Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, September 13

6 sebab saya memilih The Body Shop

Saya dah gunakan produk ni lama dah. Masa saya belajar di UITM Terengganu kat Dungun sekitar tahun 1994. Masa tu saya menggunakan perfume oil macam vanilla, fuzzy peach, strawberry dan mandian pun saya menggunakan jenama body shop. Selalu saya suka mandian wangian vanilla tu. Kalau mandi terdengar la orang cakap 'Eh macam bau kek la'. Saya senyum je la....haha sebab saya tahu saya yang bau kek tu. Jangan pula pergi tandas waktu malam, tetiba terbau kek walaupun takde orang. Jeng jeng....biasalah kan asrama kan macam-macam cerita....

Ok....nak tahu kenapa saya suka produk Body Shop ni? 

1. Ada member benefit.

Ada member benefit ni sangat la best sebab contohnya kalau birthday saya bulan 5 tu ada promo Birthday Treat sampai 25% off. Jadi time ni lah saya akan beli lebih sikit sebab nak dapatkan penjimatan ni. Birthday treat ni tak silap saya bermula dari tarikh birthday kita sehingga 1 bulan. Masa tu borong la apa-apa yang patut ye. Selain daripada tu boleh la tengok kat bawah tu ye...

Member benefit ni boleh digunapakai kat kedai Body Shop dan melalui website. Nak jadi ahli LYB kena buat pembelian RM80 ke atas...

Credit : The Body Shop

Bila capai certain point tu, dia akan tukar kepada voucher. Contoh kan bila kita beli RM200+ dapat la voucher dalam apps LYB (Love Your Body). Kalau nak gunakan terus pun boleh. Bila beli, dia akan tolak terus voucher (refer rebate voucher RM15) tu. Kalau ada kena tambah pun sikit ajer. Jangan timbul pulak voucher baru ye...kang tambah lagi pembelian...haha....tak nak guna pun takpe tapi ada expiry date. 


2. Boleh katakan kebanyakkan barangan Body Shop ni vegan. 

Memang banyak sangat barangan dalam Body Shop ni vegan atau plant based. Takde la unsur haiwan kan....macam tea tree oil dari pokok tea tree, British Rose terdiri daripada bunga ros yang dipetik masa summer, Japanese Cherry Blossom pula terdiri daripada ekstrak japanese cherry blossoms, buah strawberi, dan bunga peony. Banyak lagi la kalau nak sebut. 

Credit : The Body Shop

Ni saya ada beli sabun British Rose. Bau dia sangat la best. Macam nak top up lagi kalau dapat voucher. Hehe. 
 

3. Selalu ada online sale dan sale di kedai.

Haa tengok ni ada beberapa sale untuk pengguna Mobile App The Body Shop dan kat kedai. 

Credit : The Body Shop

Kat reward kita dalam apps akan tertera la reward apa yang kita dapat.  


Ada juga vaccination reward. Nak kena redeem la sebelum 30 September 2021 ni. Setakat 1 dose je ok la sebab saya belum 2 dose. 


4. Banyak barangan yang ditawarkan dalam satu platform online. 

Kalau pergi ke website dia memang banyak sungguh tawaran barangan dia. Kalau nak guna apps pun boleh, dalam website pun boleh tengok. Range face tu pun kalau buka banyak jenis, kulit kombinasi ke, berminyak ke, kulit kering ke. Jadi ada banyak pilihan untuk setiap pengguna. Tunjuk kat page yang ni sebab saya ada beli sabun strawberry ni. Tak tiba lagi order saya. πŸ˜‰. Bila kita buat pembelian, automatik point akan bertambah dan bila point kita cukup....akan auto renew keahlian kita untuk tahun berikutnya. 

Credit : The Body Shop

Seleksi sikat rambut pun ada. Ada yang diperbuat daripada buluh dan ada kelebihan juga sikat daripada buluh ni. Sikat plastik ni pun dari plastik yang dikitarsemula. Boleh kata sedia duit ajer....anda nak beli apa?. 

Credit : The Body Shop

5. Ada juga e-Gift Voucher

Kalau tak tahu nak bagi hadiah apa kat yang tersayang atau kenalan ke boleh hadiahkan e-gift voucher ni ha....mesti mereka happy sebab mereka sendiri boleh pilih barangan yang mereka suka instead of kita yang pilihkan. Tersenyum lebar la penerima e-gift voucher ni ye.  Siapalah nak hadiahkan kat saya ni ye?. πŸ˜†

Credit : The Body Shop

6. Tidak mengadakan ujikaji kepada haiwan.

The Body Shop ni memang menolak 'animal testing' dalam produk dia which is good kan. Ada organisasi kosmetik yang menggunakan haiwan untuk test produk mereka. Saya ada google animal testing for cosmetics. Tak sanggup pulak nak letak gambar kat sini. Tengok arnab tu berdarah-darah badan dia, ada arnab yang mata dia bengkak. Ohhh kesiannya....mesti sakit kan? 😭. Kalau kita support produk yang menggunakan animal testing ni, akan ada la nanti haiwan2 comel ni yang didera untuk produk baru mereka. 😭.

The Body Shop "Forever Against Animal Testing".

Credit : The Body Shop

Dah lama dah pun jenama The Body Shop ni rupanya...since 1976 di Brighton, England. Foundernya bernama Dame Anita Roddick. Saya ada kawan sekolah rendah kat Brighton, England tu. Dia mix la. Ayahnya orang England dan ibunya orang Malaysia. Selalu saya takut dengan ayahnya sebab ayahnya kalau cakap tak berapa nak faham. Slang England kan lain sikit. πŸ˜†Degree pun kat University of York dan dapat jodoh dengan mat salleh England dan sampai sekarang menetap kat sana. 

Credit : The Body Shop


XOXO,
Ezna


12 comments:

  1. lama tk beli brg dr body shop..pernh beli time sale shower gel strawberry.....lps tu ada juga pewangi vanilla

    ReplyDelete
  2. boleh la nk cuci2 mata kat website body shop ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. wah banyak juga barang yang best-best selalunya khai pergi kedai yang satu lagi tu. lepas ni boleh la nak beralih angin cuba beli di sini pula

    ReplyDelete
  4. jujur..saya tak pernah masuk kedai body shop... macam kedai mewah aje...hahaha... lepas ni boleh la cuba cuba jengah online shop dia... nampak macam menarik je

    ReplyDelete
  5. i dah lama x beli produk bodyshop.. dulu zaman remaja selalu perfurm bau vanilla tu hehehe

    ReplyDelete
  6. Lama betul saya x membeli kat body shop ni tapi memang suka bau-bauan dia. Tunggu sale lah nanti kita g..haha

    ReplyDelete
  7. Sama anak Sis, semua mandian dia dan lotion dia semua body shop.. Sis ada tapi yang travel jer.. kalau rumah pakai le mana suka, wangi melekat kannn..

    ReplyDelete
  8. Sama! memang suka body shop dari dulu. Kawen pun beli body shop...hihi.

    ReplyDelete
  9. Saya suka body shop ni. Forever love. Tak boleh tinggal. Semua range yang mereka ada mesti best. Mereka diantara jenama awal penjagaan kulit yang berani menyatakan tiap kajian produk tidak diuji keatas haiwan. Jenama yang bermaruah. Hehehe

    ReplyDelete
  10. BS adalah kedai pertama tempat Rawlins beli perfume semasa masuk matriks dulu. Sampai sekarang masih pakai tea tree oil facial cleanser dia

    ReplyDelete
  11. Kalau sebut The Body Shop ni, kak cuma ingat sabun2 dia yg wangi2, memang dulu2 sabun ni viral sgt ramai yg suka

    ReplyDelete
  12. Hi Akak..

    Im user too. Saya sudah lebih dari 10 tahun jadi pengguna The Body Shop. Mulai dari shower cream, lotion, body yogurt, hingga kepada parfum and hand creamnya.

    Apalagi kampanye mereka yang tidak animal tested, dan menjaga bumi dengan semua botol2 bekas bisa dikembalikan ke mereka dan kita dapat poin dan bisa tukar ke produk. I love The Body Shop. Tosss

    ReplyDelete