Selasa, Mei 11

Serlahkan seri wajah dengan Fanbo

Menyingkap tentang kisah jenama Fanbo ini, ia diasaskan di Indonesia semenjak tahun 1968. Masa tu saya pun belum lahir lagi. Berjaya di dalam kelasnya sejak sekian lama. Fanbo memastikan produk ini halal dan masih relevan setanding dengan produk luar seperti di Eropah dan Amerika. 

Fanbo dihasilkan sesuai dengan wanita di Asia Tenggara. Cuaca yang panas di sini, membuatkan mereka menghasilkan produk yang tahan dengan keadaan iklim di sini. Paling penting produk yang bersih dan boleh mengekalkan keremajaan kulit. 

Pancake powder : Ia dikaji supaya sesuai dengan semua jenis kulit. Ia didatangkan dengan tona warna tempatan yang bagi saya lebih kepada warna medium atau kekuningan. Ia mengandungi tepung jagung yang dapat menyerap minyak dan zinc oksida yang dapat melindungi kulit dari UVA dan UVB. 



Apa yang saya boleh komen tentang pancake powder ni, teksturnya halus dan bau yang lembut. Sesuai juga penggunaan oleh remaja macam Dania. Paling saya suka kerana ianya mengandungi zink oksida yang bertindak melindungi kulit dari UVA dan UVB tapi kita sebaik-baiknya jangan mengharapkan hanya produk ini sahaja untuk melindungi kulit kita, kena pakai juga krim tabir suria. Nak nak cuaca kat Malaysia ni panas ya amat. 


Warna kuning pengantin ni mungkin sesuai untuk tona kulit Dania yang lebih cerah. 


Tona warna sawo matang ini sesuai dengan saya kerana tona kulit yang lebih gelap. 


Precious White : Rangkaian produk Precious White mengandungi ekstrak sakura yang dapat melembabkan kulit. Ia ringan dan mudah diserap. Provitamin dan ekstrak sakura dapat mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah. Didatangkan dengan toner, pembersih muka dan pelembab. 


Pembungkusan yang nampak bersih dengan warna putih dan diserikan dengan bunga sakura berwarna merah jambu. Tampak lagi manis pembungkusan ini. 
 

Facial foam ini halus dan baunya saya suka sebab bau fesh. 


Dania dengan rangkaian produk Precious White dari Fanbo. 


Milk cleanser : Mengandungi esen sakura, AHA, Pro Vitamin B3 dan minyak chamomile. 
Tujuan : Menanggalkan kotoran dan solekan.

Facial foam : Ekstrak sakura, AHA dan Pro Vitamin B3
Tujuan : Membersihkan muka dari kesan minyak.

Face toner : Mengandungi esen sakura, AHA dan Pro Vitamin B3.
Tujuan : Menanggalkan kotoran dan solekan juga menyegarkan wajah dan menutup pori di muka.

Moisturizer : Mengandungi Pro Vitamin B3 dan ekstrak sakura. 
Tujuan : Melembabkan wajah untuk mengelakkan wajah dari mengering yang akan menyebabkan keluarnya garis halus. 

Pensel kening : Membantu menyerlahkan kening untuk nampak lebih natural. Saya suka warna perang ni sebab kalau dioleskan ke kening tak la nampak muka garang. Ianya produk yang halal dan mesra wuduk. 


Jom dapatkan produk Fanbo di pasaran sekarang..... 

  
"Seperti juga keanggunan pokok sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa"

 -Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia-

Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia di portal online seperti PGMALL, Shopee dan Lazada. Boleh layari https://www.facebook.com/Fanbo.my untuk info lanjut.

 

 

17 ulasan:

  1. Mesti ada bauan sakura sikit kan. Best bau tu. Bila Ezna sebut kuning pengantin, teringat jenama Mustika Ratu dedulu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la Mustika Ratu pun jenama yang lama dari Indonesia.

      Padam
  2. Alolo comelnyaaaa semua produk Fanbo kak. Saya suka produk dari Indonesia, mereka punya foundation memang terbaik coverage. Fanbo ni jual kat mana kat Malaysia kak? Guardian / Watsons ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Info yang akak dapat dijual secara eksklusif di online portal seperti PGMALL, Shopee dan Lazada. Boleh layari facebook Fanbo untuk keterangan lanjut.

      Padam
  3. Wah produk makeup dan skincare ke. Bestnya tengok powder tu. Skincare pun bahan dia bgus utk kulit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually produk ni memang dah lama kat pasaran. Akak baru pertama kali kenal dengan produk ni. Ekstrak sakura tu yang buat produk ni special. Powder dia halus dan bau wangi.

      Padam
  4. menarik gak produk ni. tak biasa dengar lagi brand fanbo.

    BalasPadam
  5. rasanya dulu2 i pernah pakai produk ni :)

    BalasPadam
  6. BAru tau mengenai produk Fanbo ni..nice packaging dia nampak sweet je

    BalasPadam
  7. Menarik jugak tengok produk-produk Fanbo ni ya... warna packaging pun sweet je... siap ada bunga-bunga gitu... kira okaylah ada full range kan... nanti nak check it out lah untuk anak daraku...

    BalasPadam
  8. Cantik ye packaging Fanbo ni.. so far tak pernah try skincare products with sakura as ingredient lagi.. macam nak try yang ni jer!

    BalasPadam
  9. Pakaging dia lawa lah...Marsha memang pernah dengar brand Fanbo ni tapi belum try lagi. Nampak menarik

    BalasPadam
  10. baru try produk ni memang best.. suka sebab senang gile rnak bentuk esp yang untuk kening muka

    BalasPadam
  11. Compact powder dia menariknya.. suka pulak sebab warna dia sesuai dengan kulit Asian macam kita kan.. dan set skincare dia pun, sakura gitu.. boleh cuba laa..

    BalasPadam
  12. sunscreen dalam bahasa melayu dia tabir suria ya ? first time saya baca. Sedap pulak bunyinya. Anyway, suka tengok packaging dia, sangat minimalist. sy suka packaging skincare or make up yg simple2 mcm nie. Tak banyak produk yg berasaskan pokok sakura, banyak jugak kelebihan pokok sakura nie ya

    BalasPadam
  13. Anak beranak dua orang ni suka lah dapat produk kecantikan orang perempuankan hehehe boleh lah bergaya hari raya ni walaupun beraya kat rumah. Tengok produk meyakinkan dan juga selamat yang penting menggunakan produk selamat untuk kita itu yang penting...

    BalasPadam
  14. Wow i like Fanbo's products too and their packaging also nice. Going to blog about my review soon.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...