Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 6

Kelas memandu Dania

Kelas memandu Dania masih juga berjalan walaupun kelas agak slow. Nak dapat slot untuk 1 bulan tu agak apayah la jugak.

So far Dania dah selesai 5 kelas memandu yang setiap satunya mengambil masa 2 jam. Kena selesaikan 16 jam kelas atau 8 kelas in total nak cukupkan 16 jam tu. Ni Dania tengah tunggu cikgu memandu la ni. Kena tunggu kat kerusi kat luar sekolah memandu ni. 


Ummi saje la ambik gambar Dania memandu dalam litar ni. Nak buat kenangan. Tunggu sekejap lepas hantar. 


Dulu masa belajar memandu ni part seram nak naik bukit sebab saya dulu belajar kereta manual. Silap-silap haribulan kereta boleh mengundur ke belakang kalau tak kuat tarik brek. Hehe. Dania senang sikit sebab belajar kereta automatik. Kalau nak belajar kereta automatik ni harga mahal sikit berbanding manual. Terus belajar kereta automatik la sebab nanti pun akan memandu kereta automatik jugak. Kalau nak jimat boleh je enrol kelas kereta manual. 

Dania naik bukit ni nampak steady je la. Kena berhenti kat atas garisan. Serius la kereta automatik ni memang memudahkan. Untung la Dania. 


Sempat lagi buat video anakanda kat kelas memandu. Abaikan la suara saya yang tergelak bila Dania memandu depan saya. Nampak muka serius je. Pandang pun idak. Hehe. Zaman dulu saya memandu mana la ada mama ambik video ni haa....pergi memandu pun naik bas Intrakota dari Damansara Jaya tu ke Safety Driving sebelah Hotel Armada.  Zaman dulu banyak berdikari sikit. Pelajar zaman sekarang ni agak senang la kan. Sekolah memandu Dania ni pun dekat sangat dengan rumah. Tak payah dah nak naik bas ha. 


Ni pun ambik gambar masa hantar Dania ke kelas memandu. So far baru dapat tarikh untuk kelas ke-6 (2 kelas lagi entah bila la tarikhnya) masa bulan puasa nanti. Harap2 dapat la selesai exam JPJ masa Dania cuti panjang Julai - September 2023 sebelum mula Ijazah. 

Ada sekali tu rezeki Dania dapat belajar 4 jam direct sebab ada student selepas Dania terlupa nak bawak lesen memandu. 



Moga Allah permudahkan journey Dania untuk memandu. Ada rezeki ayah belikan kereta untuk Dania. Bukan la dalam masa terdekat sebab Dania boleh bawa kereta ke UPM pun masa 3rd year Ijazah. Maknanya tahun 2026 baru boleh memandu dalam kawasan UPM. Insya Allah....




XOXO,
Ezna
 

3 comments:

  1. happy driving dania! zharfan punya test lps exam spm ni...ari tu reschedule sbb ada technical prob, patutnya test awal jan lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Suzz. Oh dah nak test dah. Dania baru nak selesai last class dan tunggu nak test JPJ. Harap2 masa Dania cuti semester nanti.

      Delete
  2. Sekarang dah lulus sekolah memandu nya kak?

    Dania ini wajahnya baby face sangat. Terkadang saya pikir masih high school lagi 😄. Ternyata dah kuliah.

    Saya waktu belajar memandu masih di Aceh. Di sana jalan raya tak seperti jakarta, Aceh sepiii. Apalagi kalo bawa di dalam komplek , jalannya lebar dan sepi. Jadi saya berani.

    Pas pindah ke JKT, wassalam lah kak. Lupa semuaaa caranya, dah tak berani lihat para drivers di sinj bawa mobil dan motor. Macam jalanan milik mereka 🤣🤣.

    Saya give up bawa mobil di JKT. Tak nak. Suami dah bujuk2, ttp tak mau. Baru kluar komplek, saya rasa dah accident 🤣

    ReplyDelete