Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, January 7

Tahun Baru, Azam Baru, Sekolah lama

Kita ni masih di awal tahun baru. Jadi saya nak mengucapkan selamat tahun baru untuk semua pembaca. Gambar di bawah ni masa orientasi Tingkatan 1 di sekolah menengah kebangsaan Dania pada 31 Disember 2019. Saya dan wakil PIBG dan KSIB Puan Sharifah dan Puan Haslinda ada buka meja untuk ibu ayah anak-anak Tingkatan 1 yang nak wakaf kertas A4. Kertas A4 ni digunakan untuk mencetak kertas soalan peperiksaan dan lain-lain kegunaan. Kita dah sedia maklum yang sekolah kena cari dana sendiri untuk pembelian A4 ni. Inilah cara kami nak kumpul kertas A4. 

Ok....kami berjaya mengutip wakaf kertas A4 sebanyak 211 rim pada hari tersebut. Cikgu yang tengah tengah duduk dan tudung oren. Penat juga menunggu dari 7.30 pagi - 2.00 petang tu tapi bila dapat kumpulkan 211 rim kertas A4 tu rasa puas sangat. At least ada juga buat sumbangan kat sekolah kan walaupun kecik je tugas saya tu. 

Ada jumpa juga 2 kawan saya yang anak baru masuk Tingkatan 1 kat sekolah Dania ni. 😄😄😄 Selamat datang adik-adik. 


Okay ni gambar pagi masa hantar Dania ke sekolah pada 1 Januari 2020. Ada beberapa guru beserta Puan Pengetua tunggu kat depan gate untuk menyambut anak-anak ini. 

Dari kiri tu Puan Banu (guru matematik tambahan Dania), Puan Pengetua Puan Maziah dan Guru Penolong Kanan Puan Rosmawati. 

Citernya macam ni saya hantar Dania sampai depan gate nak ambik gambar Dania salam Puan Pengetua tapi Puan Pengetua excited nampak saya sambil kata KSIB....KSIB (kan sehari sebelum saya buka meja wakaf A4 paper)....kena ambik gambar ni. Larrr dah terbalik sebab saya nak ambik gambar Dania salam Puan Pengetua tapi bila saya kena ada dalam gambar tu tentulah saya tak dapat ambik gambar Dania kan? (sebenarnya ada sedikit frust kat situ 😅😅😅). Kita nak masuk IG buat kenang-kenangan. Actually Puan Pengetua dan Guru Penolong Kanan tu nak berterima kasih kat saya dan mereka yang terlibat membantu sekolah. 

Akhirnya kami semua pose untuk phone Puan Pengetua. Petang2 sikit saya acah acah berani la whatsapp nak minta gambar ni kat Puan Pengetua. 😆😆😆. Seram juga nak susun ayat tu. Yeah....inilah hasilnya dari kamera phone Puan Pengetua. Dania tu sebenarnya nak cepat masuk sekolah pun ya sebab dah 7.15 pagi. Ni nak kena pose lagi....


Alhamdulilah, Dania pun dah mulakan pembelajaran kat sekolah ni. Dania ambil aliran STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan). Sekolah Dania ni buat masa ni hanya ada aliran STEM (Sains Tulen dan Matematik Tambahan) dan STEM  (Sains Tulen dan Matematik Tambahan beserta Pengajian Islam) untuk Kelas Aliran Agama (KAA). Mereka yang tak minat aliran ni kena mohon sekolah lain. Ada je kawan yang saya tahu dah siap2 mohon sekolah lain untuk anak dia. Dah anak dia tak minat Sains Tulen. Ye lah nak belajarnya anak jadi kena tengok la juga minat anak tu macamana kan?. Bukan minat ibu dan ayahnya pulak....

Jadi ye.....Dania masih meneruskan pembelajaran di sekolah yang sama. Sebenarnya masa kami bercuti ke Taiwan bulan 12 baru ni....Dania kena menduduki satu ujian. Terlepas dah pun ujian tu. Takpelah ada plan lain yang Allah nak bagi kat Dania. 

Doakan Dania ye....

13 comments:

  1. Pandainya dania ambil sains tulen dan add math. Airah add math dulu separuh mati la study sebab tak pandai hahaha. All the best dania

    ReplyDelete
  2. Semoga Dania berjaya dunia dan akhirat. Wahh.. Seram ye nak upload gambar dengan Puan Pengetua..hehe..

    ReplyDelete
  3. Nampak gembira si anak dara tu. Maknanya tercapai la keinginan beliau kan. And yes, kita kena pertimbang niat anak2 dan bukannya mementingkan keinginan kita

    ReplyDelete
  4. Bagus dia minat aliran Sains. Anak sis tak minat. Sekolah still sekolah lama jugak..nk masuk asrama tak nak pulak dia

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. tahniah. Minat aliran tu, ok lah. Bab A4 paper tu, memang bagus jugak dibuatkat sekolah lain.

    ReplyDelete
  6. semoga Dania jadi anak solehah, penyejuk mata kepada ibu bapa. Selamat tahun 2020.

    ReplyDelete
  7. Menarik la inisiatif kumpul sumbangan A4 tu. Tiada paksaan kan untuk PIBG menyumbang dan bukan untuk orang lain pun, kegunaan anak² jugak. Nanti nak try suarakan kat sekolah anak

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru cikgu... salam kenal ye

    ReplyDelete
  9. Betul tu kak. Yang nak belajarnye anak kan. Kalau dieorang tak minat, susah jugak. Better pilih ikut apa yang dieorang minat je.

    ReplyDelete
  10. Semoga ada rezeki lain buat Dania. Bagusnya ambik aliran sains. Semoga Dania berjaya dalam akademik

    ReplyDelete
  11. wah bagusla dania ni.smeoga menjadi anak yang cemerlang ..bukan senang nak mauk aliran sains..

    ReplyDelete
  12. betul tu, kena ikut minat anak2 nak belajar aliran apa. bagus dania amik aliran sains tulen, semoga berjaya

    ReplyDelete
  13. All the best to you girl and may she strive all her dreams in school

    ReplyDelete