Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, August 26

Small celebration dan Ladang Farm Fresh @ UPM | Family time

Satu hari sebelum Dania masuk Universiti, makan tengahari kat Nasi Beryani Ismail, Taman Tun. Dania cukup suka makan nasi beryani kat sini dengan lauk ayam madu dia. Lauk ayam cuma 2 pun cukup untuk kami bertiga. Pernah order 3 lauk ayam akhirnya kena tapau lauk ketiga. 

 
Kat Ismail ni akan ada quotable quotes (at the restaurant)  kat situ. Setiap kali pergi mesti kata2 yang lain. 

Eh eh ditukar kata-kata yang lain pulak. 


Kemudian kami ke Midvalley Mall. Ada la beli socks sikit kat Agassy (shop name) tu dan jalan2 kat shopping mall tu kemudian berpatah balik ke Farm Fresh. 

Farm Fresh @ UPM ni memang terletak berdekatan dengan rumah kami. Tak pernah pergi pun tapi disebabkan Dania nak masuk belajar, kita jalan-jalan dulu la kat sini. 

Masa kami pergi ni panas sungguh la. Dah la tak pakai topi. 


Ianya terletak kat Ladang 16 @ UPM. Masa ni tengah beratur nak naik traktor. 


Pokok kat belakang tu memang trademark UPM la. Belakang Dania tu ada kandang lembu. 


Video naik traktor. 


Lalu tepi kandang lembu, kolam dan pokok2 buah-buahan. 


Tiba kat atas ni, ada permandangan macam ni. Disebabkan natural light, gambar jadi sangat cantik. 


Ambik gambar kat sini dulu. Memang traktor akan berhenti kat atas ni sekejap untuk kita ambik gambar. 




Ni lah rupa traktor ni. 


Traktor Farm Fresh ada langsir. 


Berborak dengan uncle driver traktor. 


Kalau nak tahu, lembu ragut rumput ni la. 


Bila dah turun dari traktor, kami masuk ke dalam untuk minum pula. Cuaca yang sangat panas ni kalau dapat minum yang sejuk memang lega sangat. 

Kat dalam ni boleh la kalau nak ambik gambar dengan patung lembu yang banyak ni. Kelas lembu ni pakai spek hitam. Hubby ada beli juga 1 karton susu pisang Farm Fresh. 


Cantik pulak tumbuhan memanjat kat belakang Dania. 


Kat dalam ni ada cafe untuk kita berehat seketika. 


Cuaca yang panas tidak menghalang pengunjung untuk berkunjung ke sini. 


Kalau birthday kita bergambar kat lembu ni pun best juga. Hehe. 


Minum air mineral je pun. Kalau nak makan pun boleh tapi kami dah makan berat dah tadi. 


Dania pegang rabbit yang sedang berehat. 


Kat belakang Dania ni pokok Thunbergia. Sejenis pokok yang memanjat. Saya ada tanam kat rumah. 


Kalau nak ke Ladang Farm Fresh boleh tengok kat bawah ni entrance fees ya :

Credit : Farm Fresh 

Nak dijadikan cerita, masa saya tengok resit kat kedai Korea tu dia ada tulis wallet padehal saya tak beli pun wallet untuk Dania. Ada beli stokin dan landyard nak letak I.D. Tag. Ayah Dania suruh beli untuk letak kad matrik TAPI.....wallet kami tak beli. 

Jadi, kami ke Midvalley balik dari Farm Fresh tu. Ok singgah sini tapi tak beli apa2. Bila singgah kedai Korea tu tiba-tiba teringat item 'wallet' tu mungkin merujuk kepada landyard tu kan sebab harga 'wallet' yang ditunjukkan tu sama je dengan harga landyard tu. Hahaha....beria patah balik ke Midvalley tu haa....

Jalan-jalan la kami ke sini lagi. Army forever (K Pop Group, BTS fans name : Army). 


Bila dah banyak jalan-jalan tu rasa lapar la pulak. Jadi kami early dinner la kat Midvalley ni. Disebabkan esoknya 31 Julai 2022, Dania nak mendaftar di UPM jadi ayah Dania suruh Dania pilih nak makan kat mana.

Jadi.....4Fingers (name of the restaurant) la jadi pilihan Dania. 



Ni Dania order. Boneless chicken dengan set nasi. Nasi ni nasi jepun. Macam pulut. Saya order boneless chicken (name of the menu) je tanpa nasi. 



Ayah Dania order set burger. 


 Lepas tu cari snack Dania pulak nak bawa ke Universiti. 


Saya ni bab cari snack saya cukup suka. Hehe. Dulu duduk asrama pun macam-macam papa dan mama belikan. Ni giliran saya pula belikan untuk Dania. 


Jadi, balik rumah memang penat la sangat dengan pergi Farm Fresh dan kena beratur tengah panas dan Midvalley Mall tu sampai 2 kali. Hehe. Kena berehat la sebab esoknya nak hantar Dania masuk belajar. Nasib baik dekat je. 


****This post is about visiting Farm Fresh in UPM and small celebration with my family. My daughter's age is 18 years old. Nak kena letak disclaimer siap2 sebab 'blogger' ni tiba-tiba blocked post ni entah kenapa yang sensitif tak tahu. Letak semua nama kedai, menu ikut yang betul. Kot ada yang ter'sensitif' tak tahu la pulak. 😅





XOXO,
Ezna

2 comments:

  1. cantik gmbr kat farm fresh tu...tp tu lahhh panas lah kan cuacanya..aisehh i sejak dh mid 40s ni jenis tak tahan kalau nak gi tmpt panas or crowded hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha I can relate. I pun sama. Asyik nak duduk rumah, I tak suka naik kereta kat tempat2 yang jam. Hehe.....

      Delete