Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, March 27

Mudahnya belajar STEM dengan 5T3M

Dalam pada negara menghadapi perintah kawalan pergerakan, tak menghalang untuk anak kita belajar. Pembelajaran abad ini di alam maya bersama 5T3M.

Apa yang Dania akan belajar?

Online Programming in Scratch!

Tengok kat sini betapa seronoknya Dania belajar online ni. Kucing ni namanya 'Sprite'. Tiba-tiba terus teringat kat air bergas tu. Ok tengok kucing ni seekor je kan?....


Taraaaa....kini Sprite tidak lagi seekor kat situ tapi ditemani goblin dan beruang. Kalau siap kita coding kat sini, ketiga-tiga ini akan bergerak tau. Kalau kejung macam tu boring juga kan tapi nanti boleh coding supaya ketiganya bergerak dan 'Sprite' pula akan mengeluarkan bunyi 'meow". 


Ni Dania berkomunikasi dengan tutor professional. Jangan risau, tutor akan guide anak kita kalau tak faham. 


Ada 4 level kesemuanya. Setiap level, ada projek yang kena siapkan. Seperti contoh di bawah, Dania letak seorang ballerina. Belah kiri tu kiranya coding yang Dania buat la. 


Kemudian, Dania memasukkan 'background' pentas kepada projek ini. Tara.......inilah hasilnya. 

Bukan pentas aje ada, ada bermacam lagi 'background' yang boleh dipilih seperti pantai, bandar, langit dan lain-lain lagi. 


Setiap projek akan di 'save'. 


Ini lagi satu projek yang Dania buat. Ada orang nak pegang donut tu tiba-tiba dia hilang. 😲😲😲. Dah projek ni tema halimunan pulak. Sebenarnya bagi je anak kita bereksperimentasi. Nak bagi orang tu terbang?, berenang dalam air? takde masalah dengan coding ni. Tu yang mak dia tengok pun turut teruja....😁😁😁


Apa yang saya boleh simpulkan ialah program ni satu program yang baik kerana ia mengajar anak kita untuk berfikiran secara kreatif dan di luar kotak seiring dengan dunia sekarang yang menuju ke arah pembelajaran dalam talian. Ada 25 aktiviti kesemuanya dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

Kalau anda berminat dengan program ini ada dua pakej yang ditawarkan : 


Tutor Desk (RM50)
Kaedah belajar secara persendirian di mana akan disertakan cara untuk memulakan sistem, Online tutor juga ada dari Isnin - Ahad bermula dari jam 10 pagi - 6 petang. Soalan yang ditanya selepas jam 6 petang akan dijawab pada keesokkan harinya. 

E-Coach (RM120 for 4 sessions)
1. Kaedah real time di mana anak kita akan mendapat bimbingan secara perseorangan dengan tutor dalam talian.
2. Setiap sesi mengambil masa selama 30 minit.
3. Sesi pengenalan pertama termasuk juga dengan pengenalan terhadap sistem. 
4. Bebas menggunakan aplikasi Tutor Desk. 

Kiranya setiap sesi berharga RM30. Berbaloi juga la. 

Nota : Ada RM50 caj yuran pendaftaran yang hanya dikenakan sekali. Ini termasuk RM30 yuran keahlian 5T3M. Mereka yang berdaftar untuk program ini automatik akan menjadi ahli 5T3M dan layak mendapat faedah-faedah seorang ahli. 

Ni Dania tengah sibuk dengan pembelajaran di alam maya bersama tutor. 


Ni contoh bagaimana interaksi perseorangan dengan tutor semasa pembelajaran online ni berlangsung. 

Ok ya sekarang ni kan.....5T3M menawarkan secara Percuma kelas online coding ni tau....bermula dari tarikh 
21/3/2020 - 05/04/2020
Boleh manfaatkan masa anak di rumah di waktu Perintah Kawalan Pergerakan ni.

Boleh click link di https://myeducation.wishpondpages.com/5t3m_freecodingclass/

Jom 5T3M!!!

14 comments:

  1. Wahh menarik ni.. Ada kelas online percuma la.. Nak register la, ilmu baru ni..

    ReplyDelete
  2. info yang bagus, untuk yang ada anak, boleh la sisi masa lapang diorang kan. buat perkara yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. wah. bagus ye.
    anak2 aida memasing ada juga homework given by cikgu.
    ada yg kena buat notes. ada yg interaktif berupa games.
    this one aida nak korek further. menarik.

    ReplyDelete
  4. Nampak mudah dan bagus tu untuk anak-anak, rasanya kita dewasa ni pun boleh sama belajar, jadi jakun juga sekejap Sis nengoknya hehehe

    ReplyDelete
  5. wa menarik. sekurang-kurangnya masa anak-anak kat rumah terisi dan ya anak-anak memang suka belajar benda baru kan ;)

    ReplyDelete
  6. Oh so cool! I would also like to learn this. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Menariknya. Bab-bab coding atau ilustrasi grafik ni memang no idea langsung. Bagus bg mereka bereksperimentasi. Mana tau minat dalam rekaan grafik dan animasi.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya ada kelas online macam ni, tak yah keluar rumah pun. Time2 macam ni sekurang ada benda berfaedah jugak diaorg buat. Nanti nak survey2 gak lah for aeysha

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni makan banyak teknologi yang orang ada kat dalam talian hehehehe cuma ibu bapa kena pantau selalu sebab kadang-kadang anak-anak ni leka bila dah mengadap hand phone atau pc seorang-seorang kan..

    ReplyDelete
  10. Siapa yang dah tak tahu nak buat apa tu bolehlah sertai kelas online macam ni. Sekurang kurangnya masa yang ada ni dimnfaatkan dengan sesuatu yng berfaedah untuk masa hadapan. Jangan berhenti dalam mencari ilmu, ilmu tu konsepnya sepanjang hayat

    ReplyDelete
  11. Kelas macam ni bagus. Tambahan dalam tempoh PKP ni. Orang yang tak minat pun boleh jd minat dengan coding tau kak. Hehe

    ReplyDelete
  12. senang nak fahami coding melalui pembelanjaran macam ni..anak2 pun suka dan enjoy dalam kelas online seperti ini

    ReplyDelete
  13. Ya Allah! Menariknya. Cx dulu nama je ambil course yg ada subject coding tapi sepatah haram tak tau ni haa skrg. Ahhahah terbaiklah!

    ReplyDelete
  14. bolehlah sekarang ni kan online pun percuma je. boleh manfaatkan masa yang ada

    ReplyDelete