Khamis, Mac 16

Buah naga | Sepang

Kelas Dania nak beli buah naga untuk Syoknya Agro Bazar. Nak kena menjual sebab kelas Dania plan nak buat buko. Salah satu buah yang mereka akan masukkan dalam buko tu ialah buah naga. Fikir punya fikir, ayah Dania kata takpelah kita belikan buah naga untuk kelas Dania. Mulanya ada juga kawan Dania cakap nak beli buah naga kat Sepang tapi memandangkan jauh la jugak dari UPM tu terus tak jadi. Buah naga ni pulak kalau kat supermarket bukannya murah. Saya tengok dekat MBG, dia kira ikut berat buah naga. RM10/kg. Boleh tahan harganya tu. 

Akhirnya kami belikan buah naga kat Sepang. Kat depan kebun buah naga di HL Dragon Fruit Eco Farm. Sepanjang perjalanan kat jalan ni ramai penjual buah naga tepi jalan sebab banyak ladang buah naga kat sini. 

HL Dragon Fruit Eco Farm 
Lot 7608, Jalan Besar, Batu Satu, 43900 Sepang, Selangor.


Terletak kat depan jalan menuju ke Sepang ikan bakar. 


Ha tengok la gerai ni terletak tepi jalan je haa....


Ada juga dijual kerepek buah naga tapi kami tak beli la. 


Kami beli 15 biji dapat 2 biji free. Thanks aunty. Aunty siap cakap cara penyimpanan juga. Bila tiba kat rumah kena keluarkan dari plastik. Kalau buah tak keluarkan dari plastik, buah akan lembik jadi bila 1 buah lembik yang lain pun akan lembik juga. 


Close up buah naga ni. Manis dan isinya berwarna pink / ungu pekat. Cantik betul warnanya. Selalu yang saya makan yang isinya warna putih. 


Aunty sibuk masukkan buah naga dalam plastik. 


Ikutkan buah naga ni bukan diantara buah kegemaran kami sekeluarga tapi bila dah pergi sini, beli sekali untuk family kami. Banyak khasiat buah naga ni. Tinggi antioksida. 

Anda suka buah naga?




XOXO,
Ezna





4 ulasan:

  1. antara buah faveret keluarga ammi..
    kalau kat rumah lama ammi ada van yg jual selonggok RM10. ammi beli je tak kiralah masam ke manis sbb confirm laju je anak-anak ngap bila dah potong

    BalasPadam
  2. sedapnya dah lama tak makan. ida selalu makan isi macam ni. tak pernah makan yang warna putih

    BalasPadam
  3. i tak mkn buah naga hehheh tp kalau dh potong kecik2 jd mixed dlm dessert buko tu,boleh jer mkn

    BalasPadam
  4. nmpk manis dan menyelerakan buah naga ituuu., hehe

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...