Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, July 7

BTS x Louis Vuitton fashion show 2021

Saya berpeluang menonton fashion show Louis Vuitton secara maya bersama kumpulan BTS. Louis Vuitton tampilkan kumpulan terkenal K-POP Korea dengan koleksi musim luruh dan sejuk 2021. Teruja betul saya menontonya dengan anak. Hehe...

Sabar menunggu fashion show Louis Vuitton streaming live dari Seoul, Korea pada 7 Julai 2021. Saya tengok ni bukan live pun. 

Credit : Louis Vuitton

Tema pentas peragaan ini Hope. Mungkin tercetusnya idea dari nama pentas salah seorang ahli kumpulan BTS, J-Hope. 

Credit : Louis Vuitton

Peragaan dimulakan dengan ahli kumpulan BTS iaitu Jimin. Bagi saya fashion Jimin ni sesuai diperagakan untuk Jimin. Dengan suit warna putih kelabu ada tompokan hitam dan cermin mata ni nampak bergaya betul. Sesuai dengan Jimin la bagi saya. 
 

Credit : Louis Vuitton

Kemudian datang pula ketua kumpulan K-POP ini iaitu RM. Bagi saya, tak berkenan pulak tengok RM pakai kot hitam dan dipadankan dengan topi hitam tu. Kalau tengok cerita Goblin mesti tahu macam apa 😅. Macam sesuai majlis berkabung tapi Louis Vuitton tetap nak nampakkan RM ni stylish, ada la butang berbentuk kapal terbang warna putih. Eh butang ke kerongsang?. 

Pentas peragaan ini memang unik di zaman pandemik. Tiada orang menonton kat stage dan model berjalan catwalk di atas stage dengan lensa dihalakan kepada model. Apa yang ditampilkan oleh Louis Vuitton pada kali ini memang unik dan menarik. Anggota kumpulan BTS ajer yang berjalan manakala yang lain tu bagai patung. Kalau jalan pun sikit je. Lepas tu jalan pun macam keras semacam. Konsep la kot. 

Credit : Louis Vuitton

Close up briefcase yang RM bawa. Warna silver metallic dengan embossed corak LV. Lain dari kebiasaan yang selalunya berwarna perang dan hitam. Siapa yang bawa ada kelasnya tersendiri. 

Credit : Louis Vuitton

Suga pula bagi saya fesyen kot agak biasa macam kot lain tu berwarna hitam tapi rasanya nak highlight kasut Suga dan beg yang dipakai oleh Suga. 

Credit : Louis Vuitton

Inilah kasut yang dipakai oleh Suga. Nampak macam kasut biasa je tapi yang buat mahal ialah embossed lambang Louis Vuitton pada kasut. Kalau jalan pakai kasut ni, pastikan bawak beg uncang simpan kasut ye. Time nak solat tu haruslah letak dalam beg uncang. 

Credit : Louis Vuitton

Ni pulak beg hijau yang dipakai oleh Suga. Sling dia kemain lebar ya. Ada tulisan "At the same place at the same time". Konsep sling lebar ni saya rasa macam trend jugak sebab beg jenama Balenciaga, Aigner, Marc Jacob pun ada beg yang ber'sling' lebar. Lelaki yang berani boleh la pakai sling bag berwarna hijau pucuk pisang ni haa....eh jap yang kapal terbang tu macam bukan butang.....macam kerongsang pun ada. Kot la kat Korea ada kerongsang trend terkini pulak....haaa siapa tu pakai kerongsang Korea....say I? ✌

Credit : Louis Vuitton

Baju J-Hope ni sekali tengok macam baju batik. Dua kali tengok ada lambang Louis Vuitton. J-Hope bawak beg kecil warna silver metallic Louis Vuitton macam ala ala kita bawak beg kecil nak pergi dinner. Saya rasa kalau beg ni lelaki yang pakai maybe sesuai juga untuk lelaki walaupun saya berpendapat lebih sesuai kalau perempuan yang menggayakannya. Baju tu pun bagi saya dah extravagant dah. Tak perlu aksesori yang berlebihan. 

Credit : Louis Vuitton

Sesuai sangat fesyen ni untuk Taehyung. Nampak smart sangat. Kot hitam labuh dipadankan seluar bercorak kotak-kotak yang tak terang coraknya. Bawak pulak bekas air Louis Vuitton. Agak-agak berapalah harga bekas air tu ya?. Suitcase yang Taehyung bawak pun nampak smart warna dia warna sesuai lelaki. Idaklah yang berwarna metallic. 

Credit : Louis Vuitton

Inilah close up bekas air yang saya maksudkan. Nampak banyak juga air boleh isi tu. 

Credit : Louis Vuitton

Jungkook pula hanya naik lif ini sahaja dengan kamera hala pada satu arah. Mungkin nak cover tempat Jungkook tindik kat atas kening. Jadinya ada rambut dilepaskan di bahagian tindik itu dan shot pula hanya senget macam ni. Saya rasa sebab konsep Louis Vuitton ni macam clean jadi tindik2 takde la ditonjolkan. Apa yang saya perasan ahli kumpulan BTS ni yang pakai subang, hanya 1 je mereka pakai atau tak pakai langsung. Selalunya mereka pakai banyak subang juga satu telinga tu. 

Bila time Jungkook ni naik lif hanya focus kat setiap tingkat tu model2 dengan peragaan baju dan aksesori masing-masing. 

Credit : Louis Vuitton

Baju yang dipakai Jin ni dengan corak berkotak. Macam fesyen Korea juga bagi saya. Dipadankan dengan beg Louis Vuitton warna hijau pucuk pisang. Kalau warna beg tu gelap sikit ok la kot bagi saya. Mungkin konsep ni color block kot. 

Credit : Louis Vuitton

Close up kot Jin. Nice juga bagi saya. Sesuai dengan Jin. 

Credit : Louis Vuitton

Belon tema peragaan ini "Hope" berlegar-legar dalam video ni. 

Credit : Louis Vuitton

Ni dia pentas peragaan zaman pandemik, tinggi sangat. Macam ala-ala bangunan yang baru nak bina yang ada pekerja-pekerja kontrak tetapi kali ini hanya ada model-model. Kalau gayat memang tak la kan. 😅

Nampak unik je pentas peragaan kali ini dengan prop macam ni dan diiringi oleh lagu futuristik. Teruja juga dengan hasilnya. Superb I would say. 

Credit : Louis Vuitton

Nak menonton? Boleh ke SINI Nanti bagitau suka ke tak dengan video ni...



XOXO,

Ezna



25 comments:

  1. tisya masa dpt ivitation dr LV..excited btul update kt mama..tp mamanya bz tgh meeting work from home hehe..suka la die smlm tgk fashion show ada bts tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania suka juga Amy tapi lepas tu pi sambung tuition dia pulak. Hehe. Tak boleh nak seronok sangat dia.....Tisya suka ya....

      Bagi saya la fashion show semalam unik pulak zaman pandemik ni. Props dia lighting semua, konsep unik.

      Delete
  2. Replies
    1. Menarik dia punya show ni. Lain daripada kebiasaan.

      Delete
  3. habislah nanti peminat kpop kumpul duit utk beli bag LV lepas ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sis tak kot...memang LV gunakan populariti BTS untuk tarik perhatian suruh beli tapi kalau harga LV tu mampu milik ok lagi tetapi.......

      Delete
  4. Wow.......nice!!!!!!!! It's good that you get to experience the LV fashion show. Wow.....handsome nyer V dan Jungkook. Heheheh........

    ReplyDelete
  5. High fashion show memang gini , pelik2 tapi masih ramai yang suka. LV guna model yang tengah trending untuk menarik orang ramai tengok. Nak lagi epik masa tengok guna headphone tambah full screen, memang lain macam rasanya. Suka semua dengan apa yang diorang gayakan sebab kita tahu kualiti dan gayanya tersendiri. Tapi saya mampu tengok jerlah yer. Ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang akak tengok ada yang pelik2. LV guna model tengah trending tapi kebanyakkan yang minat kumpulan ni remaja, ikutkan macam mampu tengok je la fesyen ni. Mungkin target mak/ayah peminat kumpulan ni....takpe akak pun tengok je lah...hehe

      Delete
  6. menarik juga fashion show bts ni, lain daripada yg lain sesuailah dengan fasa pandemik ni.

    ReplyDelete
  7. Amboi ezz hahahhaha . Kalah Yana.. i kat rumah ni Yana mmg minat gila. Tak sure dia tgk tak fashion show ninkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je kat website Louis Vuitton tu I rasa Ayu. I pun tak tengok live. Hehehe....

      Delete
  8. Sekarang BTS memang laku keras. Mereka pun buat yang terbaik dekat ARMY mereka. Setiap kali BTS dilantik sebagai ambassador ke, produk branding ke apa ke. Mereka memang akan lakukan dengan terbaik. Perjalanan karier BTS ni dijadikan contoh baik walaupun ramai ARMY berlainan latar belakang kehidupan. Sentiasa ingat Come Back Stronger. Ruby suka semua ahli BTS. Mereka layak untuk memperagakan LV or jenama lain. Lebih banyak appearance mereka lagi bagus. Meka dah ada karisma dan versatile kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanya akak kan....mereka memang layak sangat dapat yang terbaik sebab mereka sangat menjaga ARMY dia. Kemudian, takde la benda yang mengarut-ngarut tentang image mereka. Kalau ada ARMY muslim mereka memang takde salam ke peluk ke tapi ARMY muslim pulak sebaliknya. Dulu masa mereka mulakan karier sangat teruk perjalanannya. Nampaknya kat kemuncak karier mereka, mereka tak lupa masa mereka susah dulu. Dengan takde kareografer nak ajar menari dan mereka duduk berhimpit beramai-ramai, dituduh meniru kumpulan lain menari, tak masuk TV sebab tak terkenal. Slowly...mereka terkenal dah sekarang. Pernah datang Malaysia tahun 2015, masa tu tak dikenali sangat. Mereka promo kat Kota Kinabalu, Sabah.

      Delete
  9. Rasa anak Sis tengok gak ni, sebab fans of BTS hahaha,, pertama kali juga tgk fashion show via online virtual gini ekkk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?....kita rasa pelik la kan gaya gini. First time tengok jugak. Hehehe...alaaa anak tengok la tu kot....

      Delete
  10. good job to my fav brand Louis Vuitton for engaging BTS to their ambassador this year. very nice collab

    ReplyDelete
    Replies
    1. I suka collab ni buat my daughter LAGI suka. Haha...

      Delete
  11. cantiknya! entah berapa lah harga ni ya ? pandai LV amik BTS untuk collab sebab dorang tahu fans BTS ni memang besar and sanggup habiskan duit utk dptkan merchandise. tgok lah mcd fuhhh cetus fenomena!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Khai...pandai mereka pilih....mcd tu pun sama juga strategi mereka tu....

      Delete
  12. BTS sekarang memang famous terok eh. Fans pun jenis hard die punya. Selagi tengah boleh buat duit. Kaut saja :) Tapi memang nice la dieorang. collaborate dengan banyak jenama yang well known.

    ReplyDelete