Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, March 7

Berjalan di kota Melaka

Minggu ni lepas 2 minggu Dania tak balik sebab sibuk nak PIITRAM dan tugas di Pasar Tani serta Test 1, Dania pun balik la rumah this week. Lepas tu sibuk la mentioned Melaka...melaka...nak makan kuih keria. 

Pada pagi yang indah 4 Mac 2023, bertolak la kami ke Melaka tapi sebelum itu on the way kami singgah makan kat Warung Kendi di Sepang. Kami ikut ni jalan dalam ni. Masa tiba tu masih banyak lagi meja kosong. Selalunya kat sini meja susah la nak ada yang kosong. Selalu ramai orang.  

Ada bunga ni. Saya ada juga bunga ni tapi maybe bukan spesis yang ni sebab spesis ni ada bunga atas bunga. Nampak ada bunga putih keluar dari bunga yang merah. 

Ni hubby order ni tak silap namanya Morning Platter. 

Ni saya dan Dania order ni namanya Kendi's Breakfast Special. Pancake tu gebu sangat.  


Selepas breakfast kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Plus highway agak banyak kereta di Nilai. Trafik pun perlahan. Lepas tu clear dan selamat la sampai ke kota melaka. Round dulu bandar sebelum ke masjid ni nak singgah solat. 

Masjid ni bercirikan senibina negara China. Seakan masjid di Beijing pulak. 

Kagum dengan senibina masjid ni. 

    Kalau tengok namanya Masjid Cina Negeri Melaka.

Kat tengah ada air terjun kecil. Masa tengah ambil gambar ni ada budak kecik ambik video. Laju je dia ambik video. Tersenyum saya sorang2. Budak zaman media sosial. 

Jom close up tengok senibina masjid ni.  



Lepas solat kami ke sini pulak. 

Kalau tengok sini orang takde la ramai mana. 

Coconut Shake untuk kami bertiga. 


Ice cream tu la yang buat sedap tu. Nak nak minum time panas. Segarrrr....


Next, ke kuih keria antarabangsa Hajah Rahmah, Limbungan sebelah Tadika Kinderworld bukan depan Tadika Kinderworld tau. Kalau nak kat tempat cantik, selesa la...


Tempat sini dibuat cantik. Boleh dengan selesa makan kat sini. 

Kalau tengok kuih keria antarabangsa Hj Jalil ke Hajah Rahmah ke orang yang sama. Saya nampak ada buka kat lot kedai jugak. 

Kuih keria idaman Dania. Sibuk la nak pergi Melaka sebab nak makan kuih keria. Ayah Dania ikut je sebab katanya anaknya baru lepas Test 1. Nak release tension jadi ayah dia nak bawak le ke Melaka. Luar manis gula melaka. Dalam tu tak manis pun. Lemak-lemak rasanya. 

Dah makan kuih keria kat sebelah Tadika Kinderworld, hubby nak beli kat depan Tadika Kinderworld pulak. Ni Keria Antarabangsa yang asal rasanya. 

Lepas tu bertolak pula ke Medan Ikan Bakar kat Umbai. Nak makan kat Parameswara. Ambik gambar kapal ni masa parking kat Parameswara. 

Permandangan laut waktu petang nak menginjak ke senja. 

Nampak luas dah Parameswara ni. Ni ada tempat makan atas air. 

Masa ni saya naik jambatan atas laut. 


Ha ni lah jambatannya. Sajelah tengok permandangan kat sini sementara nak tunggu pesanan makanan tiba. 


Ni lah tempat makan kat Ikan Bakar Parameswara. Luas tempatnya. Masa kami pergi sebelum ni takde la seluas ni. Beberapa tahun yang lepas. 


Ada juga meja panjang kalau nak makan ramai-ramai. 


Dimulai dengan otak-otak dan satar. 


Dania nak makan kerang rebus. 


Ketam seekor ni masak cili untuk saya. Akhirnya share juga dengan hubby. Dania tak suka ketam. 


Dua ekor sotong ni masak celup tepung. Colek dengan sos ni sedap. 


Ikan siakap tiga rasa ni macam kureng sikit rasanya. Bahan-bahan pun kurang. Dania kata saya masak lagi sedap. ðŸ˜†. Ummi masak bahan banyak sampai tutup ikan tu. Hehe. 


Ok....smile semua....kena la ada gambar kita kan?.


Dalam pukul 7.30 malam selesailah kami makan. Bertolak la balik dan di dalam perjalanan singgah solat maghrib kat perhentian. Lepas tu singgah pulak Freeport. Masa tu pukul 9 malam dah. Lengang sungguh la kat sini. Tema krismas pun tak habis lagi kat sini nampaknya. 


Dania cakap dengan saya macam tak best sangat pun kat sini. Dalam tak best tu ada juga hasil tangkapan Dania macam baju, lipstick, foundation dan beauty blender. Dalam gambar ni pun tengok la orang tak ramai. Ada juga kedai tutup seawal 9.45 malam. 


Tiba rumah dalam 11.30 malam. Smooth all the way kat highway. Alhamdulilah. Dapat juga meluangkan masa walaupun sekejap dan dapat tunaikan craving Dania nak makan keria melaka. Ahad dah nak hantar kolej balik. Bila tanya, Dania kata happy la dapat ke Melaka. 😉





XOXO,
Ezna
 

4 comments:

  1. bestnya jln2 melaka...i dh berkurun tak gi umbai tu...sbb pernah terkena dlm 2 x kot, sampai2 jer tmpt tu dh penuh/crowded yg amat, so mcm serik laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi awal Suzz tapi tempatnya pun dah besar dah I rasa.

      Delete
  2. Bestnya.. Jalan2 Dan Makan2.. English Breakfast dia nampak sangat menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. Ohh itu namanya kue keria. Saya pernah makan berarti. Rasanya ini kue yg dikasih kak Anies juga saat kemarin saya ke Melaka, dan ketemuan dengan kak Anies . Ada beberapa oleh2 yang dia kasih buat saya dan teman2.

    Melaka itu memang best lah, saya mau sangat untuk balik lagi kesana. Next pengen dengan suami. Biar dia juga bisa lihat bestnya Melaka 😄

    ReplyDelete