Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, July 12

Langkah demi langkah menggunakan Amazon Gift Card

Saya ada mendapat gift card dari Amazon kerana ikut serta dalam survey yang dijalankan oleh Triaba Panel Malaysia. Memang kena betul survey yang saya join tu tajuk vitamin. Saya memang makan vitamin C setiap hari. Selesai survey vitamin tu kena tunggu beberapa minggu sebelum dapat gift card amazon berharga USD24.06 = RM100.82. Hari ni taraaa.....dapat email dari Amazon.

Survey punya survey nak beli apa kat Amazon.com sekali saya teringat kat Bath and Body Works sebab saya kerap dapat email Bath and Body Works kalau ada promosi. 

1. Pilih barang apa nak beli. 

Saya type wallflower refills dekat atas tu. Boleh je type apa-apa kalau nak survey apa-apa barang. 

Credit : Amazon

2. Survey harga setiap barang supaya ngam dengan Gift Card kita. (Harga barang + Harga pos ke Malaysia)

Survey harga wallflower refills ni satu persatu. Haaa jangan lupa pilih option deliver ke alamat kita. Dalam erti kata lain, boleh dipos ke Malaysia.

Ini pun harga sangat menarik. Bila saya google wangian Tis the Season ni adalah wangian cranberry + rempah + kulit kayu manis. Pek ni ada 2 wallflower bulb. 

Credit : Amazon

Ini pun menarik perhatian saya. Total harga + pos = USD29.29. Slightly kena tambah nanti dari Gift Card yang saya dapat USD24.06. 


Credit : Amazon

Wangian ni pun best ni kalau pasang kat bilik. Mesti orang ingat kita sedang masak kek. 
Credit : Amazon

Ada juga wangian bau cupcake. Haa baru je cakap pasal kek dah ada wangian cupcake pulak. Ini pun menarik perhatian saya. Sedangkan bau pancake saya pasang kat bilik pun ya ampun......wangi....inikan pula cupcake?. 

Credit : Amazon

Bau balsam ni pun ada tapi takut pula bau dia macam minyak sapu kat perut tu je...😁

Credit : Amazon

Akhirnya.....yang mana pilihan saya???....
tentulah Vanilla Bean Noel. Harga keseluruhan USD23.64.
Gift card yang saya dapat pula USD24.06. Ngam la harga tu sebab saya tak payah bayar apa-apa.
Vanilla Bean Noel ini terdiri dari wangian top notes : vanilla dan whipped cream, middle notes : caramel dan coklat manakala base notes : sugar cookie dan soft musk. Wahhhh terujanya dengar. Rasa nak makan ye?.

3. Klik 'buy now' jika telah jumpa apa yang anda ingin beli. 

Credit : Amazon

4. Buat pembayaran dengan masukkan kod Amazon Gift Card anda pada yang bertanda ✅ dan klik 'apply'.

Credit : Amazon

5. Pastikan tertera nilai Amazon Gift Card di 'Your available balance'. 

Credit : Amazon

6. Nilai keseluruhan setelah ditolak Amazon Gift Card ada ditunjukkan. Sila semak. (Kalau gift card anda lebih rendah dari harga barang, perbezaan itu perlu dibayar). Jangan lupa klik 'place your order'. 

Credit : Amazon

7. Tahniah! pesanan anda telah berjaya.

Credit : Amazon

8. Semak notifikasi di email anda. 

Credit : Amazon

Selesai. Tunggu je la barang sampai...👌

Sebenarnya ini pertama kali saya dapat gift card dari Amazon jadi happy la kan bila saya tak payah bayar apa-apa untuk pembelian wallflower refills ini. Alhamdulilah rezeki PKPD. 


XOXO,

Ezna 


16 comments:

  1. Replies
    1. Happy sangat you. Sebenarnya sebelum I dapat tebus ni, I tolong ada seorang penolong kanan sekolah Dania minta tolong I belikan online wallflower refills ni. Tup tup I pulak dapat beli untuk diri sendiri....alhamdulilah...bersyukur...

      Delete
  2. Wow.......best nyer gift card Amazon nie. Next time saya pun kena join survey Amazon juga lah. Hehehe. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome. Perempuan mana yang tak happy kalau dapat gift card ni...hehe

      Delete
  3. Menarik nie. Acaner nak join survey nie? Nanti share ye
    Yang wangian nie pun semacam dah terjebak sejak PKP nie. YL ni dah bertambah dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sis buat blog post. Nanti Rawlins boleh join.

      Delete
  4. tak pernah shopping kat amazon ni. bestnya dapat gift card memang exctited lah nak shopping..hehe

    ReplyDelete
  5. haven't try anything on amazon before and seems like this is a good one to learn

    ReplyDelete
  6. Syok shopping kat Amazon ni. Saya suka! Dulu rajin top up paypal. Senang nak shop. Dah COVID-19 ni, stop dulu. Hahaha. Nafsu shopping ni lain maciammm kak. Tambahan kosmetik yang international tu saya suka. Aduiiii bahaya bahaya. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak faham sangat perasaan menyopping perempuan ni. Hehehe.....akak pun sama je le cuma kita kena kuatkan semangat untuk tidak menyopping sangat....kosmetik international tu bagusnya mereka buat r&d dulu, tested by dermatologist. Kita nak beli pun rasa selamat.

      Delete
  7. Ooo tak pernah lagi Sis soping di Amazon, kalau anak tak tau laaa.. nanti tanya, kotlah dia tau pasal benda ni.. mana tau Omak boleh tumpang sekaki hahaha

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat amazon gift card. Ni reward kan setelah penat lelah jawab survey. Berbaloi sangat.

    ReplyDelete
  9. Dulu rajin gak survey amazon ni sblm ada lazada and shopee tp tulah sbb guna matawang asing mls plk

    ReplyDelete
  10. Sometimes senang lagi beli dari Amazon ni. Kalau kat pasaran kita kadang barang limited, dan harga pun lago mahal..

    ReplyDelete