Pada 24 Julai 2022, merupakan hari terakhir Dania berkerja sebagai part time di F.O.S. Ummi sempat la ambik gambar hari last pergi kerja. Aik?....ingat ada la muka sedih ke apa. Ce tengok muka Dania masa ni? Ada nampak macam sedih ke?. Dania dah hantar surat berhenti kerja 1 minggu sebelum. Ummi ambik gambar masa on the way ke tempat kerja. Ayah yang drive masa ni.
Kawan Dania yang sama sekolah rendah dah berhenti awal sebab sebelum sambung belajar nak bercuti dengan family ke Sabah. Sebelum ke tempat kerja kami sempat la breakfast sekali kat Nasi Lemak Aunty Ainul kat Masjid warna hijau Bandar Baru Bangi.
Kat tangan Dania tu ada beberapa bungkus Nasi Lemak Aunty Ainul nak bagi kat kawan-kawan Dania yang kerja pagi ni dan petang. Nantikan ada satu kejadian....nanti saya akan cerita.
Petang pulak tu, saya datang ambik Dania. Pergi ke Sports Direct nak cari kasut sukan untuk kegunaan kat Universiti. Nasib baik jumpa sepasang. Pilih warna hitam supaya tahan lasak sikit.
Parking pulak betul2 kat luar berdekatan dengan F.O.S. jadi saya masuk la nak ucapkan terima kasih di atas tunjuk ajar. Ingat kot Supervisor yang nama Safiy tu ada sebab beliau la yang terima Dania bekerja. Kan ada saya cerita dengan bersopan santun dan berbudi bahasa explain kat Dania apa tugas Dania kat situ. Macam bukan interview tapi sebenarnya terus diserap masuk jadi part timer.
Belakang Dania tu Hatim dan Dini. Ummi minta tolong doakan Dania berjaya kat Universiti jugak. π
Ok, Dania cerita yang Supervisor nama Safiy tu berhenti 24 jam. Tak tahu apa yang terjadi. Dania kata nasi lemak ada lebih satu...Hatim yang makan. Ummi agak terkilan sebab nak bagi kat Supervisor yang terima Dania bekerja tu la. Tak dapat dia nak merasa. Jadinya store cawangan IOI City Mall ni kekurangan staff terus seramai 3 orang. Selalu yang buat jadual kerja tu Supervisor nama Safiy ni la. Entah la apa ceritanya.....ketidakpuasan hati agaknya.
Apa pun sepanjang Dania bekerja kat sini :
1. Boleh berkomunikasi dengan rakan sekerja. Tanya satu, jawapannya dah lebih banyak patah perkataan. Kawan tanya, Dania 25 Julai nak daftar kat Matrikulasi Melaka kan? Dania balas balik : Dah tak jadi masuk Matrikulasi dah sebab dapat UPM. Padehal sebelum tu dah minta supervisor Abg Safiy ubah jadual petang jadi pagi pd 24 Julai sebab konon nak daftar Matrikulasi (nak jadi citer...dah tukar jadual baru untuk semua pekerja pada 24 Julai tu...dpt tahu Dania dpt UPM pulakπ
). Ummi kesian juga kat supervisor dia. Pastu Dania kata tak payah tukar la...sebab saya dapat masuk UPM. π€. Safiy kata tak apa. π
. Dalam hati kot kata aku dah susah2 ubah...kena ubah balik...tudiaa....π€
2. Dah boleh tegur kawan lelaki yang kerja dekat 4Fingers. Ex SKBJ nama Shamil. Ummi tak boleh recall siapa Shamil ni.
3. Dah boleh panggil ada kawan sekelas masa sekolah menengah JESS dia berbelanja dekat F.O.S IOI City Mall ni. Dania panggil kawan dia tu tapi kawan dia tak dengar. Suara Dania kan jenis perlahan...π
4. Dah boleh berkomunikasi dengan pelanggan kalau pelanggan nak baju size lain atau minta gosokkan baju atau nak ambil baju kat rak yang tinggi.
Apa yang ummi nampak persamaan semuanya? Dania dah improve sikit communication skills. Alhamdulilah. π. Kiranya kerja kat F.O.S. ni ada kelebihan la jugak. Boleh tambah pengalaman selain meningkatkan communication skills Dania selain memupuk semangat bekerja di dalam satu pasukan. Juga....ummi, ayah dan Dania boleh dikatakan setiap hari spend time together. Selalu ummi dan ayah ambik Dania balik kerja sekali. Lepak2, minum dan happy sebelum Dania masuk belajar.
Kepada Supervisor yang bernama Safiy tu aunty nak doakan Selamat Maju Jaya di dalam apa jua bidang yang Safiy ceburi selepas ini. Terima kasih kerana menerima anak aunty bekerja dan jadikan F.O.S. IOI City Mall branch ni tempat yang best untuk bekerja.
Bye bye F.O.S. See you when I see you....
XOXO,
Ezna
Alhamdulillah Dania dapat exposure yg baik dan berjaya improve communication skills π
BalasPadamAlhamdulilah ada juga benefit nya....
Padammakin berdebar umminya bila anak makin membesarnya... semakin lebar langkah dan perjalanan yang bakal ditempuh
BalasPadamYa betul sangat Azian.
Padam