Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, January 12

Di tepi pantai yang indah | PD Part 2

Tau tau dah hari kedua kat PD. Lepas breakfast nak jalan-jalan kat pantai pulak. Bergambar kat gerbang heart. Kalau heart tu dipenuhi bunga mawar saya rasa lagi menarik. Tak pun bunga2 lain....mesti lagi cantik kan? 


Pantai kat PD ni makin cantik pulak kalau tengok. Bersih je tepi pantai. Rasanya mungkin pihak Thistle bersihkan pantai ni. 


Ummi dan Dania pakai topi pantai. Hehe. Sebelum ni bercuti kat pantai Mersing tak dapat nak pakai. Kalau berminat dengan topi pantai ni boleh la ke Famsy Mall tapi tak guarantee la dapat awal dengan J&T yang jadi partner kurier mereka. 😅. Ni melaram la pakai topi pantai ni. 😆


Naik pulak buaian ni tapi kalau tengok agak senget. 


Naik je bilik, tukar baju mandi pulak. Dania tak nak mandi jadi dia tukang ambik gambar dan jaga barang. Kolam kat Thistle ni bagi saya dalam jugak la sebab saya pun paras tengkuk air dia. Ikutkan selalunya kalau Hotel lain takde la sedalam ni. Bila nak naik bilik je, Dania kata nak main air. Tu lah ummi suruh tukar baju mandi dia tak nak. 


Selesai mandi kolam, naik atas bersihkan diri dan siap-siapkan barang-barang nak check out dah. Kejap betul la masa ni berjalan. Kat Thistle ni check in pukul 4 petang, check out pukul 11 pagi tapi boleh lewat sampai jam 12 tengahari. Lebih pada tu kena charge. 


Mula-mula hubby kata nak makan kat Kuala Pilah. Nak pergi tempat makan yang Hattan penyanyi tu pergi. Akhirnya tak jadi. Destinasi kami ditukar ke Kafe Kampung Kaw. 

Kafe Kampung Kaw :
PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Apa yang bestnya kat sini?.  

Saya ambik video sekeliling cafe ni. 

Suasana cafe kat sini best je. Ada pokok2 digantung dan dibiarkan menjalar kat tiang. Nak masuk kena beratur dulu. Boleh tahan jugak barisannya. Nasib baik tak tunggu lama untuk mendapatkan meja. 


Apa yang kami order ya?
Mee goreng mamak untuk Dania. 


Bihun goreng untuk saya. 


Eh eh jumpa lagi Azwa dan Iman kat sini. Hehe. Kali ni kami pulak tiba awal. Rupanya kafe ni kepunyaan ibu saudara Azwa. 


Nasi goreng ni hubby order. Keropok tu saya mintak sikit. Hehe. 


Hubby kata ada ternampak roti puri waiter hantar tempat lain. Lama tak makan katanya....tup tup sampai roti puri kat meja kami. Katanya meja No.9 yang belanja. Terkejut pun ya. Terima kasih Azwa dan Iman belanja. Moga murah rezeki sekeluarga. Kat sini dipanggil kuih gemuk. Azwa kata signature kat Kafe Kampung Kaw ni. Makan dengan kari dan sambal. Sedap juga kuih gemuk ni. Saling tak tumpah macam roti puri la. Iman pula kata kuih gemuk ni tak guna yis. Ada 3 jadi cukup la untuk kami bertiga merasa. Lembut kuihnya. 


Kuih gemuk in action. 

Ni perjalanan pulang kami. Ikut Lekas Highway....lekas je sampai sebab tak banyak kereta. Tak ikut PLUS Highway sebab selalunya banyak kereta. 


Moga akan ada lagi percutian selepas ni tapi mungkin selepas Dania selesai exam SPM la kot. Barulah tenang nak bercuti pun.



XOXO,
Ezna

7 comments:

  1. gmbr 1st view langit biru dh mcm overseas..rindunya pantai...lama tk amik angin pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kat pantai sampai berturut duduk penginapan tepi pantai. Langit kebetulan biru sangat hari ni Amy.

      Delete
  2. Lamanya tak menjengah ke PD. Macam nak pergi,nak mandi laut. Boleh try cari kafe tu sekali kelak

    ReplyDelete
  3. Biasa kalau hotel2 tepi pantai nie mmg dorg bersihkan sekali pantainya. Cantik n bersih je. Kalau pantai awam, haishhhh rasa nak maki je mereka2 yg buang sampah merata. Mcm xde common sense lngsung.

    ReplyDelete
  4. 2 hr bc entry pd u trs rs nak pegi bw family.. rindu nak bercuti

    ReplyDelete
  5. Dulu rajin jugak pegi PD, gigih weekend dgn kawan2 ex-ukm melepak pantai PD. Nanti free nak menjengah le lesana. Lama tak jalan atas pasir. Hehe

    ReplyDelete
  6. ari tu lepak pd 2 malam.
    tapi tak berjalan ke mana2 pon. lepak aje kat hotel.
    hujan :(

    ReplyDelete