Rabu, Julai 14

Menjana duit dengan online survey | Triaba Malaysia

Tajuk tu menarik tak?. Ok bagaimana caranya?. Sertailah online survey oleh Triaba Malaysia. Sebelum nak sertainya meh la saya tunjukkan caranya. 

1. Buka website https://www.triaba.com/my kemudian register la details anda. 

Credit : Triaba Malaysia

2. Survey yang anda jalankan adalah mengikut kesesuaian dan berbeza diantara setiap individu. Jikalau survey ini sesuai untuk saya, tidak semestinya ia sesuai untuk anda (umur, tempat tinggal, pendapatan, minat....etc memainkan peranan). Pihak Triaba yang akan tentukan samada kita sesuai atau tidak. Kalau tak sesuai awal lagi kita dipindahkan ke page samada survey itu telah mencapai responden yang cukup atau survey itu tidak sesuai untuk kita. 

Credit : Triaba Malaysia

3. Setelah selesai menjawab survey, duit pun akan dikreditkan ke dalam akaun Triaba kita. Duit yang dibayar adalah dalam USD (US Dollar). Menarik kan?. Kalau tukar dengan duit kita memang syok. 😁


Credit : Triaba Malaysia

4. Inilah hasil survey online yang saya buat. Tak la banyak. Kalau ada yang sesuai dapatlah kita income tepi. Nilai USD tu bergantung kepada survey yang dijalankan. Kalau ambil masa yang lama, tinggi la sikit yang ditawarkan sebab banyak ambil masa kita. Kalau sekejap dan simple ajer surveynya, nilai USD pun simple ajer. Faham kan?. Survey latest tu saya jawab hari ni. 


Credit : Triaba Malaysia

5. Setelah mencapai minima duit USD kita, kita boleh transfer duit USD kita ni ke akaun Codes, Paypal atau Visa. Saya transfer ke Paypal saya. Pernah 2 kali transfer ke Paypal. Kalau dah mencapai minima, akan ditunjukkan kat sini. Ia akan bertukar warna terang. Tidak la lagi kelabu macam ni.

Credit : Triaba Malaysia

6. Anda akan menerima notifikasi jemputan online survey Triaba Malaysia melalui email. Tips dia dapat je email jemputan tu cepat-cepat la buka link tu. Kalau lambat nanti melepas. 💪


Credit : Triaba Malaysia

Ada banyak cara untuk menjana duit melalui online. Kita kena tahu caranya sahaja. Kalau dah ada platform online ni senang la kita. Selain daripada itu kita online ni bukan sesaje. Dapat juga menjana duit orang kata kan?. 💪. Dulu saya pernah juga join survey bersemuka. Seingat saya, saya pernah join tajuk syampu, susu bayi, lampin pakai buang bayi dan tak ingat apa lagi. Dulu boleh la kan bersemuka....sekarang....semuanya online. 

Ada saya buat blogpost sini yang saya dapat Amazon Gift Card tu melalui survey di Triaba Malaysia la. Survey ni special sikit sebab online survey ni dijalankan secara live selama 1 jam pada 29 Jun 2021 yang lepas. Kita kena type pendapat kita dalam masa yang diberikan. Setiap satu soalan kejap je masa diperuntukkan. Setahu saya ada satu soalan je saya terlepas nak menjawab sebab tengok-tengok dah habis masa. Kena fikir on the spot. Survey saya tu berkisar tentang vitamin dan suplemen. Ada beberapa orang lain juga turut serta dalam survey tu. Ada juga jawapan kelakar masa survey tu. 😂. 

Ok kalau nak tahu survey apa yang pernah saya buat kat Triaba Malaysia ni diantaranya ialah seperti pelancongan, serbuk pencuci baju, keju/mentega, perkakas elektrik kat rumah, insurans, tuala wanita dan of course vitamin dan suplemen dan macam-macam lagi. Jadi senang je kan sebab kita menggunakan atau ada pengalaman tentang subjek-subjek yang diutarakan. 

Jom la Triaba Malaysia! Selamat menjawab soalan!


XOXO,
Ezna

Pakej balik kerja dengan Royal Pharma >> sini

26 ulasan:

  1. Thanks sharing nie. Rawlins teringin gak nak jana nie. Kengkawan pun boleh sama-sama try isi, mana tau ada rezki kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Rawlins...sesambil kita kat rumah boleh ajer buat....

      Padam
  2. banyak juga paid online survey. kalau rajin boleh juga tambah income sikit2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tambah la sikit duit tu....tak banyak tapi ada la juga....

      Padam
  3. Best perkongsian ni. Selagi ada cabang rezeki, tak salah kita cuba. Boleh tambah income untuk keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak kata banyak sangat tak juga tapi adalah. Kalau bayar Rm memang tak banyak beza la kan...tapi mereka bayar USD dan ikut survey jugak. Lagi lama ambik masa kita lagi tinggi nilai USD tapi survey ni tak ambik masa lama sangat la....

      Padam
  4. Dulu rajin jugak jawab survey tapi kalau tak kena dengan kriteria memang tak dapat apa. Nanti nak cubalah yang TRIABA ni kot sesuai dengan saya oklah boleh teruskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye tak kena kriteria tu mmg tak dapat. Akak pun banyak kali kena...terlebih umur kot.

      Padam
  5. Waaa bagus juga ni, walau sikit tapi kan dalam USD, kira duit kita banyak gak tu kann.. nak cuba gak laa, buat tambah-tambah duit poket..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila la sis lin. Survey tu pun kena je ngan kita....

      Padam
  6. Wahhh bagus sharing ni maklum la zaman2 pkp pkpp pkpd ntah apa p lagi ni mmg sgt2 membantu ye benda2 camni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat membantu. Sesambil tu boleh la tambah duit sikit....

      Padam
  7. bestnya dapat buat extra income dgn step2 simple je. definitely gonna check this website our and share the joy with other people out there :)

    BalasPadam
  8. dulu selalu join online survey ni dan dapat voucher KFC selalunya...

    BalasPadam
  9. Rajinnya akak join survey ni. Kalau kena gaya, bleh kd duit belanja harian kita. Cuma lately macam makin kurang je yabg bayar cash. Mereka dah mula bagi produk aje. Sedangkan data peribadi kita mereka dah ambil. Sampai hati. Wuwuwuww

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni cash terus dapat Ruby tapi masuk ke akaun Triaba kita dulu. Nak keluarkan tunggu capai amaun minima baru leh transfer ke 3 alaun yang akak sebut tu.

      Padam
  10. menarik ni.. nanti nak tryla.. mana tahu membantu i dapat extra pendapatan heheh.. duit guli2

    BalasPadam
  11. wow menarik ni jana duit dengan jawab survey dalam USD pulak tu hehehe selalu kita pernah cuba yang dapat vaucher jer hehehe ni ok juga boleh lah try hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila la Maha.....mana tahu kan....ada je yang sesuai dengan kita

      Padam
  12. Kita pernah jawab survey dulu tapi time tu dapat voucher jer hehehe ni dpt USD wow menarik banyak boleh buat duit ni kena cuba hehehe... thank sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. USD ni pulak terus masuk akaun Triaba kita bila habis survey. Dia takde tunggu lama-lama nak masukkan.

      Padam
  13. Wah menarik juga ni kalau nak cari duit lebih kan macam senang la jugak

    BalasPadam
  14. Menarik & byok kali dh saya transfer usd

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.