Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, July 15

Shopping buah online | Nuck Fruits

Bila kawan saje-saje dm di IG. Nak ada teman bercakap je sebenarnya. Kawan saya tu tak sihat dah beberapa hari. Saya tanya teringin nak makan apa?. Kalau teringin minta suami dia belikan sebab kalau makan benda yang kita teringin sekurang-kurangnya ada juga selera nak makan walaupun masa sakit ni kita memang tak ada selera nak makan tu. Nikmat makan tu dah kurang. 

Terceritalah dia kat saya yang dia suka makan rambutan. Kupas kulit letak dalam peti ais. Saya kata saya pun suka makan rambutan. Ikutkan pokok rambutan budak sekolah belakang rumah saya ni tengah berbuah tapi masaknya tak banyak, hijau yang paling banyak.

Terfikir la nak beri kegembiraan sikit kat dia. Mana nak cari rambutan dalam kita berPKPD kat Selangor ni ha??...saya memang tak keluar rumah dah lama dah ni....fikir punya fikir.....teringat Datin Norhafizah Saad selalu buat review beli buah dari Nuck Fruits ni. Ok saya pun pergilah IG Nuck Fruits

Whatsapp kat nombor nak tanya pasal buah rambutan. Ye lah buah rambutan ni berbuah ikut musim jugak kan?. 

Inilah gambar dalam whatsapp yang saya dapat dari Nuck Fruits. Punya banyak buah yang mereka jual. Nampaknya macam rambutan pun masuk dalam list ni.....


Buah manggis pun ada. Buah manggis ni saya makan tapi tak la suka sangat. Tengok kat bawah buah ni ada berapa bunga dia. Kalau ada 4 bunga, maka ada 4 ulas manggis. 


Anggur ni kalau yang seedless ok. Kalau yang ada biji ni saya tak berkenan sangat tapi makan juga. 


Longan. 


Strawberry ni kalau makan kat negara empat musim selalunya sedap dan manis. 


Kalau katanya ceri dari Turki, ya saya pernah rasa. Manis. 


Buah peach ni saya tak pernah rasa lagi. 


Buah laici ni buang kulit kemudian simpan dalam peti ais. Best betul makan sejuk-sejuk. 


Haaa anggur ni pasti saya suka....tanpa biji. 


Jambu batu ni seingat saya kalau balik Ipoh masa kecik2, pasti papa saya singgah beli kat Bidor jambu batu ni tapi tak sure jambu batu Lohan ke apa....zaman kecik2 saya memang kerap la makan jambu batu ni. 


Blueberry ni kalau makan pun dalam kek ajer. Tak pernah beli saje-saje. 


Buah Lai ni saya makan tapi kurang suka. 


Buah plum ni papa pun suka beli. Saya suka makan. Haha...


Buah ni kalau kena yang manis memang makan tak berhenti ni. 


Buah kiwi ni papa saya amalkan makan tapi saya tak berkenan. 


Buah epal pun sedap ye?. Dapat cicah kicap gula cili api pun saya suka. 


Buah limau ni bagus ni banyak Vitamin C. Dania suka la makan buah limau ni.


Kalau buah ni teringat Restoran ayah kawan kat Kedah tu Restoran Bunga Naga. Ada resipi masakan restoran ini menggunakan buah naga ni. 


Lai lai lai buah lai....tadi pun ada buah lai kan tapi jenis yang lain. 


Pisang ni pun sedap. 


Kuah rojak pun ada kot la nak buat rojak, cicah ajer dengan Kuah Rojak Mak Bee. 


Nangka madu pun ada tapi setahu saya Nangka madu ni pun ikut musim. 


Buah salak ni kalau kat sini jarang jumpa kan?...


Kecur airliur tengok serbuk asam ni haa....


So macamana semua, ada yang berkenan di hati tak?. Bila tengok gambar-gambar yang Nuck Fruits forward....ya allah geram tengok gambar buah-buahan ni ha.....Kalau nak makan sendiri pun boleh...nak surprise adik beradik atau kawan-kawan pun boleh. 

Orang delivery kata rambutan dia dah deliver tapi orang takde jadi dia sangkut je kat palang. Terus la saya call kawan suruh ambik kebetulan dia memasak tu yang tak dengar delivery man tu. Bila dia kata saya ke yang hantar?....saya kata entah la siapa yang hantar 😆. Nampak sangat kita yang hantar sebab sah sah saya tahu ada barang kat luar. Alhamdulilah kawan saya yang tak sihat tu dah terima dah buah rambutan dia....

Moga makan buah rambutan ni cepatlah sembuhnya. 


Geramnya tengok merah-merah warnanya. Pokok rambutan belakang rumah saya pun dah ada yang merah juga....alhamdulilah. Nak bagi kat orang sikit pulak yang masaknya sebab tak masak serentak....Dania....tunggu ayah beli kait la. Kita kait buah rambutan nanti. 💪

Oh ya teringin nak makan buah boleh hello hello kat Nuck Fruits. Penghantaran sekitar KL dan Selangor sahaja ye. Puas hati, semalam whatsapp hari ni dah deliver buah. 

Jom Nuck Fruits!


XOXO,
Ezna

24 comments:

  1. Allahu fresh-nya buah-buahan dia. Nak kena ushar page depa ni..
    PH dgn in-laws pernah makan di Restoran Buah Naga tu... long time ago haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Sis pernah pergi tapi masa tu anak dia ajak open house raya. Rumah pun kat situ juga...

      Delete
  2. tengah hilang suara ni...menghabiskan rambutan yang jiran beri kelmarin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan rambutan tu ubat la tu....moga cepat sembuh ya.

      Delete
  3. Tu dia. Banyak nyer beli buahan tu. Rawlins pun sekarang memang suka la online nie - mengurangkan risiko.

    Dapnya makan buah sejuk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis beli untuk kawan je Rawlins sebab dia suka makan rambutan.

      Delete
  4. Salam kak, semoga cepat sihat. Melihat pada harga di kota raya agar mahal juga maybe kekurangan stok untuk buah-buahan tempatan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan akak yang sakit. Kawan yang sakit. Dia teringin nak makan buah. Dalam PKPD ni hanya boleh order online ajer. Harga pun akak tak kira sangat sebab faham PKPD ada orang teringin nak makan...akak usahakan. Kalau bukan PKPD beli ajer kat pasar tu dan hantar kat rumah....

      Delete
  5. Wah buah semua nampak segar. Beli online senang sikit. Marsha terliur tengok salak tu. Memang favorite ever!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah salak tu pun sis suka tapi kalau kat sini payah gak nak mencarinya...

      Delete
  6. Macam2 hah buahan ada.. semua nampak sedap.. musim skrg semua beli secara online jer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Ayu....apa2 sekarang ni online je yang boleh....

      Delete
  7. Lychee dia nampak segar, mesti beli pun dapat segar gitu kan, kadang jual online ni, gambar kemain laa, bila sampai, tak semengah.. pernah kena dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat last tu betul sangat tapi nasib baik la kawan hantar gambar rambutan dia. Ok cun...puas hati.

      Delete
  8. Nanti nak order strawberry dengan cherrylah , lama betul tak makan cherry , teringat masa travel kat Melbourne memang puas makan cherry dan anggur kat sana. Strawberry paling sedap pernah makan masa dekat Korea , besar2 dan manis sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceri manis akak dah merasa masa pegi Taiwan dengan Saidila tu la dan masa pergi Turki. Manis.....Kalau Perth Australia akak pernah makan apple dia pulak. Haaaa ye...pernah rasa Strawberry kat Korea jugak sebab mereka bawak kami ke ladang strawberry.

      Delete
  9. dalam banyak2 buah Sha duk teringin buah manggis niii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manggis ni pun macam bermusim kan?. Ada juga buah manggis ni.

      Delete
  10. tak sangka zaman sekarang, buah-buahan pon boleh beli secara atas talian. bagus tau benda nie sbbnya kita boleh rasa buah2 ynang xdpt dekat negeri kita. contoh buah2an dari sabah sarawak ke or any buah2 pelik yg selalu dapat di negeri2 bahagian utara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Zharif...akak beli ni nak happykan kawan akak je....dah dia teringin buah rambutan....

      Delete
  11. Sedapnya buah buahan.baru haritu dapat makan rambutan setelah sekian lama tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukur dapat makan buah rambutan. Alhamdulilah....

      Delete