Balik Kedah ni pun sebab nak attend kenduri kahwin anak saudara di Alor Setar. Kebetulan Dania belum cuti semester jadi hubby decide nak naik flight ajer lagi senang. Takut nak tempuh jam. Dania balik hari jumaat. Esok nya sabtu kami bertolak ke airport. Flight dijadualkan jam 11 pagi jadi parking kat Putrajay Sentral dan naik ERL ke KLIA2.
Ini first time nak ke KLIA2 lepas pandemik.
Masa nak check in bag, boleh saya tanya mana orang kat kaunter. Rupanya sekarang ni nak check in bag sendiri je. Takde orang kat kaunter. Hehe. Bag tag pun siap print kat kiosk. Itu pun ada orang tolong. Wahhh KLIA2 dah canggih.
Lepas check in breakfast dulu kat Old Town White Coffee.
Ok cun seat dekat dengan lambang AA ni.
Tiba airport sewa kereta sewa kat situ. Nak kata murah pun tak juga. Lagi murah sewa kat Langkawi. Lepas tu menuju ke dewan di Masjid Uda, Alor Setar. Sayu je tengok anak saudara saya ni kahwin. Kakak ipar saya baru kehilangan suami tercinta. Masa tu suami tercinta nak cari cengkerik untuk buat kail ikan kat tepi sawah. Masa naik motor nak U Turn tu ada sebuah kereta langgar dan arwah abang ipar saya jatuh atas cermin depan kereta. Pemandu tu yang seorang doktor kata tak nampak pun kat depan. Tau tau dah tercampak atas cermin depan. Suspek mungkin juga pandu dengan laju dan mana nak perasan orang naik motor yang tengah nak buat U Turn. Lagi satu andaian guna handphone. Apa pun semua dah terjadi. Tak sempat la abang ipar nak tengok anaknya yang bongsu naik pelamin kecuali sempat masa bertunang ajer.
Ok...makanan pula berkonsepkan gerai. Ya allah banyaknya gerai contohnya cucur jagung yang sedap ni. Saya repeat banyak kali sampai dia senyum la nampak saya. Haha. Boleh bayangkan tak?. 😆. Terpaksa suruh Dania pulak ambik.
Ada lagi gerai ais kacang famous kat Simpang Empat iaitu Dinalang Ais Kacang, gerai peneram, gerai laksam dan lain2 selain makanan berat nasi dan lauk pauk. Memang meriah you alls.
Setelah jumpa saudara mara belah suami dari satu meja ke meja yang lain, tibalah masa nak berehat kat Hotel. Hotel kami ni Raia terletak berdekatan dengan airport Alor Setar.
Saya mengenakan dress Disney x Naelofar Bambi Faline Dress. Bunga-bunga warna purple. Memang warna pun sweet. Ni la first time naik flight pakai dress. Saya lagi selesa pakai seluar senang nak melangkah tu haa...😅
Dania pun pakai baju kurung sampai tanya banyak kali betul ke ummi nak pakai baju kurung ni?. Hehe. Kena berkorban la sebab nak pergi kenduri kahwin.
Berehat dulu kat bilik sebelum malamnya hubby ajak makan kat sini. Ada tengok kat youtube. Air kami sampai dulu.
Sotong celup tepung ni Dania yang request.
Tudiaaa makan shell out. Set ni untuk 2 orang ni jadi tambah 1 lagi nasi. Pokok tu kalau letak kat meja tandanya meja dah ada orang.
Close up sikit. Ada sotong, udang dan lala. Punya banyak Dania ulang makan lala tu.
Ada juga ikan ni seekor. Penyudahnya semua kekenyangan. Alhamdulilah. Saya beri 9/10. Kuah dia memang sedap. Tak pedas sangat.
Raia Hotel ni dulunya TH Hotel and Convention Center.
Breakfast tak makan kat hotel tapi kami memilih makan kat luar. Ni kat stadium ni.
Hubby order nasi lemak.
Nescafe Tarik Kawww...
Teringin nak makan omputeh jadi saya dan Dania order ni.
Lepas tu singgah Aman Sentral. Dania teringin nak masuk H&M ni sebab besar dan 2 tingkat. Banyak clearance. Harga pun best.
Kejap je masa berlalu kemudian gerak ke Simpang Empat untuk singgah makan kat sini. Warung je pun tapi kami nak makan.......
Bihun sup. Saya punya ayam campur perut. Mangkuk dia tak la besar mana. RM3.50/mangkuk
Ais kacang jangan tinggal ya. Sedap.
Lepas tu hubby singgah nak tengok rumah pusaka. Kat sinilah hubby dibesarkan. Nostalgia juga la. sekarang ni ada orang sewa. Pangkin bawah tu tempat berkumpul geng sekampung hubby makan mangga muda la dan ada la aktiviti kar bawah ni.
Lepas tu singgah jumpa 'rumah' atuk jauh. Tuk....Dania datang ni. Saya pun tak pernah jumpa ayah mertua saya. Singgah juga 'rumah' ibu mertua saya. Ada bahagian sebelah ni dikambus untuk bagi peluang kebumi batch yang baru nanti. Bila kambus kat tempat sini, tak dapat la nak melawat....dah takde tanda....😭
Lepas tu balik la kami ke hotel untuk packing dan rehat. Kami late check out sampai pukul 5 petang kami check out. Patutnya masa late check out ni jam 6 petang tapi sebab nak dinner sebelum ke airport tu yang keluar jam 5.
Tak jauh dari hotel ada restoran Mikamal ni. Saya makan rojak mee. Speciality kat sini rojak mee. Kuah dia ok je la. Cucur dia tu keras sikit. Lenguh nak mengunyahnya. Saya pernah makan rojak yang cucur dia tu lembut je.
Mikamal ni terletak kat tepi jalan besar. Restorannya kat tepi sekali.
Ni dah tiba kat airport dah ni. Dania mengulangkaji Matematik kat Ipad sebab esoknya nak ada kuiz. Matematik ni bukan matematik biasa tapi matematik tambahan. Saya suka juga Dania dapat Sir KJ ni sebab Dania cakap Sir ni terinspirasi dengan cara tutor MC+ mengajar. Cara-cara dia mengajar persis MC+ la. Dania boleh juga dapat cara pengajaran MC+ walaupun sekarang kat asasi. Tutor MC+ mengajar memang Dania kata dia faham sebab tutor MC+ mengajar sampai pandai. 💓💓💓. Tak rugi joinkan tuisyen MC+.
Akhirnya dapat juga kami balik setelah 2 kali asyik rescedule masa je. Nasib baik takde la ambik masa berjam-jam. Cuma beberapa minit ajer bezanya dengan sepatutnya jam 9.10 malam. Tiba rumah jam 1 pagi. Lama sebab terkandas kat Putrajaya sentral tu haa....tak boleh nak keluar sebab apa?
Hubby guna kad touch and go yang sama untuk parking dan naik ERL. Ada conflict kat situ jadi lain kali guna kad touch and go yang lain untuk parking dan ERL (kalau tak nak ada masalah keluar parking kat Putrajaya Sentral) ya. Lesson learnt!. Terpaksalah hubby naik atas balik jumpa orang parking. 😩
Walaupun tak lama kat Alor Setar tapi banyak juga yang kami dapat buat. Moga ada rezeki lagi balik Kedah.
Esoknya kami hantar Dania straight ke kelas.
***sesekali menulis panjang la pulak 😝
XOXO,
Ezna
lama tk naik erl...dlu2 yela slalu outstation....hotel raia tu stay aritu bln 12 ada convention opis
BalasPadambest baca kisah u :) seronok jer travel bersama2 yg tersayang :)
BalasPadamJauh yer travel ke Kedah.
BalasPadambtw terliur pulak tengok shellout tu hahah.
jemput singgah blog saya ya jika berkelapangan :)
Terima kasih datang blog eznakhalili.com Shellout tu memang sos dia sedap. Hehe
Padam