Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, March 31

Manfaatkan pembelajaran ePDPC masa Perintah Kawalan Pergerakan

Sempena perintah kawalan pergerakan (PKP) ni sekolah dah terlebih cuti. Jadinya inisiatif pihak sekolah untuk mengadakan kelas online masa PKP ni. Patutnya sekolah hanya cuti 2 minggu tapi lajak ke sebulan. 

Kelas online pertama (ePDPC) yang diadakan pada 24 Mac 2020 dengan menggunakan aplikasi meet. Pada mulanya agak kekok la nak guna aplikasi google ni dengan nak mencari macamana nak operate benda alah ni. 😅😅😅. Rupanya simple ajer. Ni saya menggunakan laptop. 

Jom kita start. 

1. Mula-mula buka akaun google oleh Kementerian Pendidikan. Macam Dania dan setiap pelajar sekolah Dania dah ada akaun google masing-masing. Bila dah keluar page ni, click bintik-bintik tu. (Apa ke namanya tu...saya panggil bintik2 je la).



2. Bila dah buka bintik-bintik akan keluar ini. Pilih meet. 



3. Keluar la page ni. Background dia asyik bertukar je jadi jangan risau. Ok kat sini click 'join or start a meeting". 



4. Cikgu akan bagi kod jadi type kat situ. Macam sekolah Dania ada https://gg.gg/pdpcmaya********. Bila type je terus ada link ke https://meet.google.com/***-***-***
Haaaa..... kod ***-***-*** yang kena masuk link di bawah. Tak payah masuk https semua tu. Hanya kod sahaja. 

Kalau contoh saya nak join PDPC maya ni boleh kalau ahli group accept saya. Kalau tak orang luar tak dapat nak join. 


5. Dah masuk page ni memang awal2 speaker dan camera on jadi off kan lah. Bila nak cakap baru on speaker. Kalau speaker tu on je...macam2 boleh dengar macam ada hari tu hubby bersin sampai teacher english tanya what is that?. Dania senyap je la 😆😆😆. Camera Dania tu pula sentiasa off je jadi cuma speaker je on kalau nak jawab soalan. Lepas tu Dania off kan. Cikgu je camera on. 

Cikgu ready untuk Pembelajaran dan Pemudah cara (PDPC) di alam maya. Ni Cikgu Sejarah Dania. Masa ni guna desktop tapi microphone ada problem. Cikgu beriya je panggil nama Dania suruh jawab soalan tapi kita boleh tulis kat sudut belah kanan tu. Dania type la kata mic problem. 



Ini pula subjek kimia. 




Kisah PDPC di alam maya di sekolah Dania pun dah masuk Harian Metro. Ada ralat sedikit. Bukan Form 3 dan Form 5 je ada ePDPC ni tapi semua tingkatan dari Form 1 - Form 5. 

Ini jadual E-PDPC minggu ni. Waktu disingkatkan sebab ada family yang kurang data telefon. Subjek pula mengikut jadual hari Isnin - Jumaat. 


Alhamdulilah, Dania dapat juga manfaatkan masa cuti PKP ni. Homework pun setiap hari ada. 



***Psst : Kalau nak join affiliate dan buat duit dalam sosial media tu boleh la click kat sini

14 comments:

  1. mmg bdk2 sek time PKP ada blajar secara online..canggih btul kn..tk mcm kita dlu2...cousin tisya ada juga guna applikasi zoom yg bole online rmi2 tk silap maximum15-20 org...tisya cikgu bg homework thru whatsapp je

    ReplyDelete
  2. Ya sekarang ni nampak gayanya dah mula e-learning cuma terfikir kalu family xde laptop macam mana ek? Kesian gak..

    ReplyDelete
  3. Ada bagusnya juga ada kelas online macam ni, tapi di group Sis plak, rata-rata Emak nya pulak bising sebab mana yang takde wifii, anak-anak guna data, so bila dah masuk kelas banyak-banyak secara online, data pun habis, line jadi lembab...Sis hanya membaca aje keluhan mereka..

    ReplyDelete
  4. Wah bagusnya sekolah Dania. Kalau dah ada kemudahan pasti lebih mudah dgn e-learning. At least boleh dikerahkan student ni belajar di masa cuti ni. Rajin2 belajar ya.

    ReplyDelete
  5. Followed your blog! Nice content, this is helpful for me. I also have been using e-learning for all my studies

    www.adlinatasyaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. recently meeting dengan my boss guna zoom, senang je nak meeting, highlight issue dan dapat solution. mana tahu hikmah dari pkp ni boleh terus wfh, rezeki juga

    ReplyDelete
  7. Pembelajaran sekarang ni cukup canggih. Tapi mommy harap pkp ni cepat lah habis. Kesian dekat anak2. Minda tak berkembang dok rumah je

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada masa terluang, boleh anak-anak belajar kat rumah. Kena fokuslah. Cabaran juga belajar kat rumah kan ;)

    ReplyDelete
  9. Waa thanks for sharing in details yea, bagus juga ni boleh jadi rujukan buat parents yg first time ke apa kan. Anak Qeela pon tengah tunggu date untuk start online classes dia nii, so far baru asa online quizzes tu je, untuk e-learning nya ni tak confirm lagi date nya heheh.

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni semua sibuk belajar secara online kan. Anak anak saya oun dha mula velajar tapi cikgu anta kerja sekolah melalui whatsapp. Itu pun jenuh nak semak satu satu takut ada yang tertinggal

    ReplyDelete
  11. wow. bagusnya.
    as for anak2 aida, task diberikan secara whatsapp or google form saje.
    more to notes la and latihan / latihtubi. takde yg perlu video conference gini.

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah kan ada inisiatif utk belajar online. saya pun sama la hari2 pukul 10 hingga 12 tghari mmg bizi dengan pembelajaran anak2

    ReplyDelete
  13. Sistem ni bagus mudahkan parents pantau pembelajaran anak2 dari rumah. Tapi harap cepatla covid19 ni pulih. Lg suka anak pergi skolah. Hehe

    ReplyDelete
  14. memang hebat teknologi sekarang. walaupung kena duk rumah masing2, tapi aktiviti penting tak terhad.

    ReplyDelete