Sabtu, Mei 15

What we did last raya?

Raya PKP 3.0, best ke tak?. Bagi mereka yang masih ada kedua orang tua pasti sedih tak dapat beraya bersama kan...bagi saya yang dah tiada kedua orang tua dan hubby pun dah tiada kedua orang tua kita sambut secara simple ajer la. Bersyukur juga sebab masih ada adik beradik masing-masing. Walaupun adik-beradik saya sekitar Selangor ni ajer, kita gunakan medium whatsapp untuk bertanya khabar dan share gambar di pagi raya bersama keluarga masing-masing. Nak melawat dah tak boleh. Saya bersyukur juga sempat berjumpa sebelum puasa sebab masa tu boleh ajer merentas daerah. 

Malam raya saya sibuk menyediakan daging masak Pah. Saya tak tahu nama masakan ni apa sebab selalunya Opah saya yang saya panggil Pah akan masak daging ni yang akan dihidangkan dengan lemang di pagi raya. Boleh juga dimakan dengan nasi panas-panas. Bila dah masak, kena try dulu rasanya. Kebetulan lemang baru dapat. Hubby order dari orang surau. 

Ni resipi daging masak Pah

Bahan utama
1. Daging
(Perap dengan garam, lada hitam, serbuk kunyit)

Bahan kisar
2. Bawang holland saya letak sebiji
3. Bawang putih saya letak 5 ulas
4. Lengkuas 1/2 ibu jari
5. Halia 1/2 ibu jari
6. Cili api saya letak 5 biji (ikut nak pedas ke tak)
7. Cili merah saya letak 2
8. Serai 2 batang (1 serai kisar, 1 serai goreng dengan daging)

9. Kicap
10. Air asam jawa
11. Gula melaka / gula putih
12. Garam secukup rasa
13. Cili boh

Letak sedikit minyak dan goreng daging + serai dititik. Akan keluar air daging. Bila air dah kurang sikit, keluarkan daging. Ketepikan.

Kemudian, bahan kisar + cili boh masak sampai pecah minyak. Dah pecah minyak masukkan daging dan letak air asam jawa. Perasakan dengan gula melaka/gula putih dan garam secukup rasa. Masukkan kicap. Masak la sampai kuah agak pekat.

Sedia untuk dihidangkan.


Kita ikut SOP yang ditetapkan untuk mengekang Covid-19 ni. Ok....di petang hari raya, kami sempat la ke taman berdekatan rumah untuk posing sekeping dua untuk buat kenangan. Ada la beberapa keluarga juga tapi lengang la. Kat seberang tasik ni pun kelihatan keluarga berposing jugak. 

Saya suruh Dania pose kat pokok ni sebab saya rasa pokok ni cantik. Dania siap 'scan' pokok ni katanya ada semut. Takut kena ketit semut 😂 padehal ada la seekor ke dua ekor semut ajer. Baju raya Dania ni tak pernah rasmikan masa Hari Raya walaupun dah beli tahun lepas kat Primavalet. Shawl dari butik senior sekolah saya....'Lulu Frangi'. 

 
Saya dan hubby. Alehaiiii abang asal berdiri tegak je tu? Nak nyanyi lagu Negaraku ke?. 


Gambar satu family pulak berlatarbelakangkan tasik. 


Gambar yang paling saya suka saya buatkan macam ni....letak kat Instagram. 


Bila saya ajak bergambar macam ni, hubby kata asyik gambar macam ni je?. Hello bila yang 'asyik' tu tak tahulah saya. Gambar ni ala ala zaman P Ramlee. 😁


Petang, lepas Asar tukar uniform. Ada juga singgah Habib Jewels. Beberapa tahun ni, setiap hari raya Dania akan tukar duit raya ke emas. Tahun lepas tukar duit raya dengan seketul charm 'Chomel' dari Tomei.


Terima kasih la pada aunty Eja dan aunty Ema (ibu saudara Dania) yang bagi duit raya kat Dania. Boleh la Dania tukar ke wafer emas dari Habib Jewels ni. Sebelum tu dari ummi dapat 1 wafer emas dan ayah Dania bagi duit raya. 

Dania sendiri yang bayar kat kakak Habib Jewels. 


Close up wafer emas Upin & Ipin. Nak beli yang haiwan zoo negara dah habis stok pulak. Kalau nak beli yang set hari raya pula takde jual loose macam tu. Kena beli yang set. Akhirnya beli stok yang ada ajer iaitu Upin & Ipin. 


Lepas tu perut pun lapar. Singgah Dubuyo beli makanan. Ini tapau untuk saya dan Dania punya. Raya-raya ni teringin masakan Korea pulak. 


Sebelum tu hubby dah shopping barang-barang kat Lotus's. Masa ni tengah menunggu Dubuyo ni siap. 


Hubby punya beli kat Fish Manhattan. Ada Happy hour jadi fish and chips ni harganya RM9.90. Tapau kan...kena add 95 sen untuk kotak. 


Harga asal RM19. 


Nampak A&W Express nak minum A&W Root Beer Float pulak. 


Senang letak dalam kotak macam ni. Tak payah pakai plastik. 


Raya kedua, Dania kata kena hantar kerja Puan Banumathy untuk Matematik Tambahan. Patut la anak ummi sibuk ajer kat bilik tu. Rupa-rupanya kena siapkan kerja Puan Banu dari mukasurat 16 - 71. Punya banyak mukasurat tu.....terbeliak mata ummi 😲. Dania ni jenis akan siapkan kerja tak suka tangguh-tangguh jadi buat sikit-sikit sampai la siap. Kalau ummi tak tahulah macamana...


Kena hantar dekat guard tapi guard kata Puan Banu tak bagi kotak. Kebetulan ada kotak dalam kereta jadi bagi je la kotak tu. Siap tulis dengan marker nama guru semua. Tengok-tengok Dania seorang je yang baru hantar. 


Basically itu je la aktiviti kami. Beraya bertiga ajer. 


25 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Warisan Petani. Sama2 menyambut dalam suasana yang baharu. 2 tahun dah kot macam ni. Moga tahun depan ada sinar.....

      Padam
  2. so cute with all the photoshoot :)

    BalasPadam
  3. Indeed the pandemic has caused some inconvenience but that does not mean it should stop you from being happy especially when celebrating festivals.

    BalasPadam
  4. rata-rata sama je lah sambut raya kali ni. kita patuh pada sop. takpa lah berkorban sikit raya kalini

    BalasPadam
  5. cute gmbr outdoor tu
    rajin nya dania!! auntie suzie doakan dania dpt straight A spm nanti..aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Thanks and Thanks Suzz. Aamiin. Tahun depan I doakan untuk Zharfan pulak.

      Padam
  6. Dah dua tahun tak balik Sarawak so dah dua tahun tak jumpa parents. Last year beraya gak ke rumah keluarga angkat di Serdang - tu pun dah nak hujung2 Raya sebab tunggu lepas MCO. Tahun nie, dok rumah je layan movie huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih kalau cakap bab keluarga ni Rawlins. Sis memang keduanya dah tiada tapi memang di pagi raya syahdu sungguh. Apatah lagi sis masak masakan yang arwah mama sis masak.....Tabahkan hati ini....Moga Rawlins pun kuat ya?.

      Padam
  7. Dah 2 tahun kita beraya dalam norma baharu. Tabahlah hati. Ikut SOP yang telah ditetapkan. Kita belum menang.

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya maaf Zahir dan Batin. Tahun ni memang dok umah je lah sis ni dua beranak tak kemana mana. Kerja asyik makan tido tv je lah..dh naik balik dah badan ni..hehhe

    BalasPadam
  9. comel lah coin upin ipin tu...nak cari untuk anak-anak juga

    BalasPadam
  10. Raya sesama sendiri.. sederhana tapi tetap meriahkan ezz.. jom sama-sama Jaga sop

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Raya Ezna.. nampak sedap rendang tu, nanti boleh cuba.. tahun raya duduk dendiam je dalam rumah, makan tidur tengok tv huhuhuhu

    BalasPadam
  12. Raya pkp ni nad duduk rumah je. Ambik gambr pun dekat luar rumah.. Hehehe. Wah dania beli emas ye.. Bgus juga kan.. Upin ipin pulak tu.. Nanti boleh usha habib

    BalasPadam
  13. Nice dapat spend quality time together walaupun kena Raya PKP kan.. this raya kita tak terkejar2 nak ke sana ke sini kan since tak boleh g open house... relax2 santai2 ajer.. kinda like it tho! but not the part yang tak boleh balik la..

    BalasPadam
  14. Saya raya sorang2 je masak maggi kat rumah. Haha. Sedih tak? On the plus side, boleh jimat duit, tak payah beli baju baru, perabot baru, dsb.

    BalasPadam
  15. wah seronok gak raya keluar berjalan..iena raya tahun ni paling sedih.duduk rumah bujang je,tak keluar lansung. Keluar urusan kecemasan balik tapah bawa mak jumpa arwah abang dia je..pastu back to normal life stay at home :D

    BalasPadam
  16. bagus duit raya beli emas. perlaburan. Syukur boleh beraya juga tu. dpt photoshoot outdoor, pergi mall. huda duduk dalam rumah jer...patuh SOP

    BalasPadam
  17. Sakan ye sis nak sambut raya. Saya nak masak pun jadi takde mood dah sebab PKP, terus baca perut makan kat rumah mertua haha

    BalasPadam
  18. Marina pon dah takde parents. Ayah baru je meninggal sebelum Ramadhan. Raya ngan adik beradik n rumah mertua. Mujur dalam daerah yg sama

    BalasPadam
  19. Thanks for sharing your memory about last raya, nice family outing during raya and you bought the wafer emas too.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...