Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, March 9

Bercuti di KL dan majlis perkahwinan terjumpa artis

Nak menginap di Kuala Lumpur ni sebab kami kena menghadiri 2 majlis perkahwinan kat sini. Memandangkan KL ni jam jadi saya pun booked la hotel dekat dengan KLCC. Masa pergi tu nak menghadiri majlis kat dewan di Jalan Bukit Bintang tapi terlalu sesak sebab polis tutup jalan. Kat traffic light pun ambil masa 45 minit nak lepas. Dari merah, hijau, merah, hijau kemudian kereta start menyelit jadinya stuck 45 minit walaupun nampak je jalan kat depan tu.   

Akhirnya decide tak jadi pergi kenduri yang tu. Kami ada berpatah balik tapi nampaknya tak ada rezeki nak pergi. Singgah la kami kat Lalaport nak makan kat Herman Ayam Kampung. Selesai lunch kami teruskan perjalanan nak check in hotel. Ikutkan plan lepas attend kenduri kat Bukit Bintang tu baru nak check in.
                                                                                                     

Dania bergambar kat bear MCM ni. 


Masuk tengok cat cafe kat Lalaport ni. 


Comelnya kucing ni. 


Dania pencinta kucing. 


Akhirnya kami ke Hotel Impiana. Oh ya masa kami pergi ni memang Hari Krismas pun. Tema Krismas kat Hotel Impiana. Pssttt kisah tahun lepas baru nak update. 😆


Dania dengan Teddy Bear yang besar. 


Dania ambikkan gambar ummi. 


Ayah Dania sibuk nak ambik kunci bilik. Masa ni ramai juga orang nak check in. 


Wefie dulu. 


Bilik yang kami dapat ni mengadap KLCC. Saje cari hotel yang dekat dengan KLCC sebab nanti senang je jalan kaki je. 


Rehat dulu sebelum kami ke dewan The Urban Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Ampang. 


Sempat la ummi suruh semua ni ambik gambar dengan Dania. Hehe. Saje je bila Dania jalan kat situ saya stop kan. Dania paling segan dengan kawan sebelah Dania tu. Namanya Ahmad Faris. Pernah satu sekolah sampai Darjah 3 kat Sri Pintar Al Amin sebelum Dania pindah kat SK Bukit Jalil dan jumpa Faris balik masa Darjah 4. Faris masuk SK Bukit Jalil. Sebelah Faris, Putera Aqil dan Ayhan . Nak dijadikan cerita yang hujung sekali tu satu universiti pulak dengan kawan Dania masa kat SMK Jalan Empat. Kecik je dunia ni ye. Ayhan ni ayahnya orang Turki. 

Oh ya Abang Faris la yang kahwin ni. Ummi dapat undangan sebab baik dengan ummi Faris. 😍. Dulu masa sekolah rendah kadang saya pick up Faris dari sekolah ke rumah. Dania pun pernah naik kereta ummi Faris jugak 

Handsome semuanya segak-segak. Dulu kecik-kecik tak pandai bergaya lagi. Boys ni semua satu sekolah masa sekolah menengah kat SMK Bukit Jalil. Dania je tercampak kat Bandar Baru Bangi. 


Gambar lagi satu dengan geng sekolah rendah. Tengok Dania senyum senget lagi. Hehe. Malu dengan kawan sebelah tu. 


Cantik sangat dewan ni. Kerusinya pun transparent macam kat Bora Ombak. Hubby terlupa bawak songkok la pulak. 


Ummi dan Dania. 


Dania cakap dengan ummi, masa nak masuk dewan....Iqie ni kat belakang kami. Saya sebenarnya tak kenal la Iqie ni siapa. 

Disebabkan nak ambik gambar, saya la tukang approach Iqie....saya tanya Iqie kumpulan Insomniacks ke?. Iqie kata ya. Saya cakap boleh ke ambik gambar dengan anak?. Saya pun ambilkan la gambar lepas tu tanya mana lagi ahli kumpulan? 


Iqie panggil semua ahli kumpulan Insomniacks. Mereka sibuk ambik ice cream. 
Haa siapa kenal?. 


Dania ambil gambar dengan kumpulan ni sebab kawan Dania, Amylia Natasha suka sangat dengan kumpulan ni. This is for you. 


Sebelum balik bergambar dengan CEO E-Idaman. E-Idaman ni yang memastikan sampah bersih kat Kedah nun. Dania kalau balik Kedah, tersengih tengok tong sampah lambang daun tu. Ye lah teringat kat kawan dia la tu. 😁. Ummi pun teringat kat kawan ummi jugak. Entah bila la boleh jumpa lagi. 


Dania dengan kakak Faris nama Nawrah. Lawanya kakak Faris ni. 


Ummi dengan kawan ummi yang baik. Naterah. Lama betul tak jumpa you Nat....semenjak lepas Dania naik sekolah menengah. 


Hubby dengan abang Faris, Zharfan. 


Cantik bunga kat belakang tu. 


Sebelum balik, ambik gambar lagi. Hehe. Sebelah Dania tu jaga depan sekali. Saya pesan ni hadiah pengantin, ummi Faris dan Faris. Arif Iskandar namanya. Menjalankan amanah dengan baik sekali. Sampai ke setiap yang diamanahkan dengan selamat. Terima kasih Arif. 

Moga semua kamu berjaya di dalam bidang masing-masing. 


Tiba hotel ambik gambar lagi. 


Ummi dan ayah. 


Esoknya lepas breakfast kat hotel....jalan kaki ke KLCC. KLCC pun baru bukak. Orang pun tak ramai lagi. First, Dania nak pergi Kinokuniya nak beli buku. Maklumlah masa ni Final exam dah selesai. 

 
Jalan-jalan kejap kat KLCC, check out je hotel terus ke Pavilion pulak. 

Ni on the way jalan kaki kat pekarangan hotel. Malam-malam lagi cantik ada lampu kat rusa ni. 


Ni lah hotel kami ni. Hotel ni banyak bilik tapi parking dia limited sangat. Berapa kali pusing nak cari parking tu. 😅


Ada pameran 100 tahun Disney la kat Pavillion.


Cantiknya train ni. Sparkle sungguh. 


Nak ambik gambar kat sini tapi terpaksa kuburkan hasrat. Ramai sangat. 


Ada la mainan Disney juga kat sini. 


Snow white and us. 


Kat luar pulak ada macam spaceship Chanel. 


Tak shopping pun kat Pavillion. Saje nak jalan-jalan je. Itu pun dah buat hati bahagia. Dah lama juga tak datang KL ni. 





XOXO,
Ezna










5 comments:

  1. seronok attend kenduri, jumpa kawan2, sedara mara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok. Time ni la boleh jumpa lepas tu tak tahu bila pulak boleh jumpa.

      Delete
  2. cantiknya ootd u and ur lil family masa attend wedding tu!!! blouse u masa kat pavi tu pun niceeee!!! design mcm overall kaler itam kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan overall tapi blouse panjang dengan puffy sleeves. Beli kat Max Fashion. Max ni dari Middle East jadi banyak juga fashion dia yang kita boleh pakai.

      Delete
  3. Senaaaang pastinya bisa banyak ketemu teman2 lama ya kak 😄😄. Salah satu yg bikin saya suka datang ke nikahan reception, karena bisa ketemu teman yang dah jaraaang sangat jumpa. Jadi macam ajang reuni juga kan 😄.

    Sukaaa baju Dania di sini.. 👍.

    Eh itu kucing abu putih yang di cat cafe, miriiip sangat dengan kucing saya, pastel 😄😄. Gemaas liatnya❤️

    ReplyDelete