Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, January 20

Indahnya majlis perkahwinan di Bora Ombak, Putrajaya

Bila keluar je fan clutch ni dari dust bag @ dalam bahasa malaysia beg habuk? Apa ke namanya entah, maknanya ada event la ni. Hehe. Inilah event pertama tahun ni. Sebenarnya patut saya attend event anak sepupu kahwin masa pergi Port Dickson hari tu. Disebabkan invitation melalui whatsapp je jadi saya terlupa. Dah bayar kat hotel PD baru teringat. Saya dok ingat event minggu selepas balik PD. Jadi tak pergilah. Jadinya cuma kirim hadiah buat pengantin baru. Nasib baik ada wakil adik2 saya dan keluarganya ada pergi. 

Ok, clutch ni dah lama beli kat Christy Ng ni. Pakai pun jarang-jarang je. Saya warna hitam, Dania warna perak. Clutch ni ada glitter. Ada juga tassel warna gold nampak menyerlahkan lagi clutch ni. Masa nampak dalam web Christy Ng terus jatuh cinta pandang pertama. Terus la grab....boleh pulak custom nama. 


Majlis diadakan di Bora Ombak, Putrajaya. Ni anak kepada jiran kawasan perumahan kami ni. Parking kat basement kemudian naik lif. Tengok nama kat majlis macam sama je bunga dengan yang hubby dapat invitation melalui whatsapp. Sekali....bila tengok whatsapp ternyata itu bukan majlisnya. Nasib baik check. Idak terus makan je. Hehe. 

Untuk pengetahuan semua, kat Bora Ombak, Putrajaya ni ada 2 tempat event. Satu di Glass House dan satu lagi di Grand Ballroom. Tempatnya pun dekat2. Lif kami ni terletak dekat dengan Glass House. Majlis tu pulak kat Grand Ballroom. Jangan tersilap ahhhhh....
Sebelum masuk dewan ada RELA jaga kat depan suruh scan My Sejahtera dan scan suhu. Norma baharu yang kena patuhi. Tetamu pun kena pakai face mask. Ni dalam dewan ni. Ambik gambar kat bunga yang terletak bersebelahan dengan meja kami. Hubby pergi jumpa tuan rumah dulu. Dah jumpa tuan rumah confirm la majlis yang betul. 


Tuan rumah belakang hubby tu. Ada terjumpa jiran kat sini. Rupanya isterinya terbuka cerita yang mereka dah siap makan kat majlis kat Glass House tu lepas tu tersedar yang mereka dah tersalah majlis lalu jumpa tuan rumah dan hulur duit. 😅 Kami pun dah nyaris-nyaris je haa...idak sama jugak la. You alls pernah ke tersalah majlis?. 


Saya pun sama, sibuk nak ambik gambar kat bunga ni. Lama dah tak pergi  wedding...haha....Ada lilin jugak kat sini tapi tak menyala la sumbu dia. Mungkin hiasan ajer ni. Cantik betul dalam ni. Ada cermin yang tinggi dan mengadap tasik. Kerusi pun transparent atau dikenali juga dengan nama ghost chair. Makanan kat sini biasalah lauk kenduri. Extranya ada aiskrim, bubur kacang dan teh tarik panas. Nak katanya memang indah sangat kalau buat majlis kat sini. Mula la imagine anak sendiri punya majlis kat sini. Bila cakap dengan Dania, dia bo layan 😂.


Ada juga wedding singer menghiburkan para tetamu jemputan. 


Suruh Dania bergambar kat tempat masuk ni. Lawa setting kat sini. 


Ni minta tolong wakil tuan rumah ambil gambar kami bertiga. Tak bergambar pulak dengan pengantin. Kalau saya kenal pengantinnya saya bergambar. Ni tak kenal. Kenal yang ayah pengantin je. Tu pun hubby yang kenal. 


 Baju kurung pun sesekali pakai bila ada majlis ajer. Tak pun masa raya. 



XOXO,
Ezna

8 comments:

  1. Sekarang ni pergi wedding, or any kenduri-lah mesti excited... sebab dah lama tak makan kenduri :D

    Cantik cluth tu :p

    ReplyDelete
  2. berkenan dgn clutch kipas tu!
    taste ezna memang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Majlis kat Bora Ombak memang sangat grand - dah attended a few times, buat diri nak cepat-cepat buat majlis hehehe

    ReplyDelete
  4. Cantik tempat ni, saya pernah juga pergi wedding kat Bora ombak putrajaya ni. Mmg syok bergambar 😆❤️

    ReplyDelete
  5. Pernah datang 2 kali ke Bora Ombak Putrajaya untuk wedding dan buka puasa. Best juga kat bawah tu boleh amik gambar kat area kolam tu. kdg2 ada bot laju kan. Sini memang lawa tempat kalau buat event makan2.

    ReplyDelete
  6. cantiknya clutch you.. suka la i yhk hahha.. btw tempat majlis ni.. cantik

    pernah datang sini juga dulu and makanannya oun sedappp

    ReplyDelete
  7. Beautiful pictures dan nampak elegant ! sambil makan dihiburkan oleh band memang best :)

    ReplyDelete
  8. cantik clutch u! memang nice place laaa dulu adik aimi pun buat majlis kawin kat sini...tahun 2020, beria i posing2 dgn mr hubby gak kat tmpt u posing ber3 tu hahahah

    ReplyDelete