Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, September 28

PICK Remaja Selangor di PPV | Pengalaman di PPV Bangi Avenue Convention Center

Hari ni, awal pagi lagi hubby dah keluar beli breakfast dan rutinnya setiap pagi Isnin mesti nak mencari suratkhabar Berita Harian sebab setiap Isnin BH ni ada sisipan Pendidikan soalan SPM. Tanya hubby ada ke keluar berita Dania tulis?. Boleh hubby kata tak ada. Sekali bila balik, Dania bukak paper kata adalah gambar Dania. Boleh hubby tak perasan ada nama dia situ haaa....ok Dania tulis pasal Perkhemahan Online Pandu Puteri Korea tu haa....

Keluar pulak berita yang Dania tulis hari yang Dania dijadualkan untuk vaksin. Ada tanggungjawab besar Dania nak buat hari ni. 💜💜💜.

Nota : Nak baca berita dengan jelas, click keratan akhbar yang Dania scan ni. 

 
Ok...ayah Dania dah sound dah suruh makan cepat-cepat sikit sebab kalau boleh nak pergi PPV secepat mungkin sebabnya hari ahad kami dah survey PPV Bangi Avenue Convention Center tu haa....aiyoooo jam dengan orang parking kiri kanan kat bahu jalan dan line beratur fuhhh sampai keluar. Sekolah Dania dah deal dengan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat untuk pukalkan sekolah Dania pada 27 September 2021. Dania kan sekolah harian jadi kena ikut jadual yang ditetapkan sekolah. Tapinya bagi saya la kan kata je walk in untuk remaja tapinya 'walk in' ni walk in bersyarat. Tak boleh walk in saje-saje macam tu. Ok tak mahu komen lebih2. Ada la sebab tu kan....maybe tak nak bersesak-sesak kat PPV ni. Kang kluster lain pulak kan...

Ikutkan saya prefer PPV kat MMU Cyberjaya lagi sebab jalan sana luas. Kalau jalan dalam ke PPV Bangi Avenue ni kecik sikit dan sesak (kalau ikut jalan dalam la. Kalau ikut highway ok je). Satu lane je. Memang pun masa kami survey hari ahad tu sesak.....adehhhh ahad pun sesak.....isnin nanti camne?

Tarikh Mysejahtera Dania dapat notification kat phone ummi dulu pada 26 September 2021 then baru ummi suruh Dania check kat MySejahtera dia. Better untuk anak2 17 tahun ni ada akaun MySejahtera mereka sendiri dan tidak diletakkan di bawah dependent kita. Siap2 accept temujanji. Kang terlepas pulak. Even cikgu dah kata kalau tak dapat kat MySejahtera pun boleh je terus ke PPV sebab nama dah ada. 


Bergambar dulu sebelum Dania ke PPV sebab ummi tak ikut. Tak fit....ayah dia je la yang handle. Haha. Peluk Dania dulu sebelum dia pergi. 


Saya dah siap sediakan requirement video dan photo yang saya nak kat hubby. Haha....sekejap-sekejap video atau photo masuk whatsapp. Hubby yang hantar. Requirement saya tu siap-siap kategorikan  keadaan kat sana, masa cucuk dan selepas cucuk then ada 1...2...3....haha. Video ke photo apa ke saya nak. Haha. Dah sound Dania jugak senyum sikit ye...Ummi nak buat reels. Kenangan sangat ni. 

Ok ni diantara gambar terawal masa beratur. Alhamdulilah dalam bangunan. Topi pun dah siap sedia kalau kena beratur tengah panas. Tiba PPV ni dalam 9 pagi macam tu. Tak sia-sia datang awal sebab idak la ramai sangat orang masa ni. Temujanji Dania jam 11.30 pagi. Ayah dia kerja pagi ni tu yang awal sikit. Bukan sengaja pun....Dania sebenarnya look forward untuk vaksinasi ni. Dia lagi berani pada ummi. 


Keadaan sekeliling semasa Dania beratur....


Sebelum dewan ni ada penerangan dari Dr. juga untuk ibu bapa dan tentang vaksin yang anak2 akan terima. Bebudak bawah 18 tahun ni vaksin Pfizer yang akan diberikan. Dania pun sebenarnya tak masuk 17 tahun lagi. Dia baru 16 tahun 10 bulan. 

Ni hubby yang ambik gambar tapi bila tanya mana Dania? Dia kata ada la kat belakang-belakang tu. Saya zoom satu-satu nampak dah. Ada Dania lambai dalam gambar ni tapi blur la sikit. Mak mak ni walau gambar blur pun boleh cam anak dia....😂


Makin dekat dah ni. Suspense....since ayah (semua ibubapa pun tak dibenarkan berada di sini) tidak dibenarkan berada dalam dewan vaksinasi, ummi siap call Dania suruh ambik gambar dengan orang vaksin Dania ye?. 


Mendengar kata nampaknya. Haha...suruh dia selfie banyak2...


One step closer....


Kita letak gambar ni banyak2. Dania kata dia kata boleh tak selfie?. Kakak ni kata awak ni Tik Tok Famous ke?. Haha.....Dania kata tak. Lepas tu offer awak nak ambik gambar masa cucuk tak?. Dania kata saya takut. Lepas ajer cucuk....kakak vaksin ni tolong wefie kan. Baik.....Dania kata kakak vaksin ni. Tq ye.....aunty nak ucapkan terima kasih. Ok...9.47 pagi...Dania selamat divaksinasi....




Ok ni requirement bergambar seorang kat luar kat placard. 


Bergambar dengan ayah pulak....


Belakang ni air pancut. Suka betul saya dengan pokok willow ni. Nampak magikal. Dania digalakkan pakai baju T Shirt sukan sekolah tapi hujung T Shirt Dania tu ada grip jadi bila nak tarik atas tu susah sikit la kan. Jadi....inilah pilihan pakaian yang sesuai. Dalam tu T shirt lengan pendek dipadankan dengan shirt lengan panjang kain corduroy besar. Jadi cuma turunkan sikit shirt luar tu. Handbag tu diisi purse (IC jangan lupa ya), handphone ada data, pen, resit PIBG, surat tawaran sekolah, borang persetujuan vaksin yang siap print 2 helai dari rumah dan topi kot kena beratur kat luar. Saya dapat tahu ada sekolah kawan saya kena beratur panjang kat luar masa cuaca panas. Tu yang siap2 suruh Dania bawak topi. Oh ya botol air pun Dania bawak. 


Cantiknya hiasan atas tu. Memang kat PPV ni banyak nau port instagrammable. Lokasi ini juga diadakan perkahwinan di dalam taman. Wahhhhh......


Pfizer Dania dari negara Jerman. 


Kad vaksinasi Dania....saya suruh siap-siap simpan dalam purse. Dah ada dah tarikh untuk Dos kedua. 


Kita ikhtiar kan?. Lagi pun tak vaksin, macamana nak masuk sekolah?. Nak sambung ke Universiti?..nak study luar negara?....nak ikut ummi dan ayah berjalan jauh dan dekat?. Dah tentu ini salah satu requirement kalau nak travel ke luar.....nak buat haji pun nak kena vaksinasi. Fikir....fikirkanlah....tapi sebelum nak vaksinasi tu kena prepare juga beri anak vitamin c ke apa2 supplement ke supaya badan mereka bertambah kuat. Dania ikut sekali ummi dan ayah makan supplement sebulan sebelum ummi dan ayah vaksinasi. Maknanya dalam bulan Jun tahun ni dah start. 

Kol 12.30 saya terima whatsapp dari kawan ajak jumpa kat PPV BACC. Beliau baru selesai vaksinasi anaknya baya Dania jam 12.30 tengahari tapi saya kata saya tak sihat jadi ayah Dania yang handle. Jam 9.47 pagi dah settle. Terkejut la dia sebab kata cepatnya....😄.

Masa Dania balik, saya sediakan Milo dan Dania cicah 2 keping roti butterscotch tu dan tidur....bagi rehat yang cukup. Bangun je Dania kata ada kelas tuition la ummi. Hmmm....kalau ummi mau 'Pon' dah tu. Dania bersemangat jadi ummi ok je lah. 

So far, Dania kata sakit kat lengan. Tempat kena cucuk tu je rasa sengal. Selain daripada tu she's ok. Alhamdulilah.

Boleh pulak terjumpa gambar Dania masa ummi tengah google beberapa hari sebelum tarikh Dania vaksinasi Tingkatan 5. Eh how lah ummi tak tahu kewujudan gambar Dania dalam blog ni?. Bayangkan berapa tahun dah gambar Dania ni?. Ada cikgu dia masa sekolah rendah post kat blog gambar Dania masa vaksinasi Darjah 1. Tengok ada persamaan style tak dengan Tingkatan 5?. 😀. Anak ummi dah besar. 💗💗💗

Tak takut ke anak nak ambik jab Pfizer ni?. Takut.....siapa kata saya tak takut? Tapi tu lah....pagi tu seperti sebelum saya dan hubby ke PPV, sedekah la dulu. Sedekah ni luas....apa2 pun boleh.....macam ni juga sebelum Dania ke PPV. Insya allah dilindungi apa2 yang mudarat untuk hari tersebut. Semua kita dah buat......lain2 kita serah kepadaNYA. 

Gambar 7 tahun credit blog Asherin. 

Moga semuanya dipermudahkan.....si kecik baju biru ni ada impian dia sendiri.....




XOXO,
Ezna

27 comments:

  1. tgk kwn2 share ada yg kena beratur pjg ..dh la panas..ada yg pengsan..kesian juga kan...tahniah dania dh selesai 1st dos..handbag dania sama tisya juga..ank2 remaja skarang suka handbag gtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panasnya memang terik. Tau je la panas sekarang ni macamana. Nasib baik hubby pergi awal jadi dah memang dalam bangunan. Masa survey hari ahad...line sampai keluar. Tu yang seram tu. Handbag Dania ni dah beli lama tapi dia suka pakai bag cotton on dia tu. Bag ni....baru dia pakai sebab dia kata besar....

      Delete
  2. alhamdulillah, syukur anak sis dah selamat ambil vaksin...semoga nnt mereka lebih semangat untuk memulakan sesi persekolahan setelah sekian lama PKP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Dah tak sabar nak jumpa cikgu dan kawan2. Nak belajar macam biasa....

      Delete
  3. Haha dh siap bg list kena send video dan gambar setiap masa ye kak.
    Alhamdulillah semua selamat. Tunggu 2nd dos plaj. Saya esok cucuk 2nd dos. Moga dipermudah semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA...lelaki ni nak kena detail Ana....idak nanti tak capai standard kita apa yang kita minta. Hehehe. Boleh ambik gambar kadang anak tu tunduk bawah je. Tak pun gambar belakang je....alaaa tak mau la kan. Senang...detailkan terus. Hahaha....

      Delete
  4. Salam ...boleh tolong sy dpatkan info utk schedule esok 29hb Sept.2021...sekolah mne yg akan amik vaksin sesi tengahhari ...terima ksih byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye saya bukan kerja kat PPV ni. Boleh tanya pihak sekolah anak anda....

      Delete
  5. Bagus suami dan anak mendengar arahan mak suruh ambik gamabr dan video..hehee. Wah syok doktor Dania nak selfie sekali, baik sungguh..untung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....dah maknya tak pergi Nad. Tukang cucuk Dania yang ambikkan selfie tu Nad. Baik sungguh la akak rasa.

      Delete
  6. Lepas baca ni terus nak tulis jugak pengalaman bawa anak dua orang ambik vaksin semalam dekat MMU Cyberjaya. Memang kena simpan sebagai kenangan terindah. All the best Dania, pandai menulis macam mamanya juga nih, Bolehlah buatkan blog khas untuk Dania atau jadikan dia penulis jemputan dalam blog ni juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis la Saidila. Pengalaman pertama juga kan. Boleh juga bagi info kepada ibu ayah yang nak vaksin anak kat PPV yang sama dengan anak Saidila nanti.

      Delete
  7. Marsha pun tengah tunggu tarikh vaksinasi anak yg f1. Minggu ni dah mula just tunggu tarikh dekat my sejahtera dia je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...sis tunggu sampai stress haha. Padehal cikgu sekolah anak kata kalau MySejahtera tak update (which dia update sehari sebelum) boleh je terus ke PPV sebab sekolah dah kawtim dengan PPV tu untuk pukalkan anak murid kat situ.

      Delete
  8. Alhamdulillahhhh seronok nya bila semua dah ambil vaksin. Lepas ni kene tunggu 14 hari lah. Baru boleh kesana kesini ;)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ramai remaja yg dh mula ambil vaksin sbb sekolah pun bakal dibuka kan... Mesti ramai tak sabar nk jupe kawan2 dan guru2... Nk belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sekolah bakal buka dan anak sis nak ambik SPM jadi moga allah melindungi anak2 kita ni dari benda2 yang mudarat.

      Delete
  10. Alhamdulillah dania dah vaksin, moga dia sihat-sihat sahaja nanti and selamat kembali ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mendoakan Shamiera. Tak sabar dah nak jumpa cikgu2 dan kawan2. SPM Dania ada amali next year sebab ambik Sains Tulen jadi nak tak nak kena tahu / belajar juga pasal amali ni. Doakan Shamiera....

      Delete
  11. Saya dapat tahu pelajar kena cocok ni memang lega rasa. Tapi bila ibu bapa mula kelam kabut nak arrange anak ramai kena pi cucuk or anak tiada dalam senarai sekolah lagi. Terus jadi runsing kan kak. Sebabb ada yang nak walkin segera aedangkan walkin utk pelajar tidak bersekolah, remaja gelandangan dan pelajar bersekolah di rumah aje. Utk yang bersekolah, data pelajar sekolah akan sync dengan KKM. Panik juga situasi ni kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya mau tak panik Ruby. Dania nak exam. Nak masuk sekolah kena vaksin. Dania pulak sekolah harian. Sekolah Harian tak boleh walk in sorang2 kat PPV. Kena tunggu sekolah handle dengan PPD, PKD dan PPV berhampiran. Tau tau anak kawan sis dah dapat tarikh. Bagaimana anak sis Dania? Tarikh tak dapat lagi. Memang panik juga situasi ni. KKM kata walk in tak boleh walaupun nama 'walk in' untuk remaja...

      Apa pun syukur semua selamat dan selesai.....

      Delete
  12. setel dah dania amik vaksin.. namoak dia semabnagt betul... lps ni boleh tumpu utk exam besar pulak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesai dah Ayu. Memang Dania look forward untuk vaksin ni. Dia lagi berani pada I.

      Delete
  13. So proud of you guys! :) Best la parking kat sini buat kenangan and mudah2an jadi inspiration to others untuk beri kerjasama to take their vaccine too :) salute :)

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah, anak sedara Sis pn dah dapat gak vaksinnya.. kat JB ni pun walk-in juga.. kita usaha kan, selebihnya berserah aja la.. kalau ada gejala tak sihat selepas vaksin, dapatkan naishat Doktor..

    ReplyDelete
  15. Kak satu family dah selesai semua ami vaksin, hati pun sng tapi kita kena juga berjaga2 sbb kita blm selaat lg

    ReplyDelete