Rabu, Mac 11

Thunbergia

Ada hari sabtu tak ingat minggu mana, nak mencari pokok dan pasu kat Sg. Buloh so off we go. Bila tiba kat nursery berdekatan dengan UITM Sg. Buloh, nampak banyak nursery bunga tepi jalan ada bangunan yang roboh. Rasanya majlis perbandaran merobohkan mana-mana nursery yang buka secara haram kot. 

Ok kita tinggalkan nursery secara haram...kita tengok pula seleksi pasu kat sini. Sebenarnya nak beli pasu untuk bunga teratai. Pasunya yang bentuk tinggi. Pasu hitam yang kat bawah ni dah perfect untuk ciri-ciri pasu yang dicari. Pasu hitam ni kami beli. 


Seberang jalan, kedai yang sama...sebahagian binaan dah dirobohkan jadi pasu-pasu ini ada diskaun tapi pasu yang kami cari takde pulak kat sini. 


Selain daripada itu, nak mencari pokok bunga menjalar. Ini salah satu option. Bunga warna merah. 


Ini pula bunga menjalar warna kuning tapi bunga kuning tu kecik2 ajer. Yang ni saya tak suka sebab ada tali2 halus tu. Nampak semak. 


Haaa yang ni pula bunga berwarna ungu lembut berbentuk trumpet. Bentuk bunga macam morning glory. 


Akhirnya bunga ni yang menjadi pilihan. Harganya?. RM6 je sepokok. Ada 2 kudup yang belum berkembang tapi satu kudup tu tunggu masa je nak buka bunganya. Nama bunga ni Thunbergia. 


Keesokannya nah.......hello dunia.....bunga pertama Thunbergia kembang. 


Pokok Thunbergia sebelah kolam ikan. Haaa nampak tak tu, pasu tinggi tu letak dalam kolam ni sebab atas tu letak bunga teratai. Bunga teratai ni kalau berkembang berwarna purple. Eh purple lagi....ok...saya memang peminat warna purple. 😉😉😉. Projek kolam ikan ni baru ajer siap dengan area berbumbung. Selama ni ikan dalam bekas kecik fiberglass tu ajer. Bila dah bina kolam ikan ni kemain happy berenang sana sini kat dalam ni. Rumah dia dah upgrade jadi rumah banglo. 



Kolam ikan dari arah tepi. Just a simple kolam ajer. Jadi tempat favourite hubby bila balik kerja. 


Sebenarnya sebelum mencari bunga kat Sg. Buloh, ada juga mencari bunga memanjat ni kat Bangi ni. Saya tak specific bunga apa tapi nak harga yang tak mahal sangat. Bunga yang saya jumpa ialah bunga kesidang warna putih. Bau wangi tapi harganya RM30 sepokok. Takde la besar sangat. Akhirnya tak jadi beli. 

Credit : Google

Tenang je kalau tengok bunga-bunga ni berkembang sekeliling rumah. Ada yang suka bercucuk tanam jugak ke? 

15 ulasan:

  1. Alahai bestnya kalau rumah ada laman kan, boleh tanam bunga2 mcm ni..iena stay condo takde laman :(

    BalasPadam
  2. Saya duduk area sg buloh ni mmg bersepah nursery ada bunga2 best dan murah... Saya duk apartment so takleh nak cucuk tanam sgt tapi saya tanam herbs je mcm mint, pegaga , spring onion ..yg senang2 jaga

    BalasPadam
  3. Geramnya nengok pokok-pokok tu semua..menghijau rimbun kalau depan rumah sedap mata memandangkan..tapi tu lerr, tempat Sis takde tempat nak bercucuk tanam huhuhu

    BalasPadam
  4. Cantik bunganya. Marina tau beli je. Nama tak tau. Bunganya macam rupa bunga raya

    BalasPadam
  5. Seronok tengok orang shopping pokok bunga dan pasu untuk cantikkan rumah. Saya ni kalau tanam mesti pokok tak menjadi. Tuh kadang malas nak beli.

    BalasPadam
  6. Subhanallah... cantiknya bunga-bunga tu semua... saya memang suka bercucuk-tanam... doakan saya pun berjaya memperoleh rumah yang berhalaman ye, mudah sikit nak bercucuk-tanam... hehehehe... laa ni duduk apartment agak terbatas kalau nak bercucuk-tanam... insyaAllah... mudah-mudahan...

    BalasPadam
  7. cantik2nya bunga. half price je tu. confirm murah sangat berbaloi beli.

    BalasPadam
  8. cantik!
    aida pun now dlm misi hunting pokok bunga jugak.
    weekend ni nak ke satu nursery tu.
    ari tu, upgrade laman belakang, abis pokok2 bunga di tanah.
    pekerja tu pijak2. hu hu hu hu mati semua :(

    BalasPadam
  9. Suka tengok penananam ni..i dah lama nak berkebun.. seronok dan boleh membuatkan kita berpeluh

    BalasPadam
  10. Rawlins suka tengok hijauan sebegini tapi sejenis yang tak pandai bercucuk tanam - tangan panas katanya. Menarik ada kolam di situ.

    BalasPadam
  11. Sedapnya nama dia Thunbergia. Sedap lagi mata memandang bila bunga dia dah tunjuk rupa. Best rumah ada laman. Macam2 boleh buat

    BalasPadam
  12. Seronoknya tengok rumah yang ada laman yang boleh buat landskap macam ni. Sejuk mata memandang melihat kehijauan dengan deruan bunyi kolam memang perfect!

    BalasPadam
  13. teringat watak Thumbelina bila tengok nama thunbergia tu..
    kot2 bunga da kembang ade thumbelina dalam tu hihik..

    BalasPadam
  14. Cantik bunga Thunbergia ni. Tetiba ingat cerita Thumbelina yg si kecil ibu jari. Kembar dia kot si Thunbergia ni, haha

    BalasPadam
  15. Time macam ni i pun nak try to upkeep my mini garden kat rumah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Mel...