Khamis, September 8

Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda

Saya berkesempatan untuk ke event memperkenalkan Mamee Chef dengan perisa baharu iaitu Mi Goreng Rendang Legenda. Bertepatan dengan dutanya iaitu Dato' Sheila Majid. Beliau merupakan legenda di dalam bidangnya. Bercakap pasal Dato' Sheila Majid, terngiang-ngiang wataknya dalam Ali Setan "Tipah tertipu Bang". Siapa yang pernah tengok filem ni memang akan teringat skrip tersebut. 

Diinspirasikan oleh lagu ikonik Dato’ Sheila “Legenda”, Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda memiliki rasa asli dan autentik. Sebagai hidangan "mi goreng" pertama jenama tempatan, Mi Goreng Rendang dilengkapi dengan Kruk Kruk (bawang goreng) dan hirisan cili dalam setiap pek. Untuk menikmatinya, masukkan mi segera ke dalam 400ml air yang mendidih dan masak selama 3 minit. Toskan air dan letakkan mi segera di dalam mangkuk. Akhir sekali, masukkan serbuk perencah, pes dan ramuan tambahan, gaulkan dengan rata dan nikmatinya. 

Beliau memang seorang legenda....Dato' Sheila Majid. 


How Yuan Yi, Ketua Pegawai Pemasaran Mamee Double-Decker Sdn. Bhd., menyatakan rasa teruja terhadap perisa unik Rendang Legenda:

“Kebanyakan mi goreng segera yang ditawarkan dipasaran hari ini terhad kepada perisa berasaskan kicap atau perisa yang amat pedas. Dengan adanya keupayaan R&D kami di Mamee, digabungkan dengan pemahaman tentang cita rasa rakyat Malaysia, kami bertekad menghasilkan cita rasa tempatan dan rasa asli yang dikenali dan disukai oleh semua warga Malaysia. Dengan adunan rempah ratus dan kuah berkrim, rasa Rendang Legenda kami sangat sesuai sebagai 'mi goreng'. Sebagai jenama Malaysia yang dibuat untuk warga Malaysia, kami berbangga untuk menyatukan orang ramai melalui pembangunan produk makanan yang menarik secara berterusan!”

Nak lebih kick?. Saya cuba tambahkan bahan dalam masakan Mi Goreng Rendang Legenda ni.

Resipi : 

1. Bawang putih dan merah dihiris halus kemudian ditumis sampai wangi. 

2. Ayam diambil isinya sahaja

3. Kucai. 

4. Telur goreng dadar kemudian dipotong memanjang. 

5. Daun bawang dipotong halus dan taburkan atas Mi Goreng. 

Bahan-bahan ini tadi dicampur dengan mi goreng yang telah siap dicelur dan dicampur dengan semua perencah Mi Goreng Rendang Legenda dan digoreng sebentar supaya semua bahan harmoni. 


Kalau nak cepat boleh ajer sediakan macam ni tetap juga sedap rasanya. 


Gaya seorang Legenda. Ratu Jazz Malaysia, Dato' Sheila Majid menyanyi masa duduk pun lantunan suaranya sangat 'power'. 


“Ratu Jazz Malaysia” dan duta jenama Mamee Chef Dato’ Sheila Majid telah membuat persembahan di seluruh dunia, tetapi baginya, rumah ialah tempat dimana Sheila boleh menikmati makanan kegemarannya bersama orang tersayang. “Rendang semestinya hidangan kegemaran keluarga saya - ibu saya sering membuat hidangan istimewa ini semasa musim perayaan, dan kami akan berkumpul bersama ketika kenduri! Di Malaysia, makanan adalah sesuatu yang dekat di hati kita; rasa legenda rendang memang digemari oleh semua orang daripada semua lapisan masyarakat. Dengan Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, saya dan keluarga boleh menikmati rendang asli yang kaya dengan aroma, tanpa perlu menunggu musim perayaan atau majlis istimewa!” kongsi Dato’ Sheila.


Saya pun tak lepaskan peluang bergambar dengan duta Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda. Kecil molek je orangnya tapi suara wow sangat. Memang sesuai sangat jadi duta Mi Goreng Rendang Legenda. Beliau juga penyanyi legenda sepanjang zaman. Dato' Sheila Majid merendah diri kata beliau penyanyi zaman dinosaur. 😅. Apa pun cubalah dengar beliau menyanyi secara LIVE. 



Untuk meraikan pelancaran legenda Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, Dato’ Sheila Majid dan anak perempuannya, penyanyi hip-hop Kayda Aziz, telah menerbitkan sebuah lagu baharu! Tonton video muzik rasmi untuk "Kenikmatan Legenda" di YouTube di sini.


Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda (RM6.90/4 pek) kini boleh didapati di pasar raya di seluruh negara, serta dalam talian melalui Kedai Rasmi Mamee di Lazada dan Shopee. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang informasi terkini Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, sila ikuti Mamee Noodles Malaysia di Facebook dan Instagram.



MENGENAI MAMEE CHEF

Dihasilkan daripada resipi asli dan dibuat dengan bahan-bahan pilihan tangan, Mamee Chef menjemput anda untuk merasai kelazatan sebenar hidangan Malaysia kegemaran anda, seperti Creamy Tom Yam, Curry Laksa, Lontong, dan Spicy Chicken Shiitake. Setiap perisa merupakan gabungan sempurna mi kenyal, bahan-bahan yang kaya dan aroma luar biasa, dengan sedikit perasa untuk melengkapkan pengalaman yang menggembirakan.



XOXO,

Ezna


4 ulasan:

  1. Wowww gambar dia dengan dato shiela majid tue

    BalasPadam
  2. Waaaaah sheila Majid 😍😍😍😍. Dah lama tak lihat beliau. Dulu saya ingat dia pernah datang ke Aceh, Krn diundang oleh oil company tempat papa saya kerja. Jadi mengadakan konser kecil hanya utk staff dan keluarga oil company itu. Saya nonton, suaranya memang baguus sangat. ❤️. Lagu2nya pun banyak yg famous di Indonesia

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...