Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, October 1

Rumah baru dan pokok

Alkisahnya kawan saya beli rumah baru Semi D dan ada tanah tepi rumah tu. Dalam pada nak masuk rumah tu nak tanam la beberapa jenis pokok-pokok. Pokok pilihan dah tentunya yang banyak digunakan dalam masakan jadi tanam la kunyit, serai, bunga kantan dan apa lagi kawan saya tanam. Tak ingat. Memandangkan kebetulan beliau satu family mengikut suami meeting kat area Putrajaya ni dan rumah saya pun tak jauh dari Putrajaya....saya offer la pokok bunga kantan. Suami la yang kena korek nanti tu. Hehe....kawan saya exchange dengan polibeg untuk pokok2. Ya allah banyak saya dapat. Katanya lebih tu simpan untuk kegunaan saya.  

Akhirnya dalam hantaran IG story nampak pokok bunga kantan saya selamat ditanam dengan pokok bunga kantan yang sedia ada. Saya punya pokok ni unik pulak sebab daunnya sehelai ajer. Hehe. Lepas tu tinggi lampai haaa....


Ni la bunga kantan kat rumah saya ni. Memang sihat-sihat. Nak bagi kawan saya at least 2 pokok bunga kantan tapi suami kata semua besar2. Tinggi sangat dan pokok yang kami bagi tu lah satu-satunya yang bersize sederhana besar. Lepas tu bila korek agak keras juga akarnya tu dan bersambung pokoknya dengan yang lain. Ye la pokok bunga kantan ni kan beranak-pinak. Tanam pada mulanya 3 pokok kot tapi ni lah hasilnya sekarang. Bunga dia pun tak berhenti berbunga. Alhamdulilah boleh la masak asam pedas. Bila kawan saya nak pick up pokok bunga kantan bila tengok pokok2 bunga kantan kat rumah saya terkejut la beliau sebab katanya tingginya....


Inilah warna bunga kantan saya. Warna merah jambu cair. Ada juga bunga kantan warna merah kan?. Tapi....bila masuk dalam asam pedas tu ya allah sedap ya amat aromanya tu. Wangi...


Deretan tepi rumah saya ni memang redup sikit sebab pepohon tinggi2. Ada pokok kantan, kemboja dan pokok palma kat sini. Boleh lindung la dari rumah jiran sebelah saya kan. Privacy sikit. Hehe. 


Kawan saya ni berkenan dengan pokok heliconia jadi saya bagitau saya ada pokok ni jenis Heliconia Parrot's Beak warna merah/kuning dan Parrot's Beak warna merah/jingga jadi suami pi korek 2 pokok merah/kuning dan 2 pokok merah jingga. Elok pulak tu ruang kosong belah kanan ditanam dengan pokok-pokok yang saya beri.  Mulanya katanya nak jadi cerita dia tanam tak balance pokok2 tu. Belah kanan sekali kosong. Itu sebelum saya beritahu saya nak hadiahkan 4 pokok heliconia. Walaupun kawan saya tanam pokok heliconia jenis Parrot's Beak tapi daunnya ada corak hijau gelap dan hijau muda manakala pokok saya satu warna hijau ajer daunnya. Ada variasi la pokok heliconia kat sini. Saya kata at least pokok2 saya ada la geng dia kat sini. Hehe. Satu lagi...pokok Heliconia ni jenis beranak jadi rajin2 la kemaskan pokok-pokok ni. Cepat je nanti dia membiak. 


Pokok Heliconia ni asalnya dari pokok kat rumah mama papa saya di Damansara Jaya. Saya bawak tanam beberapa pokok kat rumah lama kemudian korek2 tanam pula kat rumah sekarang. Pokok heliconia mengelilingi pokok palma. Pokok palma ni suami korek2 kat rumah lama sebelum pindah rumah sini sebab sayang punya pasal.  Palma ni rendah sikit daripada ni suami bawak naik kereta letak kat seat depan tapi katanya berat sangat. Haha.... nak beli sebesar ni mahal ni. Masa beli kecik tu harganya belas ringgit tak silap....Pokok ni jenis batang gemuk tu. Tu yang berat tu...


Kat rumah lama, hubby saya ada makan buah kurma lalu dia campak biji kat luar rumah. Nak jadi cerita tumbuh satu pokok kurma. Sebelum saya pindah rumah sekarang, pokok kurma tinggi macam saya ni....hubby suruh kariah surau ambik buat tanam kat surau. Ramai2 pakat korek pokok kurma ni. Huihhh dalam juga akarnya tu. Pokoknya pun boleh tahan gemuk. 

Ni saya ambik gambar dari Surau Nurul Iman, Puncak Jalil. Saya beritahu hubby yang pokok kurma rumah kami ni mereka buat tambat lembu. Haha. Hubby kata ada gunanya jugak pokok kita tu. Sihat nampaknya pokok kurma yang kami hadiahkan tu. Dari sekecil-kecil biji jadi pokok sebesar-besar ini. Kuasa yang esa. 


Hehe....cerita pasal pokok pun kemain panjang lebar. Esok hari Sabtu (semasa blog ni ditulis hari jumaat)...selamat berhujung minggu. Tak sabar habis pantang 14 hari ni.....jeng jeng....



XOXO,
Ezna

11 comments:

  1. bestnya tengok pokok2 tumbuh segar je..pokok kat rumah kita..nak kata mati tak mati..hidup je tapi tak nampak menarik..hahaha

    ReplyDelete
  2. kat rumah kalau ada pokok2 macm ni memang bagus..nak memasak petik je belakang rumah...

    ReplyDelete
  3. Wah... bagus kawan you dan family dia bercucuk tanam sendiri. Kita kagum. I think it is good to grow your own veggies and herbs nowadays. Thank you for sharing this story with me.

    ReplyDelete
  4. Bila ada laman, memang best tanam pokok-pokok sebegini. Macam rumah kat kampung, mak ayah tanam macam-macam agar senang nak masak ke apa ke kan.

    ReplyDelete
  5. Tanaman hijau jadi terapi fizikal, mata dan minda

    ReplyDelete
  6. memang best kalau ada tanah nak bercucuk tanam.. tak sabar jugak tunggu rumah siap, macam2 pokok dalam list hehe, lani tanam dalam pasu jela haha

    ReplyDelete
  7. Wow cerita pokok kurma tu. menjadi ya biarpon cuma campak biji benih je. Subur betul tanah kat situ Kak Ezna. Elok je dia tumbuh tak banyak bunyi. Tau2 besar

    ReplyDelete
  8. Dah dua kali rasa tanam pokok kantan, taknak pulak dia hidup, agaknya tanah batu tak sesuai.. ayat last tu... esok hari Khamis kan Ezna hahahaha

    ReplyDelete
  9. Best nya rumah landed memang seronok nak bercucuk tanam kan. Macam2 boleh tanam. Bunga kantan pon jimat xyah beli kat pasar hehe

    ReplyDelete
  10. rajinnya u ezz.. suka i tgk.. mmg best dan bagus kalau dapat berbudi dengan tanah

    ReplyDelete