Isnin, Julai 19

Saya team AstraZeneca | Pengalaman di PPV UKM dan PPV IDCC, Shah Alam

Akhirnya pada 17 Julai 2021, saya dan hubby dijadualkan untuk vaksinasi. Hubby dijadualkan vaksinasi di UKM pada jam 11 pagi. 10.30 pagi dah bertolak keluar. Saya memberikan pelukan sebelum hubby keluar. Nak bagi semangat. Nanti saya takde kat situ nak bagi semangat. 

Gambar ni hubby whatsapp sebab biasalah isteri dia yang tengah cuak ni nak tahu cerita. Semua yang datang temujanji akan diberikan borang persetujuan untuk suntikan vaksin. Boleh tengok kat sini ni lah yang berjaya mendapatkan slot AstraZeneca bila dibuka untuk mendaftar vaksin. 

Nak beli barang basah kat pasar online dengan potongan RM5?. Click sini

Ni dalam dewan Gemilang UKM. Hubby kata kejap ajer perjalanan vaksin ini. Tak payah tunggu lama-lama. Nurse yang suntik hubby kata Pakcik....saya nak suntik vaksin ni ye?. Pakcik tarik nafas...lepas...tarik nafas lepas....😆. Tergelak besar saya....stylo macam ni pun nurse panggil pakcik ke?. 


Alhamdulilah selesai dos 1 AstraZeneca. 


Selepas tu hubby kata nak beli kopi pulak. Saya tak minum kopi tapi minta belikan 2 jus oren. 1 nak bagi kat adik saya yang akan bawakan saya ke tempat vaksin. Kenapa adik?. Hubby kan baru lepas vaksin. Takut ada apa2 simptom selepas vaksin. Tempat saya pulak nun kat Shah Alam. 


Saya masak simple je hari ni. Nasi goreng daging masuk sayur sawi dan telur je. Ni tapau untuk adik saya. Siapkan sudu dan kertas tisu dan tak lupa 3 biji kurma dan buah2 rambutan. Complete semua ada termasuk air oren atas ni. Rupanya last adik makan breakfast. Ni kira lunch la kan....rezeki adik...kakak dia teringat nak sediakan. Adik tak minta pun. 


Cuak dah ni adik dah datang. Saya suruh solat Zohor dulu sebelum datang senang. Lewat sikit pun takpe sebab saya dah dapat tarikh. Pelukan buat suami lagi....kali ni turn saya kan....berdebar lain macam ok?. Saya pakai baju vaksin. Ada zip kat bahu. Saya padankan dengan cardigan tidak berlengan. Kasut pun pakai sneakers. Facemask 2 lapis. Dalam tu facemask biasa. Luar tu fabrik (fabrik tu pun ada lapisan filter juga saya pakai) dan luar sekali face shield. Tudia.....vision dan pernafasan jadi terganggu sikit la. 


Driver saya yang baik hati ni nama Erma adik saya. Patutnya dia bawa kereta kecik ajer tapi dia bawa juga kereta MPV ni baru ajer tukar bateri pagi tu. Dah test dululah. Terharu juga saya...mungkin nak keselesaan kakaknya tak?. Saya tak kisah pun kereta apa janji 1. Bawak jangan laju2. 2. Aircond kena berfungsi. Ok cun sepanjang perjalanan dipermudahkan. Tak banyak kereta kat jalan pun. Kitaorang pun pot pet pot pet tak berhenti. Haha. 


Adik saya dropkan kat parking dalam bangunan level 6. Parking adalah FREE ye. Nak masuk bangunan ni kena check MySejahtera. Pastikan phone kita bateri full. Eta kat parking IDCC dalam 2.57 petang. Temujanji saya jam 2.30 petang. Boleh ajer terlambat sebab yang penting temujanji kat MySejahtera dah ada. Lagi pun nak buat macamana saya tinggal jauh sikit dari tempat PPV. 


Naik je escalator 1 level lagi dah tiba sini. Kena duduk kat kerusi yang disediakan. Saya pilih kerusi tepi sekali. Naik je escalator kat atas ada sukarelawan suruh saya update MySejahtera. Siap check profile bagai. Ada juga ditanya soalan. (Rasa dalam MySejahtera juga). Sukarelawan akan guide kita. Dah duduk, kami diberikan borang untuk diisi. Penerangan diberikan. Vaksin kena tulis AZ ajer (Ikut vaksin yang anda dapat). Kena check ye sebab IDCC juga ada beri vaksin Sinovac. Jangan tandatangan lagi. Hanya tandatangan di depan doktor. Lain2 boleh isi dulu. Haa jangan lupa bawa pen ye. 


Barisan saya kena bangun dulu. Alehaiiii....nyesal jap pilih barisan ni. Haha...


Ni borang saya cakap tu. Ada nombor juga disertakan. 


Ada beberapa station kena lalui. Ada yang kena check MySejahtera dan kena scan juga. Sehinggalah sebelum station vaksinasi kena jumpa Doktor. Saya dapat barisan untuk berjumpa Doktor Danial Hakim. Masa Doktor tengah tulis2 tu dia minta saya duduk tapi saya kata nak sembur dulu. Hahaha...sembur2 kerusi dengan all purpose sanitiser. Saya kata nak ambik gambar, Doktor kata bolehla. Doktor pun muda. Macam2 saya tanya tentang vaksin ni. Doktor sendiri kata beliau dapat Sinovac. Boleh ke ambil supplement sejurus selepas vaksin...saya minta doktor doakan saya untuk vaksin. Bukan Doktor ni je guard, sukarelawan termasuklah senior nurse yang vaksin saya. 


Station ni paling cuak lah dari station yang lain sebab ni one step closer untuk vaksin. Saya dapat bilik No. 1 yang sangat dekat tempat saya beratur. 1 bilik ada dua petugas untuk vaksin jadi ada 2 orang tunggu depan bilik. Saya doakan kakak sebelah saya. Dia doakan saya jugak. Alhamdulilah. Dia cakap dia pun takut jugak. 


Lembut la senior nurse Yap Sze Mei ni. Saya cakap saya takut. Pandai Nurse ni alihkan perhatian saya kata lepas ni boleh makan sedap-sedap. Saya cakap doakan saya...hehe ya saya doakan semua patients saya katanya. Sempat lagi pose untuk phone saya. 


Vaksin akan ditunjukkan kepada kita sebelum disuntik. Alhamdulilah tak sakit. Saya tak mengalir airmata sebelum tu tapi saya mengalir airmata selepas disuntik sebab saya kata tak sakit la...saya ingat sakit sampai saya minta nurse Yap ulang apa dia cakap. Selesai vaksin 3.33 petang (mereka yang vaksin kita akan catat nama dan masa kita selesai vaksin kat borang). Cantiknya nombor ye...Kena pergi ke kaunter seterusnya. Station untuk pemerhatian selama 15 minit. 


Adik ni bagi kata semangat. You did it! katanya. Bila nombor dipanggil kena ke kaunter dan dia akan tulis masa untuk kita di pemerhatian. Kalau tak silap saya kat sini petugas bahagian farmasi. Pemerhatian selama 15 minit sebelum kita boleh balik. Ada TV dibuka untuk penerangan. Nak balik pun ada orang check masa dah cukup ke tak. 


Sebelum balik singgah booth ni dan sangat la lengang sampai aikkk siapa nak suruh ambik gambar ni?. Jumpa la seorang adik perempuan ni. Dia ambikkan gambar saya dan saya ambikkan gambar dia. Jangan lupa sanitize tangan ye. Ramai dah pegang2 sini kan. 


Nak beli barang basah kat pasar online dengan potongan RM5?. Click sini



Dalam pukul 4 petang kami bertolak balik. Adik pun dah kenyang tapi rambutan2 tu dia simpan untuk bagi kat anak2 saudara saya tu ha....Ibu macam tu la kan...walaupun hak dia, teringat kat anak2 kat rumah. 


Sebulan sebelum vaksinasi :
1. Ambil Vitamin C Flavettes. 1 biji setiap hari. 
2. Ambil pil Habbatussauda Baraka. 1 biji setiap hari.
3. Makan buah kurma dalam jumlah yang ganjil macam 1 biji, 3 biji dan seterusnya. 
4. Makan banyak sayur-sayuran.
5. Banyak berdoa semoga dipermudahkan. Doakan ramai orang. Insya allah orang lain akan mendoakan kita juga. Sentiasa berikan kata-kata yang positif. Minta orang lain doakan kita. 

Hari sebelum vaksinasi : 
1. Tidur awal. 

Hari vaksinasi :
1. Pastikan perut dah kenyang.
2. Bersedekah sebelum ke tempat vaksinasi dalam bentuk duit ke, bagi kucing makan ke...etc...
3. Bercakap depan cermin nak bagi semangat!. (Buat mereka yang takut macam saya). 
4. Pelukan semangat dari pasangan / keluarga sebelum ke tempat vaksin.
5. Ucapan assalamualaikum kepada pemandu (ucapan ni untuk doakan kesejahteraan kepada kita juga).
6. Doa menaiki kenderaan sebelum kenderaan bergerak. 
7. Selepas vaksinasi, cuba buat senaman ringan untuk tangan anda yang kena suntik tu. Saya angkat turun tangan secara perlahan dan tangan saya buat senaman genggaman kemudian lepaskan...beberapa kali. Alhamdulilah tak ada rasa kebas selepas itu kecuali tempat suntik tu ada rasa berat sikit. (Kat tempat pemerhatian dan dalam kereta saya buat). 

Barang-barang yang perlu dibawa : 
1. Pen.
2. Hand sanitiser jenis gel.
3. All purpose sanitiser jenis semburan. (Saya sembur setiap kerusi yang saya nak duduk). Bau sanitiser saya bau best..lavender jadi tak menusuk hidung orang sebelah kita. Bau dia lembut dan wangi. 
4. Kad pengenalan jangan lupa bawak, Ada saya nampak yang kena patah balik ambik kad pengenalan tertinggal dalam kereta. 
5. Telefon dengan aplikasi Mysejahtera.
6. Optional : Sabun gel kot nak pergi tandas. 
7. Optional : Power bank. 
8. Optional : Air mineral
9. Optional : Kudapan (saya bawa roti krim).

Malam selepas vaksinasi :
1. Tidur awal. 
2. Pakai stokin dan selimut. Simptom vaksin AstraZeneca diantaranya menggigil, sejuk. Jadi sebelum tidur, siap-siap saya pakai stokin. Memang ya...jam 5 pagi esoknya saya menggigil. Menggigil ni datang sekejap je dengan tangan saya pun sejuk. (Buat homework dulu tanya kawan2 dan adik yang dah suntik Dos 1 AZ). 

Simptom yang saya alami selepas vaksinasi (berbeza setiap individu) :
1. Lapar. Nasib baik yang ni sekejap je. Kalau lama....adeh payah la.💆
2. Badan rasa panas tapi tak demam. Perumpamaan macam makan durian banyak...badan rasa panas ha gitulah. 
3. Menggigil. 
4. Mengantuk awal malam selepas vaksinasi. 

Moga dapat dijadikan panduan ya. Ini pengalaman saya. Apa yang saya buat tidak semestinya ditiru. Kalau ada amalan-amalan yang lain yang baik-baik juga boleh. Sekadar panduan ajer...kalau kita positif, insya allah yang baik-baik akan datang kepada kita. 

18 Julai tup tup dah dapat tarikh untuk Dos 2 buat saya dan hubby kat MySejahtera. Gap dia 9 minggu. 

Niat saya untuk sama-sama membantu mencapai imuniti kelompok. 


XOXO,
Ezna











31 ulasan:

  1. Tahniah! Bagus bagi semua persiapan tu.
    Rawlins ada terserempak dua orang muda yang pergi vaksi perut kosong, terus muntah2 angin selepas vaksin. Cuak satu dewan.

    Makan ye, jangan tak makan sebelum ambil vaksin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muntah?....alahai cuak la semua orang ye?. Dah la cuak satu hal lepas tu panik pulak nak vaksin. Kesiannya mereka dan petugas kat situ. Ye perut kena kenyang.

      Padam
  2. tu la.. sebelum pergi makan siap-siap jangan biarkan perut kosong atau terlalu kenyang... nanti terlalu kenyang kornag rasa payah pulak nak bergerak.. kalau dewan besar yang ramai orang... memerlukan banyak stesen dan korang akan bergerak dpd satu stesen ke satu stesen. Kejap bangun kejap duduk sepanjang proses nak dapatkan suntikan tu.. hehe.. Tak payah takut, tak sakit mana pun, kena gigit semut tu lagi skait tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis boleh bandingkan suntikan vaksin sis dengan tindik telinga awal tahun ni...ok tindik telinga lagi terasa cucuk dia tu....suntikan vaksin ni tak terasa sebab jarumnya halus. Sama macam suntikan sebelum sis pergi umrah tahun 2014.

      Padam
  3. Wah, habis semua gambar petugas akak ambil ye. Nasib baik lah semua tak kisah.
    Saya baru dapat tarikh appointment vaccine dua hari lepas. Tarikh betul2 masa Raya Haji. Hahaha beraya kat pusat PPV je lah nanti.

    Tak pasti dapat vaccine apa. Bila google kata orang, MMU Cyber bagi Pfizer. Saya terima je janji dapat.

    Thank you kak for the info. Banyak yang saya simpan dari post ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah. Moga mudah vaksinasi you ye. Wow MMU pun ada bagi vaksinasi. Sekarang ni macam banyak dah pusat dia especially kat Selangor ni.

      Padam
  4. Alhamdulillah . Tahniah dah dapat suntikkan . Semoga sihat sejahtera . Tengok semua urusan berjalan dengan lancar tanpa perlu bersesak dengan orang ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah time sis pergi tu tak berapa ramai sangat orang. Proses 1 station ke station yang lain pantas. Takde tunggu lama2. Proses cucuk pun pantas. Pujian buat PPV IDCC. Tempat pun sangat selesa macam kat Hotel.

      Padam
  5. alhamdulillah dah selamat dapat vaksin. terima kasih juga berkongsi tip untuk proses vaksinansi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2. Mana yang sesuai ikutlah....moga yang baik2 ajer balik ke kita....

      Padam
  6. Owh tak sama tempat yer , sorang UKM sorang IDCC yer. Jauh jugak tu terasing. Tapi takplaaaa janji dah dapat vaksin ni legalah kan …

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpisah kejap. Tarikh sama sebab memang pilih tarikh tu tapi agaknya masa nak cepat2 click tu sis terclick IDCC....tu yg tak sama. Naknya UKM sebab dekat dengan rumah. Takpe lah IDCC pun selesa walau jauh sikit la.

      Padam
  7. nice of you for sharing this in your blog and hope many can get knowledge from you...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye...moga dapat pengalaman what to expect dekat PPV.

      Padam
  8. Tahniah dah vaksin. Berdebor kan utk first dose. Hahaha. Ssya seminggu tak tidur lena. Masa tu lg banyak fake news dan antivaksin berlumba post memacam. Apa-apa pun kita kena Yakin dengan Allah s.w.t. Redha dan bantu negara. InsyaAllah semuanya akan ok. Heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya allah Ruby....akak setiap kali komen kat org yang dah vax akak berdebar....lepas tu akak suruh doakan. Ye la akak bukan berani sangat. Rupa rupanya eiii penat je akak takut. Tak sakit pun. Haha. Ye kita berusaha...., bertawakal, kita serahkan kepada Allah. Niat kita apa sebenarnya?. Ada rezeki akak nak tunaikan Haji dengan hubby + Dania nak tengok dunia allah yang luas ni. Insya Allah. Anti vaksin tak boleh buat apa la Ruby.

      Padam
  9. good job! I also dah cucuk my AZ at WTCKL not long ago. let's stay safe ya

    BalasPadam
  10. side effect lapar tu memang ramai kata..hehe, huda pun sama. malam lepas vaksin 2 pinggan nasi makan.. sebelum ni punyalah control makan, tapi pas vaksin tak mampu dah nak diet, makan gak nasi waktu malam. hehe... lama yer nak tunggu complete 2nd dose utk AZ ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. AZ ni sampai 9 minggu. Nasib baik la lapar sis tu tak lama...kalau lama mau naik berat badan je sebab asyik lapar je....

      Padam
  11. Bagus lah tempat ppv ni jaga sop sepenuhnya. Marsha sinovac clan...hihi. Apa-apa pun janji kita dah divaksin. Ini antara ikhtiar kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Marsha janji kita dilindungi tapi masih kena jaga SOP juga....ye kita berikhtiar....moga allah jaga kita...insya allah...

      Padam
  12. Saya baru dapat 1st dose pagi tadi. Ada masalah takut jarum juga sebenarnya. Pernah hampir pitam masa nak tindik. Hahaha. Tapi disebabkan dah banyak kali derma darah (paksa diri walaupun takut), dah jadi lali kot. Tadi saya make sure tgk jarum supaya tak jadi mangsa vaksin kosong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ummi...sis tindik telinga lubang no. 2 awal tahun ni....lagi terasa jarumnya dari jarum AZ ni. Erti kata tindik lagi terasa dari suntik vaksin. 2-2 sis takut juga tapi dapat lalui juga....

      Padam
  13. Thank you akak sebab share. Saya pun nervous juga ni nak pergi vaksin. Husband dah lepas, saya coming soon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya akak sejenis takut ambik darah ke suntik ke....tapi dah pernah keluarkan dania melalui pembedahan. Dr akak cakap...macamana la awak mengandung ni...semuanya takut. Hehe.

      Padam
  14. Samalah, semalam anak bujang amik vaksin, Sis sediakan dia makanan suruh makan dulu... cuma semalam dan hrni masih demam tu... Ezna sama tempat anak sulung Sis cucuk vaksin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke kat IDCC juga ye?. Selesa sangat tempatnya. Sis hari ketiga dah alhamdulilah normal. Ye kena makan dulu. Jgn biar perut kosong.

      Padam
  15. Alhamdulillah.. semuanya dipermudahkan.. dapat satu hari yg sama tapi tempat yg berbeza Pula hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe la you...hubby i kata IDCC kita tu lagi ok dari tempat dia vaksin. Tapi kalau ikutkan 2-2 tempat smooth jer Ayu. Ni 2nd dose pun tarikh sama tempat lain2....

      Padam
  16. wah bagusnya siap bagi ambil gambar lagi. macam khai walaupn duduk shah alam tapi tu diaa jauh kat sana tu haa kena area PJ. boleh dikatakan antra yang terakhir juga la dapat

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...