Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, January 9

Balik kampung dan jalan jalan cari makan

Minggu sekolah tu weekend tu kami ada balik Alor Setar, Kedah. Saje balik Kedah sebab sepanjang cuti sekolah tu tak balik pun. Lagi pun kalau balik bukan cuti sekolah ni jalan clear ajer. 

Balik Kedah ni Dania request nak makan ais kacang kat Dinalang, Simpang Empat. Berdekatan dengan kampung hubby. Kalau ke Simpang Empat ni jangan lupa try ais kacang Dinalang tau. Nak nak masa balik kampung macam kemarau dan cuaca memang panas la. Makan ais kacang ni memang nikmat sangat. 

Ni lah rupa kedai Dinalang Ais Kacang tu. 


Ais kacang yang lembut elok kata hubby. Rasanya saling tak tumpah dengan rasa masa dulu-dulu kata hubby lah. Masa kami datang tu nak dekat jam 6 petang dah tapi nasib baik ada rezeki Dania nak merasa. Kat sini tutup jam 6 petang. Ais dia halus ajer. 


Tengok la cuaca kat luar ni memang panas. Sesekali ada angin timoq (angin timur) menyapa. Hubby kata angin je mesti panggil angin timoq. Tak kira la datang dari mana pun. 😃😃😃. Di kejauhan nampak menara Alor Setar. Ni dalam perjalanan nak singgah ke Pekan Rabu. 


Tempat yang nak dituju kat sini. Nak beli bahulu. Ada 2 tempat bahulu yang dah habis jadi bila singgah sini cukup2 je 1 bekas untuk saya. Kira last dah untuk hari tu. Sesambil tunggu, dia suruh saya dan Dania merasa bahulu yang panas-panas keluar dari oven. Memang terbaik lah. Lembut sangat dan sedap of course. Lagi satu free kot. Buatkan lagi sedap 😆😆😆. 


Cepat je nampak adik ni keluarkan bahulu daripada acuan. 


Tengoklah bahulu Emanis ni lembut sangat. Dah 4 hari pun balik dari kampung masih lembut. 


Tinggalkan cerita bahulu ye. Kali ni nak makan bihun sup utara sedap. Tempatnya dekat je dengan Dinalang ais kacang tu. Masuk jalan yang sama je. 

Nama gerai ni Brahim's. Kalau kat KL ni kekadang je boleh jumpa bihun sup untuk makan tengahari. Haa kat sini segala mala sup ada. Bihun Sup, Mee Sup, Kuay Tiaw Sup. Start buka pun tengahari. Pekena dulu bihun sup sebelum bertolak balik KL. 


Ni bihun sup special. Lebih bihun, daging dan perut. 


Tak sah la kalau tak gu dengan ais kacang jugak. Kat sini kalau nak makan ais kacang kat Dinalang la tapi ais kacang kat sini pun not bad juga. 


Orang pun tak ramai masa ni. Ni kami lunch sebelum bertolak balik KL.


Kami menginap kat TH Hotel Alor Setar masa balik kampung baru ni. Selesa hotel ni sebab parking senang dan luas, coffee house pun halal, ada disediakan sejadah kat dalam bilik. Selesa lah bagi kami. Tabung Haji kan....



Suasana cerah sepanjang perjalanan. Dalam jam 9 malam macam tu baru tiba rumah. Jalan clear all the way kecuali di Sg. Besi. Ada sedikit jam. Kami pun berhenti solat dan rehat 2 kali jugak la kat R&R. 



Gambar semua diambil dari phone Samsung A50. Dania kata yang Blackpink promote tu. Puas hati dengan resultnya. 

13 comments:

  1. cantiknya picture awan tu. nmpak mcm real

    ReplyDelete
  2. th hotel memang yang terbaik setakat sarah pernah stay rasa secure sikit dari segi makanannya, tempat solatnya selesa apa semua

    ReplyDelete
  3. nak pegi try la dinalang ais kacang tu next time. Nampak macam sangattt sedap. Huhu. Bihun sup special tu pun nampak menarik dan blh dicuba nanti.

    ReplyDelete
  4. I kalau balik kampung pun selalu juga jalan jalan cari makan. Kat Taiping pun ada bihun sup sedap! :)

    ReplyDelete
  5. Uishh ABC dia memang heaven.. penuh dengan jagung tu.. time panas ni memang ngam sesangat.. luiez klau g kedah mesti cari bihun sup utara sebab rasanya lain dr sup yg pernag liez cuba.. aaishhh tetiba teringat dekat tempat bermain di Anak bukit tu..

    ReplyDelete
  6. Untung lah balik kg tidur hotel hehhehehe wakakaka tapi kat Alor Star sama macam kat Penang jer makanan memang banyak yang sedap-sedap dan menarik kita pernah sampai sana dan kampung mak kita pun kat sana hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Lama tak pekena ABC. Sedap ni panas2 minum plak ais kacang sejuk macamtu. Bahulu tu kalau panas keluar oven mrmang sedap kan dimakan.

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak pi Alor Setar..seronok jjcm kat sana mcm2 ada

    ReplyDelete
  9. Menimbun juga dia punya ais kacang tu. Rasa makan share berdua pun cukup tu kan?

    ReplyDelete
  10. omg food !!!

    oh i followed u here btw #1241
    salam kenal ^^

    ReplyDelete
  11. Wow! That last pic looks amazing... ala...after reading through this post, nak jugak buat food trip...dah lama tak plan dengan kawan2.

    ReplyDelete
  12. Dedua menu tu nampak mengiurkan.
    Musim panas sekarang ni ais kacang tu lagilah mengundang

    ReplyDelete