Sekarang ni PKPD kat area saya dan kebanyakkan tempat kat Selangor. Nak bagi la kegembiraan kat adik-adik saya. Mereka pun macam-macam bagi kat saya....bersyukur alhamdulilah. Dah berumur ni macam ni la...dulu-dulu masa muda sikit bergaduh tu biasa....gaduh-gaduh lepas tu baik. Air yang dicincang tak akan putus. 😅
Saya minta tolong hubby panggilkan Lalamove sebab sebelum ni hubby panggil Lalamove nak hantar durian kat kawan. Tunggu la Lalamove ni tak kunjung tiba sekali, yeah tiba depan rumah. Hmmm patut la. Adik Lalamove ni tinggal berdekatan rumah saya je. Ayah saudara dia memang hubby saya kenal. Jemaah surau sini je. Packed siap2 barang untuk adik saya then saya minta hubby ambikkan gambar. Haha....sporting adik ni ye?. Dari tingkap atas, dengar hubby cakap 1...2...3...(dalam hati saya snap gambar la tu....😁).
Barang yang siap packed dalam plastik untuk adik saya.
Ni nak update yang ada salah seorang adik saya belanja adik beradik semua Menate Steak House. Hari yang dia nak belanja tu memang kami ikutkan nak makan je nasi goreng yang tak habis pagi tu. Banyak portion nasi goreng tu. Tup tup seorang adik whatsapp kata nak belanja Menate harga RMxxx. Apa lagi delivery semua ditanggung ye. Macam saya hubby pick up je kat Menate berdekatan rumah.
Ya allah terasa macam ada orang tepuk kat bahu kata hari ni nikmatilah hidangan ni jangan fikir masalah lain. Alhamdulilah.....
Macaroni and Cheese dengan streaky beef.
Wagyu Striploin.
Lamb Rack. Ini memang sedap ni. Dania yang kurang makan kambing pun suka.
Ni pizza ayam ni.
Lamb Burger.
Seafood Aglio Olio Pasta.
Ni adik saya bagi hadiah belated birthday. Ada cake stand Portmeirion. Memang corak bunga sama macam pinggan dan tray hidang saya. Adik beli kat UK masa tu. Lepas tu bila ada yang ternampak saya pakai pinggan tu kata saya beli mahal2 padehal kalau beli direct sana memang harga tak sampai macam kat malaysia (Harga kat sini macam tinggi sangat). Nak nak masa tu adik saya pegi kat tempat portmeirion tu. Mau saya rambang mata kalau pergi sana ye...Eh nasib baik tak pergi. Pulak tu kirim kat adik. Kos harga je dia charge. Ada syiling dan charm untuk pandora juga termasuk sabun tangan Baylis and Harding. Comel sangat Unicorn Candy ni. Dania tengok ummi dapat hadiah ni jadi saya pun bagi sabun tangan ni kat Dania. Begitulah ibu2 ye. Walaupun hadiah dia dapat mesti nak bagi juga kat anak dia. Anak dia tetap di hati. Macam tu la agaknya mama saya dulu. Ada juga perfume kereta. Entah bila la kereta saya tu nak jalan. Kesian dok kat rumah ajer.
Close up charm huruf 'E' untuk saya. Boleh la melengkapkan pandora saya. Kat tengah pandora saya memang nak letak yang huruf 'E' ni. Adik saya main kutu sebab nak beli 2 huruf E untuk hadiah birthday kakak2 dia yang kebetulan bulan Mei. Saya 17 Mei, adik saya lagi seorang 20 Mei. Ini membuatkan saya rasa terharu la juga. Terselit juga syiling 2.125g. Alhamdulilah. Adik saya yang lagi seorang tu kemain happy dapatnya. Adik saya sediakan hadiah kat kakak2 dia X 2. Sebijik dia bagi kat adik saya lagi satu @ kakak dia. Itu tak campur kakak ipar dan adik ipar yang lahir bulan Mei juga....jeng jeng suspens bagi hadiah apa...
Shawl Tudung People yang cantik manis ni cantik sangat sebab dimasukkan dalam uncang bereben yang sama corak. Ada pula lipstick Silkygirl yang berkolaborasi dengan Tudung People. Jenguk juga website Tudung People ni tapi macam dah takde pulak item ni. Ni hadiah harijadi yang saya dapat dari adik yang belanja Menate tu. Aleena tu telekung yang kawan saya hadiahkan untuk harijadi juga. Ikutkan ada juga hadiah kawan yang lain yang menghadiahkan telekung juga.
Haa ni lagi satu telekung yang saya dapat untuk hadiah harijadi. Kawan saya pos awal dari tarikh harijadi sebab takut lupa katanya. Ini surprise tapi saya dapat rasa dia yang bagi. 😀
Sebenarnya tak kira la kawan bagi hadiah ke tak bagi hadiah ke, nasihat yang baik, perlakuan yang baik semua saya hargai sangat.
Rezeki tu datang berbagai-bagai cara. Adik-adik yang baik, anak yang baik, kawan yang baik, kesihatan yang baik, rumah yang baik, jiran yang baik, kereta yang baik semuanya rezeki. Eh jangan lupa sebut hubby yang baik menolong kerja kat rumah...alhamdulilah. Sebarkan aura positif di sekelilingmu. Insya allah dapat la aura yang baik juga kat kita.
***Masa tulis blog ni hubby update Lalamove dah ada depan rumah adik saya. Adik saya yang satu lagi....kekna bagi masa datang ambik kekna pegi vaksin ye?. Nak buat macamana hubby saya tarikh yang sama macam saya....time pun dekat-dekat. Tu yang minta tolong adik drive kan. Sian anak ummi tinggal kejap ye....kalau terer drive, dah lama minta anak ummi je drive. Hehe.
o em geee... tap tap tap ailio tengok cake stand tu... aah.. kat mmg mahal cik port tu...saya punya teringin cari yang 2nd grade je...hahaha...janji merasa
BalasPadamCik Port yang dijual kat Malaysia ni harga dia...alahai....tu lah bila ada seorang sepupu saya tengok pinggan cik port ni cakap pakai pinggan mahal padehal saya beli kat UK kirim adik yang belajar sana. Serius...harga dia banyak beza. Jadi saya pun explain kat sepupu saya....harganya gini gini....kenapa tak kirim kat adik saya...hehe. Masa tu sepupu saya tak terfikir nak kirim la kot.
Padamsweetnya hadiah pandora dan port meirion tuuu (i skrg minat sgt port meirion tu...tp letih beli sbb pre order dan harga memang mahallll) masa kat UK tak perasan brand ni...tau tp buat dunno, start thn lps dh tersuka sgt hahahah pengaruh soc med lah jugak!!
BalasPadamrezeki u dpt adik2 yg sgt baik care bonding kuat!
Kan Suzz. I pun suka Portmeirion ni. Mula2 i tak tau pun kewujudan Portmeirion ni. Semenjak adik I kat sana, kalau jumpa pinggan mangkuk ni sibuk dia update...kekna nak beli tak?. Dia akan pergi ke Portmeirion factory lat Stoke on Trent. I pun kirim la. Bukan barang kirim je I dapat...barang adik I bagi pun banyak. Dah la bagi banyak pastu tanya lagi....kekna nak tak ni?. Bila I kata takde budget lagi la....dia bagi je...allahu tak tau nak kata apa Suzz...happy dia....ya allah.....
Padamalhamdulillah.. rezeki.. =)
BalasPadamAlhamdulilah. Moga allah murahkan rezeki mereka yang memberi kat kita....
PadamAlhamdulillah akak. Beruntung akak dapat semua yang baik-baik. Jaga siratulrahim InsyaAllah semuanya indah. Hehe. Lalamove tu kalau plan delivery lebih murah. Plan 2-3 hari sebelum. Jadi akak bleh standby. Happy Birthday akak!
BalasPadamLar akak baru dengar term plan delivery ni. Nanti kena tengok jugak la Ruby. Lalamove ni kalau akak nak hantar terus panggil je then dia hantar hari yang sama. Harga memang boleh tahan juga. Lepas ni kena check plan delivery ni. Terima kasih Ruby!
Padammudah juga hantar barang guna lalamove. alhamdulillah rezeki dapat makan sedap-sedap ni :)
BalasPadamMudah hantar Lalamove ni. Paling best rupanya jiran. Hehe...patut la ambil masa sikit nak datang rumah.
PadamBetul - bila dah berusia, malas nak pikir dah gaduh2 masa muda remaja dengan adik beradik. Dok pikir nak senangkan semua ahli keluarga - termasuk ipar duai dan anak-anak saudara je.
BalasPadamBetul Rawlins. Bila dah berumur nak yang tenang2 ajer. Masa muda2 hahaha...malas nak cakap. Biasalah tu....manusia berubah...
Padamhappy birhtday to you ... and yes i love using lalamove as well as they are more reliable and trustable...
BalasPadamThanks. Oh ye ke?. Senang kan?.
PadamBestnya ada perkhidmatan lalamove senang nak hantar brg dekat family. Ipoh ni guna grab je lah. Rindunya kat adik beradik...huhu
BalasPadamYe. Rindu nak berkumpul adik beradik. Mama papa kami dah takde dah..... :(
PadamHappt birthday Ezna.. meriahnya hadiah dia.. bak kata pepatah, orang baik semua sayang.. alhamdulilah.. kenan pulak kita dengan Cik Port tu gak hehehehe.. tengah menabung gak ni nak beli set..
BalasPadamTerima kasih. Cik Port tu kita pun suka....manis je banyak bunga....betul kena menabung juga nak beli....
PadamBetul kak. Hee~ Dulu-dulu ada je benda nak bertegang urat, dah berumur ni lantak kan saja lah. Seronok baca kisah adik-beradik baik camni. Saling ambil berat antara satu dengan yang lain sampai main kutu. Hee~ BTW. Atie pun guna Lalamove kalau nak hantar lauk pauk kat ayah. Dari Bukit Jalil ke Kota damansara.
BalasPadamAlehai Atie....kalau citer dulu...hahahha....akak gelak dulu...rasa kelakar...hehe....ah ah part main kutu tu bila dia cakap akak terus mengalirkan airmata jugak la. Hati tisu akak ni....
PadamLalamove la kita 'move' kan barang kita....
Alhamdulillah.. best nya Ezz.. mcm2 u dapat. Rezeki dikelilingi orang yang baik2. Rindu makan dekat menate
BalasPadamAlhamdulilah. Dalam kita duduk2 rumah tu sesekali terkejut dengan surprise macam ni. Adik I ni belanja Menate ni sebab sebelum tu dia dan family dia makan. Lepas tu agaknya dia teringat kat kakak dan adik2 tu yang dia belanja tu agaknya....alhamdulilah. Bila adik2 bagi I doakan terus kebaikan untuk adik I dan ahli keluarganya....alhamdulilah.
Padamalhamdulillah seronokkan silaturahim baik sesama keluarga. saya pun plan nak guna lalamove esok hantar brg dekat adik walaupun jarak dlm 10km je. Tq sis atas post ni, sy pun dapat ilmu ttg plan delivery tu. ingt esok nk pgl lalamove tapi boleh try la guna plan delivery.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki sungguh dapat adik beradik dan kawan2 yang baik. Sifir dia senang jer kan , kita buat baik dekat pasti dapat balasan yang baik. Tak cepat lambat tak didunia pasti diakhirat. Harap tak terlambat wish Happy Bestday . Semoga sentiasa sihat gembira dan bahagia bersama keluarga hingga ke syurga hendaknya.
BalasPadamAritu saya nak guna Lalamove utk hantar makanan tapi macam susah pulak nak cari driver. Agaknya memang area Klang tak banyak driver Lalamove kot.
BalasPadam