Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, August 22

Perjalanan Dania ke Pra Universiti | Asasi Sains Pertanian, UPM

Lamanya tak tulis blog. Kali ni nak cerita perjalanan universiti Dania. Lepas SPM, Dania ada mintak banyak la tempat untuk sambung belajar. Bagi saya, mintak tu biar banyak tempat sebab nanti kita tak tahu mana peluang yang akan anak kita dapat kan....kalau peluang tu banyak alhamdulilah. Satu bonus juga kan....

Kat UPU, saya install UPU Pocket kat phone untuk kira markah merit mengikut keputusan peperiksaan SPM yang Dania dapat. Dania ambik Stem A ni sebab ambik Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. 

Ok, kat dalam UPU ni Dania ada mintak 12 tempat. Kalau boleh isikan 12 tempat tu. Jangan biarkan kosong sebab nanti anak kita ada 12 peluang daripada mereka yang hanya isi 6 tempat. Cuma ada 6 peluang ajer. Ni saya letak 3 tempat teratas yang jadi pilihan Dania. Sila isikan mengikut minat anak. Course yang paling anak minat kat No. 1 sehinggalah No. 12. Kena course yang betul2 minat ya sebab tak confirm anak akan dapat course yang Top 3 anak pilih. 

1. Asasi Sains Pertanian - UPM (Merit 82.29%)
2. Asasi Sains - UITM (Merit 84.24%)
3. Asasi Sains Hayat - UIA (Merit 85.70%)

***Merit ni merit pelajar yang berjaya mendapat tempat pada tahun lepas. Kalau boleh merit anak tu biarlah melebihi merit yang ditunjukkan tu untuk selamat. Boleh je merit rendah pilih kursus yang meritnya lebih tinggi tapi peluang tu mungkin sedikit. Apa pun ini bergantung kepada penawaran tempat dan berapa ramai yang mohon untuk tempat itu. Kalau ramai yang mohon, kena bersaing la kan. Nak kira merit macamana? Tu atas tu ada UPU Pocket. Install ajer kat google play then dia akan kirakan merit kita. Bermula 2022, kiraan merit adalah berbeza dari tahun 2021. 


Pilihan Dania yang seterusnya adalah seperti berikut :
(Isi UPU masa hari first buka permohonan. Semangat tak?)


Pada 22 Julai 2022, dengan dup dap yang melanda.....sah la Dania ditawarkan tempat ke Asasi Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulilah. Ok....dup dap ni saya tak sangat sebab pada 20 Julai, tiba2 ibu di group sekolah Dania bagi link. Agaknya time tu UPU nak testing link ke kan....nampak la sebijik apa yang ada kat sini. Link tu pun dibuka sekejap je. Mujur saya sempat tengok. So bila tarikh sebenarnya saya idak la gabra sangat. Hehe. 

Oihhh gabranya masa check 20 Julai tu saya menangis oih. Haha sebab apa?. Dania dapat lagi dekat dari Kolej Matrikulasi Melaka tu haa. Haha. Padehal Melaka tu pun orang kata dekat dah. Sebenarnya beberapa hari sebelum UPU diumumkan, dapat tahu keputusan masuk ke Matrikulasi. Ya Dania dapat masuk Matrikulasi Melaka untuk Asasi Sains program satu tahun. 


Pada 31 Julai, hari yang ditunggu-tunggu, berangkat la kami anak beranak setelah breakfast ke UPM. 


Ikut la signboard tu. Kami dah survey awal2 dah kat mana lokasinya. 


Drop kan kami setelah tu hubby pergi cari parking. 


Dania daftar kat Kolej Kediaman ajer. Pendaftaran ni mengikut negeri. Bagi negeri Selangor pada 31 Julai 2022 jam 9 pagi-12 tengahari. 


Tenang ajer kat sini. Tak sesak pun. 


Bakal pelajar Asasi UPM. Nampak macam tenang dan dalam pada masa yang sama berdebar gak tu sebab nak kenal kawan baru dan tempat baru. Dania sebenarnya agak takut juga nak ambik asasi ni sebab dengar orang kata asasi ni laju. Lecturer akan mengajar laju sebab program satu tahun. 


Bagi saya proses pendaftaran berjalan lancar. Haa dress code kat sini fleksible. Boleh pakai blouse, skirt, seluar, baju kurung. Tidak la tertakluk kepada baju kurung semata. Dania pun pakai suit muslimah. Kasut tu kena bertutup. 


Haaa ni dia bilik Dania. Ni kira cubicle Dania. Bilik berenam. 


Ironing board kecik ni beli kat IKEA. Siap seterika lagi. Budak perempuan dengan seterika berpisah tiada. 


Almari kemain besar. Banyak compartment. Puas hati. Ummi dah siap2 belikan 2 set hanger. 


Bergambar dulu. Hehe



Belakang asrama Dania ni ada pokok-pokok. Which is nanti mesti sejuk waktu malam kan....


Masa ni nak balik dah. Dania ikut sekali la. Jap lagi baru kena tinggal. 


Ummi dan ayah yang happy sebab anak dia dapat tempat dekat dengan rumah. Kalau rumah ke Kolej kediaman Dania ni dalam 7.7 km. Ok la kan?. Tak gaduh nak jam bagai. 


Selesai makan tengahari, cari barang sikit2. Dania siap basuh lagi baju yang dia pakai ni kat rumah sebab berpeluh angkat barang....akhirnya kami semua ke UPM balik. Inilah masanya Dania kena tinggal. Tak pernah kena tinggal pun. Kali ni kena ya sebab nak mencapai cita-cita Dania tu. Alahhhh call je ummi boleh datang. Lagi pun masa asasi ni wajib tinggal kat asrama. 


Kiss Kiss dulu. 


Kat sinilah Dania ditempatkan. Mostly kat sini memang kolej kediaman student Asasi Sains Pertanian. 


Kolej dari arah luar. 


Blok kediaman kat sini semua nama planet. Dania kat blok Uranus. Belakang blok Zuhrah ni. 


Ok ini diantara tempat yang Dania mohon dan dapat penempatan. Actually ummi dia yang mohon sebab takut tak dapat apa yang dicitakan untuk Dania kan .....ok nanti saya list kan supaya nanti boleh dijadikan panduan....minta banyak, banyak la peluang. 

1. Multimedia University, Cyberjaya - Foundation in Management (kononnya nak apply Bachelor in Digital Enterprise Management untuk degree nanti). Ni Dania gunakan keputusan SPM Percubaan. Dapat tahu berjaya masa Dania ambik first paper Bahasa Melayu SPM. Dah la masa balik exam, Dania agak sedih dengan jawapan dia sebab terdengar kawan2 discuss jawapan dan Dania tak buat pulak jawapan yang itu...markahnya agak sikit jugak tapi...sedihnya Dania macam teruk sangat. Saya tunjuk tawaran MMU ni terus tenang sikit. Ada hikmahnya....paper BM yang Dania sedih sangat tak boleh nak buat ni akhirnya dapat A+. Alhamdulilah. 

2. Unisel (Universiti Selangor), Bestari Jaya - Program Asas Sains. Program ni dapat dermasiswa dari kerajaan selangor ye untuk foundation ni. Universiti ni pun di bawah kerajaan negeri selangor. Kita cuma bayar bayaran asrama dan beberapa lagi la tapi bayaran pengajian foundation ni ditanggung sepenuhnya ya. Yuran foundation selama setahun ni RM8000++. Bila degree nanti wajib kena belajar kat Unisel juga dan yuran kita yang kena bayar unless kita apply penajaan. 

3. UNIKL (Universiti Kuala Lumpur) - Foundation in Science and Technology for Korean University selama 1 tahun 6 bulan. Kalau lepas foundation ni boleh la fly ke Korea dengan syarat melepasi TOPIK 3 ke atas untuk Bahasa Korea. Ini adalah penajaan sendiri. Boleh apply laluan ni melalui YTP Mara.

4. Uniten - Foundation in Information Technology. Mula-mula apply online ajer. Bila pergi open day Uniten tu dan Dania lepas syarat kemasukan, terus Uniten issue surat tawaran dan dan tu jugak. Saya pun apa lagi...terkejut la jugak. Next time anda apply siap2 dan pergi open day universiti. Mana tahu, sama juga terus dapat surat tawaran. 

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Asasi Sains Hayat. Ni kalau kat UPU tak ada penawaran Asasi dari UTM. Kiranya ini private wing tapi bila degree nanti boleh masuk under laluan biasa di UTM. Ni pun dah apply online tapi tak dapat lagi keputusannya. Katanya ada 3000 orang yang mohon tapi penawaran hanya kepada 1000 orang sahaja. Disebabkan pergi open day UTM di KL, Dania dapat terus surat tawaran dan dan tu. Kena lepas syarat kemasukan la ya. Kalau tak lepas tak dapat juga. Kata kunci di sini kena lepas syarat kemasukan. 

6. UNIKL (Universiti Kuala Lumpur) - Korean Language Intensive Programme (KLIP). Ni belajar bahasa sahaja selama 1 tahun. Lepas tu boleh sambung degree di Korea. Degree pun agak limited sebab tak semua universiti di Korea menerima pelajar KLIP ni tapi ada Universiti yang terima seperti Kyung Hee University dan Konkuk University. KLIP ni adalah atas tajaan sendiri. 

7. Kolej Matrikulasi Melaka - Program matrikulasi sains satu tahun. Kena apply kat website Kementerian Pendidikan Malaysia. Tak sama tempat permohonan dengan UPU. Lain Kementerian. 

8. Universiti Malaysia Pahang (UMP) - Asasi Sains & Teknologi. Ni pun Asasi yang tak ditawarkan di UPU. Ini melalui private wings UMP. Nanti nak sambung degree boleh la melalui UMP laluan biasa. 

9. SMK Tinggi Kajang - Tingkatan 6 bidang sains. Yang ni tak payah minta tapi dapat secara automatik. Penempatan sekolah ni mengikut sekolah terakhir anak kita. Sekolah akan diberikan di daerah berdekatan sekolah terakhir anak. Kalau anak kita bersekolah asrama, penempatan sekolah akan diberikan berdekatan dengan alamat rumah. Itu pun sekolahnya kadang2 jauh dari rumah sebabnya tak semua sekolah menawarkan kelas Tingkatan 6. 

10. Universiti Putra Malaysia (UPM) - Asasi Sains Pertanian (melalui UPU). Apply bila buka dan kemaskini setelah keputusan SPM diumumkan. Bila masuk asasi di UPM ni, bila nak sambung degree akan diserap terus ke UPM tapi kenalah lulus semua matapelajaran asasi. Ada 6 matapelajaran setiap semester. Asasi ini dijalankan selama 1 tahun dan ada 2 semester. 

11. Universiti di Mesir - Farmasi. Mohon di Kementerian Pendidikan Tinggi. Ikutkan first choice Dania Mansoura University di Mesir. Permohonan Pelajar ke Timur Tengah kena melalui KPT ni. Ni adalah penajaan sendiri. Ada juga JAIS @ MAIWP yang taja tetapi mungkin untuk kursus tertentu sahaja. Kena rajin tengok iklan di website mereka ya. 

12. Tajaan Young Talent Programme (YTP), Mara - Multimedia University - Sains Komputer. Pinjaman pelajaran sehingga ke peringkat ijazah. Kena alert dengan tarikh permohonan ya sebab ia dibuka sekejap ajer kat Website Mara. Dania kata nak stay Asper UPM jadi tolak penajaan ini. 

Haaa tudia senarai yang Dania dapat. Kalau apply banyak, peluang pun banyak. Jadi kita boleh la memilih. Sama macam Dania nak masuk sekolah menengah jugak. Banyak yang ummi apply. 😆. Tapi...bidang tu Dania yang pilih. Dania masa ni kan busy dengan kerja part time dia jadi ummi lah punya kerja. Tak sangka la pulak, meriah juga peluang tawaran belajar Dania. Kita berusaha kan...pasti ada hasilnya. Kalau tak apply mana kita tahu peluang anak kita ada kan?. 

Apa itu Asasi Sains Pertanian (Nama glamernya ASPer)?. Sama je macam Asasi Sains yang lain tapi cuma special ada subjek tambahan pertanian. Subjek ni sangat best tau sebab nanti akan explore kat ladang yang luas kat UPM tu. Setiap minggu ada sehari aktiviti di luar. Nak kena tanam cendawan, buat kolam ikan, perah susu lembu, jual kat pasar tani, aktiviti lawatan ke kilang macam Dania pergi kilang Beryl's baru-baru ini. Kilang coklat?. Coklat kan diperbuat daripada koko....koko kan di bawah pertanian.....katanya lecturer pertanian ni best2 belaka. 

Apa syarat kemasukannya? Kalau boleh kan, try score setinggi mungkin dalam SPM. Cuba untuk mendapatkan gred B ke atas sahaja sebab saingan sangat sengit. First intake Dania ada 743 pelajar yang terpilih. Bangsa apa pun boleh apply ya. Tidak tertakluk kepada bumiputera sahaja. Non bumi pun boleh apply. 

Pernah ada kawan Dania letak Asasi Sains Pertanian ni pilihan pertama kat UPU, bila kena kemaskini UPU selepas dapat keputusan SPM, program Asasi Sains Pertanian ni gugur dalam pilihan program. Kenapa? Sebab Matematik Tambahannya C+. Mata pelajaran sains tulen anak untuk apply course ini kena mendapat keputusan B dan ke atas. 


***Untuk tahun pengajian 2023 dan seterusnya kena tengok website Asasi Sains Pertanian UPM kerana syarat kemasukannya mungkin berbeza. 

Ada 6 subjek setiap semester. Untuk Asasi ni tidak perlu untuk ambil kokurikulum. Kalau matrikulasi wajib kokurikulum kan....Asasi Sains Pertanian UPM ni tak payah. Concentrate 6 subjek setiap semester sahaja. Laluan degree pun dah terjamin. Tak payah apply melalui UPU lagi. Kena bersaing dengan kawan2 ASPer sahaja. Boleh apply kat banyak fakulti kat UPM ni dari Fakulti Sains, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Veterinar, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Ekologi Manusia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pengajian Pendidikan,  Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar. Setiap satu fakulti ada banyak pilihan pulak tu. Haaa macam mana?

Pada tahun 2022, mengikut QS World University Rankings, Universiti Putra Malaysia (UPM) jatuh tempat kedua di dalam senarai universiti di Malaysia. Bagi saya ranking ni saya tak tengok sangat. Saya lebih tengok jauh ke dekat universiti tu dari rumah. Sejenis mak mak tak nak anak jauh 😅. Kalau ranking bagus kiranya bonus la kan. 

Dah boleh start untuk aim dah nak dapat result macam mana untuk SPM. All the best ok?. 


Apa pun pilihannya, saya bersyukur Dania dah dapat kat tempat yang terbaik untuk dirinya. Doakan Dania ya!. 💓

***kenangan kisah Dania nak masuk Universiti. 





XOXO,
Ezna













6 comments:

  1. All the best!! Sebagai alumni asper saya sangat recommend masuk asper ni. Ye, bilik blok paling dekat dengan hutan memang sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih senior anak aunty. Dah nak habis dah Jun 2023 ni...insya allah. Anyway sambung ke Fakulti mana?

      Delete