Isnin, Januari 27

Bila ibu-ibu terlibat untuk gimik sekolah

Bila dapat call dari Puan Sharifah tentang akan ada penglibatan 4 ibu-ibu bersama anak masing-masing. Jadinya beberapa hari sebelum diadakan perjumpaan tak rasmi bagi membincangkan gimik Guru Penyayang ni. 

Jadi, pada hari yang ditentukan, kebetulan 2 anak-anak ni pengawas dan 2 orang lagi bukan pengawas. Dania dah nak letak jawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Kenapa?...Haaa nanti saya cerita la part itu...kami semua kena standby kat sekolah sebelum jam 7.15 pagi. Ni kat dalam bilik kaunseling. Guru kaunseling yang mengadakan gimik ni dan hanya guru2 kaunseling dan guru penolong kanan yang tahu gimik ni. 

Dari kiri Dania, saya, Puan Haslinda, Puan Sharifah, Puan Zohara dan Hameeza Shahnaz. Belakang dari kiri Zaim dan Daniel Akmal.  



Kita posing la para ibu. Memang dah bincang untuk bagi sedondon jubah hitam dan shawl / tudung warna kelabu. Puan Sharifah pula bawa cekak ribbon. 



Ni kalau nak tengok full size baju yang kami pakai pada hari tersebut. Lain-lain mostly plain. Saya ada berbunga hijau sikit-sikit. Janji latar belakang dia hitam. Hehe. 


Tudung pakai fesyen tengok dari tutorial youtube. Pastu ada flowy kat tepi tu tapi nak bergaya punya pasal letak tepi la perasaan rimas tu....😂😂😂. Shawl saya pakai dari Ariani iaitu Nura dari drama Hero Seorang Cinderella...Alahhh yang Fazura berlakon tu. Tu yang saya terjebak beli shawl ni dulu. 


Apa yang kami kena buat dalam gimik ni?

Ibu dan anak berjalan beriringan dengan alunan muzik marching kemudian, anak2 akan menyerahkan sampul yang berisi button badge, kemudian ibu akan menyematkan button badge ke tudung para guru. Ada 4 guru kesemuanya. Itulah sebab ada 4 ibu-ibu. Nak kata nervous tu memang ada perasaan tu you alls....kecut perut semua ada sebab guru2 dan murid sesi pagi yang menonton kami. 

Gimik ini telah direka oleh guru2 kaunseling. 

Tau ke apa itu guru penyayang?. Rupanya idea guru penyayang ni diilhamkan oleh mantan Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik di mana para guru akan menunggu kehadiran murid di depan pagar sekolah. Ada hadiah akan diberikan kepada 10 murid terawal yang datang ke sekolah. Pastinya ini menggalakkan pelajar2 semua datang awal kan dengan senyuman mesra guru2 menyambut kedatangan pelajar. 😍😍😍.

Selepas itu kami semua diraikan kat bilik guru di kantin sekolah. Bermacam makanan yang dihidangkan. Tetiba ada guru pengawas tanya saya....anak jadi masuk ke sekolah xxxxxxx ke?....Saya tanya kenapa cikgu?. Haaa yang ni pun saya save untuk post lain ye sebab hari ni nak cerita pasal aktiviti gimik ni je tapi yang pasti buat saya senyum sampai ke telinga....alehaiiii 😀😀😀.

Inilah aktiviti saya dengan sekolah pada 20 Januari 2020. Awal-awal tahun sekolah baru dibuka. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...