni bangun awal dari kebiasaan. Hee hee. Dania ada Sports Day dekat Stadium UKM. Mula2 ke kedai mamak. Disebabkan lambat nak layan kitaorang, kami pun blah....tercengang ane tu. Hee hee...Tiba Stadium UKM dalam pukul 8.15am. Sports Day kali ni julung kali Grand Sports Day. Tapi, i rasa kelam kabut sikit. Banyak kena perbaiki. Sukan mula dengan pendaftaran kat khemah masing masing. Khemah LC Puncak Jalil, sangat lah kosong compare dengan khemah yang lain. Sorry ye teacher2. Ikhlas cakap ni. Khemah sebelah amat teruja tengok air ais satu balang tu. Mana boleh tahan oiiii dalam cuaca yang panas ni.

Mula2 ada march march march dan persembahan dari 5 Cawangan LC. Ada 5 warna mengikut cawangan LC yang mana. Ada biru untuk Puncak Jalil, Ungu untuk LC Bandar Sri Putra, Hijau, Merah Jambu dan Jingga. Lepas tu acara dimulakan dengan Kanak2 umur 4 tahun. Bayangkan ada 5 game they all kena main jadinyer drag lah untuk 5 Tahun. 6 Tahun jangan cakaplah. Pukul 11.00 baru nak main sukan untuk 6 tahun. Cuaca panas terik macam dah tengahari. Emcee kata game dipendekkan menjadi 2 game sahaja instead of 5 game. Bila 2 game dah habis, emcee syok2 sendiri kata kita main untuk game yang ketiga lah. Dah lah pulak tu, game ketiga nak involvement 6 orang je. Kelas Dania dah lah ada 8 orang. 5 lelaki, 3 perempuan. Jadinyer the 'lemah' ones direhatkan. Dania dan Danial. Dania pulak buat hal kata dia nak main. Aduh....Nangis plak dier..... teacher cakap Dania main game lepas ni yer?....Dania tak mau. Teacher pun satu kalau tak main jangan lah beramai-ramai ke padang waktu 'panas' tu. Yang tinggal buat apa? Tersengih sengih kat padang situ????......Geram gak i. Lagi satu yg i herannyer sepatutnyer bagilah game ni fun. Ada involvement semua orang. Barulah happy. Ni ada plak yang tak main yer??....Kalau yang 'kuat' tu pulun semua lah dia main sorang. Sukan tadika bukan semata-mata nak bagi menang je. Memang menang tu semua orang nak. Tapi bayangkan ni sukan T a d i k a. Just for fun....bukannyer nak pilih player piala thomas ke apa ker....They all ni nak buat macam sukan sekolah rendah sampai terlupa yang they all dealing dengan anak2 umur 6 tahun ke bawah. Entahlah. Nasib next year dah tak involve dah.Opps terlupa pulak, i ada jumpa kawan i kat khemah LC Bandar Seri Putra. Kawan sekolah menengah i masa kat boarding school dulu....Dia pun tengok anak dier sukan.....






Walaupun ada kelemahan, Little Caliphs Puncak Jalil berjaya mendapat tempat ke 3.

5 comments:

  1. ish tak leh imagina main sukan tgh panas..patutnya buat indoor la...sports hall kat uia besar jer indoor nyer :P

    ReplyDelete
  2. Tu lah suzz.Panas sangat. I pening2 la jugak. Indoor stadium mahal kot. ehm......

    ReplyDelete
  3. aiyoo, cikgu cikgu ni lupe kot ni budak kecik punyer game. i bet derang ni mesti nak menangkan tadika sendiri jugak..

    ReplyDelete
  4. Ibu Emir : i sangat sangat agree dengan u!!!!

    ReplyDelete
  5. Assalam,

    i tgh browse cari review untuk little caliph puncak jalil and found your blog...need your feedback on it...advisable or tak nak hantar ke sini? my girl is 4..so next year 5yo lah...
    currently i hantar dia ke tadika dunia Elit PUJ 6

    thanks...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails