Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, March 17

Unicorn Fun Run Finale akhirnya......

Pandemik Covid-19 yang menakutkan ini telah bagi impak kepada penganjuran fun run ni. Sebelum ni event Wazan Fun Run yang dijadualkan pada 22 Feb 2020 di UPM dibatalkan. Refund duit pun dah dapat tapi kena tunggu la walaupun 28 Jan 2020 dah hantar email kata event ni batal....9 Mac 2020 baru refund masuk. Event ni tak dapat T Shirt atau medal tapi dapat refund. 

Ok ni event yang batal juga. Kali ni saya, Dania dan hubby yang join. T-Shirt dan bib dah collect awal. Ni lah T-Shirt event ni yang sangat comel. Tu lah sebabnya masuk event ni sebab Unicorn Fun Run last year pun saya ada join http://www.eznakhalili.com/2019/07/warna-warni-unicorn-fun-run-2019.html Kali ni sebab dah finale nak join la juga. Bagus juga batal sebab last year sangat ramai orang sampai nak berlari pun susah ok?....Haaa time ramai-ramai ni la yang virus senang merebak pun. 


Bib 66 - Saya, 67 - Hubby, 68 - Dania


Bayar Unicorn Fun Run Finale ni last year lepas balik dari Taiwan jadi dapat la Harga RM28 harga early bird. 


Route yang akan kami lari. Kalau tengok kat sini sekitar IOI City Mall ni. Ada juga group lagi satu lari kat area MAEPS Serdang. 


Dah collect dah pun medal sebab kata batal. Jadinya weekend baru ni pergi masa IOI City Mall tu baru buka. Dalam pukul 10 pagi macam tu. Orang pun tak ramai. 


Sempat la pose kat sini sebab cantik pula kan?. Lepas tu pergi cari hand sanitizer, ada yang saya jumpa jenis pocket je pun tapi harga RM7++ 😲😲😲.


Event kat bawah ni saya join dengan Dania je. Ada E certificate. Nak kumpul la sijil untuk sekolah tapi takpe sebab kesihatan lagi penting kan?. Event ni pula ditunda. 

Kalau nak join event run ni boleh la ke website https://www.jomrun.com/ atau boleh ke aplikasi di phone appstore atau playstore. Sekarang ni kan semua di hujung jari. 


Malam tadi pun ada pengumuman Perdana Menteri tentang Kawalan Pergerakan sebab Covid-19 ni. Dania pun cuti sekolah dianjak sampai 31 Mac 2020. 

Stay safe kawan-kawan....

17 comments:

  1. Ayu pun daftar utk unicorn run ni..ngan Ian & Iris...dr kat Bkk lagi sbb tau nak balik dah. sekali x jadi. minta tlg adik amik kan tshirt & medal semua dah.

    ReplyDelete
  2. semoga cepatla ujian ini berlalu pergi..
    kita dapat kembali free macam dlu ='(

    ReplyDelete
  3. beg ducked tu cuteeee..u beli ker dpt hadiah?

    ReplyDelete
  4. lahaii comelnya baju dia...mesti meriah kalau berlari nanti kan..mudah-mudahan cepat berakhir virus ni, korang boleh sambung berlari seperti biasa..cute sangat laaa..suka!

    ReplyDelete
  5. I love Unicorn so much! I am so going to join this! But next time gonna bring my daughter.

    ReplyDelete
  6. Unicorn Fun Run cancelled but I wish they organize again soon

    ReplyDelete
  7. sedihnya event besar terpaksa batal. sokayy next year inshaAllah boleh pergi

    ReplyDelete
  8. banyak juga event yang kena batal. nak buat macam mana kan, perancangan yang ditetapkan manusia kadang tak jadi

    ReplyDelete
  9. Semua aktiviti luar yang melibatkan orang ramai ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih kita pun nak juga joint run ni dah lama tak pergi hehehe hari tu pergi sekali jer 10Km wakakaka macam nak mati...

    ReplyDelete
  10. Ruby tahun ni semua larian Ruby tak pergi. Risau COVID19. Walaupun penganjur tak umum tunda. Tapi kita sendiri kena jaga kesihatan kita. Lagi pula bukan berlari sorang diri. Larian comel mcm ni harus bawa seisi keluarga. Hehehe

    ReplyDelete
  11. tu la kan. semua dibatalkan / ditangguhkan.
    demi kesihatan. agar covid19 tidak terus menular di segenap urat saraf kita.
    moga lepas ni dpt la ezna join lebih byk run :)
    in shaa Allah.

    ReplyDelete
  12. itu lah sis.. banyak run kena postponed atau cancel.. tapi kalau yg virtual run tu takde cancel sbb boleh submit je run / walk guna apps hntr kat dorang... so apa lagi ..lari2 kat dalam rumah la kita..hahhaa

    ReplyDelete
  13. Kerana virus ni, terpaksa batalkan segala aktiviti kan.. Kena berkurung sampai ianya pulih.. Doa doa cepatlah berakhir. Sedih makin mningkat jumlah kematian. 😭

    ReplyDelete
  14. alahhh sedihnya bila dah ambil bib tiba event cancelled. kalau zul terus takda semangat. Harap-haraplah virus Covid-19 ni cepat pulih dan kita boleh hidup macam biasa

    ReplyDelete
  15. Ada hikmahnya kita kena perintah berkurung nie. Xper, next time boleh join lagi larian. Medal dia comel lah !! Teringin kumpul medal larian tp bab nak lari tu ya Allah malas sungguh

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah la kan postpone, takpe dalam keadaan sekarang mmg tak sesuai. nanti diorg reschedule

    ReplyDelete
  17. The running tee is so so cantik, kalau sis tau sis nak daftar juga.

    ReplyDelete