Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, September 14

Seminar Nak Pandai Marketing | Memang berbaloi

Saya berkesempatan untuk join seminar Nak Pandai Marketing pada 11 dan 12 September 2021 baru-baru ni. Sebenarnya saya join seminar ni sebab di 'push' oleh owner produk yang saya jual iaitu Harrogate Sulphur Soap, Puan Tema Omar. Hahaha ramai yang tak tahu saya dropshipper Harrogate Sulphur Soap ni. Ada yang membeli daripada saya tapi saya yang tak tonjolkan diri. Malu menguasai diri. Saya dah start last year sebenarnya. 😊

Ok bila dah kena push, saya pun join yang dapat rakaman. Ada 3 jenis seminar yang kita boleh pilih.

1. Workbook sahaja : RM39
2. Workbook  + Rakaman : RM49
3. Workbook + Rakaman (5 pax) : RM180 

Inilah tajuk2 seminar yang saya join tu. 2 hari 1 malam beb. 

 

Ini pula barisan coach yang akan mengajar masa seminar nanti. Ia terdiri daripada Coach Syahril, Coach Najib, Youmeden, Coach Zul, Coach Shamel dan Sir Dharma. Semuanya mahir dalam lapangan masing-masing. 6 Coach ni ada sijil Master Trainer you alls. Hebat sungguh! Penampilan istimewa Tok Abah iaitu Dato' Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK). DMFK bahasakan dirinya Tok Abah. 

Saya akan sharekan nanti sedikit input seminar ini. 

Marketing Road Map - Coach Syahril 

Nak buat business kena ada 'Magic Number'. Berapa yang you nak target untuk business you?. 

Legasi Bisnes - Coach Najib

Kita kena ada cash reserve. Cash reserve tu kena simpan di tempat yang berbeza contohnya :

a. Akaun simpanan (Hanya untuk simpanan sahaja)
b. Akaun belanja habis (Akaun untuk komitmen kita macam bayar kereta, rumah, kad kredit etc)
c. Akaun investment (Simpanan emas, beli saham etc...)

Tik Tok kini bermula - Youmeden

Menurut Youmeden tu kalau # di Tik Tok cukup setakat 5 # sahaja dan tak payah letak # fyp. Itu hanya mitos. Jika content you bagus, pasti Tik Tok akan captured you. 

Kat bawah ni la Youmeden ni. Memang mahir dalam Tik Tok. Chat belah kanan tu saya peserta yang first type I am pro....hehe kira pro la dapat type sebagai peserta yang first sekali.😜. Refer Me to Everyone. 


Magnet marketing  - Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah aka Tok Abah

Perkongsian DMFK ni memang terkesan di hati dan sangat positif. Fuhhh salinan perkongsian DMFK ni memang banyak yang saya catat. Kata DMFK You are what your friends are. Faham ke maksud tu?. Kalau kawan kita jual minyak wangi...sedikit sebanyak minyak wangi tu akan terpalit kat kita. Ingat...join group2 yang boleh membawa kita kepada kebaikan. Jadi mata lebah : suka kepada benda yang baik, benda yang boleh beri manfaat, benda yang positif. Jangan jadi mata lalat : nampak yang buruk, nampak sampah, tahi, benda yang negatif. Hahaha bab kelakar bila DMFK cerita pasal tahi. Kenapa nak kata hangat2 tahi ayam?. Semua tahi keluar panas. Aku semua tahi pernah pegang sebab beliau pernah ambik course Sains Pertanian. Hehe...tak kelakar tak sah la sebab seminar waktu malam ni takut orang mengantuk. Eh betul juga kan?...kenapa cakap hangat2 tahi ayam je....padehal semua tahi panas. 😆.

Kat bawah ni gambar besar ni emcee yang manis leting. DMFK gambar kecil belah kanan tu baju hijau. 


Berani Live - Coach Zul

Kenapa kita nak buat live?. Haa ni memang saya pun tak berani buat lagi. Buat mereka yang ada business ini adalah sangat penting ye...live ni orang nak faham pun senang. Prospek boleh terus tengok dan dapat berkomunikasi secara terus dengan kita. 

Haa nampakkan kepentingan buat live ni geng?. 

Kingdom of Google - Coach Shamel

Algoritm Google dan Youtube ni selari. Selalunya kalau buat youtube ni....dia akan tunjuk kat Page 1 dalam google. Ini disebabkan Youtube ni di bawah Google. Wahhhh kena ada akaun youtube la you alls...saya ada tapi tak aktif pun. 

Ni lah dia Coach Shamel yang menyampaikan tajuk Kingdom of Google...


Rahsia 1K sehari : Sir Dharma

Satu je saya ingat pesan Sir Dharma ni. Buat content yang baik-baik untuk Tik Tok. Kalau tak joget pun, content you boleh masuk fyp (For you page) juga. Tak semestinya kita kena tergelek-gelek kan. Kena ingat la kita ni isteri orang. Kena sentiasa sedar diri.  

Di akhir seminar ni ada pengumuman 20 peserta yang layak terima hadiah dan 5 peserta yang akan dapat seat kelas Tik Tok K.O.L. bersama Youmeden. 


Bila nama saya diumumkan diantara 20 pemenang tu macam....terkejut la jugak sebab saya ada kongsi seminar ni kat Instagram saya. Like tak banyak pun tapi dah namanya rezeki kan?. Alhamdulilah. 


Inilah sedikit sebanyak tentang Seminar Nak Pandai Marketing ni. Jadi berbaloi ke bayar RM49 untuk seminar ni?.....berbaloi sangat sebab input terlalu banyak. Saya share tu sikit ajer. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh follow rapat Seminar Nak Pandai Marketing atau direct ke Coach Syahril.....

Selagi kita hidup, selagi tu jangan berhenti menambah ilmu. Kita ingat kita dah banyak tahu tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu....



XOXO,
Ezna





15 comments:

  1. Memang berbaloi sangat bayar RM49 untuk seminar camni. Boleh suruh husband cuba dengar seminar ni nanti untuk bisnes dia

    ReplyDelete
  2. RM49 je untuk bayaran seminar nak pandai marketing ni...Menarik ni. Dapat workbook lagi.

    ReplyDelete
  3. Serious la RM49 je untuk ilmu camni? Memang berbaloi sangat ni

    ReplyDelete
  4. untungnya ezz menang hehhehe.. tapi baguskan kalau kita dapat belajar cara marketing yg betul

    ReplyDelete
  5. Wah murah nya rm49m berbaloi sangat dengan ilmu marketing ni. Lagi2 sekarang online marketing kene power

    ReplyDelete
  6. Lamanya tak pi seminar gini, dulu rajin laa pi yang bersemuka, sejak dah vitual, ermm tak rajin hahahah.. ada DFK mesti best tu..

    ReplyDelete
  7. Wah berbaloi la harga dia dapat berguru dengan ramai sifu yang hebat. Boleh tunggu next seminar la nak join.

    ReplyDelete
  8. Ada program seminar marketing mcm ni sangat bagus lah dan membantu usahawan dan perniaga kat luar sana nak berjaya....

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this, nampak content pembelajaran best juga and harga pun ok.

    ReplyDelete
  10. bagus ni ezz. i doakan u terus sukses dan cemerlang utk ur bisness.aamiin

    ReplyDelete
  11. Pemasaran amat penting untuk sesuatu produk/servis. Bagus seminar ni lagi-lagi berbaloi juga harganya.

    ReplyDelete
  12. wah tahniah jadi lucky winner. menarik betul seminar ni ramai speaker hebat2 , yuran pun murah jer kan..

    ReplyDelete
  13. nampak ramai kawan-kawan share pasal ni. bagus sebenarnya topup ilmu kadang-kadang kita ingat dah cukup tapi sebenarnya tidak yaaa haha kena sentiasa humble

    ReplyDelete
  14. Bagus la platform ni especially for those yang mula nak berniaga ni... good knowledge to learn kan... lagi2 part marketing on social media platform ni...

    ReplyDelete