Jumaat, Januari 31

Pengalaman Yee Sang di Four Points by Sheraton Puchong

Kami ada berkumpul adik beradik kat Four Points by Sheraton, Puchong sebelum cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Inilah pertama kali dalam hidup ni saya cuba 'Yee Sang' Ala yang kacau-kacau semua ramuan tu kemudian angkat tinggi-tinggi. Haaa pernah cuba ke?. 

Yee Sang ni sebenarnya dalam wikipedia ialah potongan ikan mentah (khususnya salmon) yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa. Yusheng, Yee Sang atau dipanggil Yuu Sahng diterjemah menjadi ikan mentah, namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. 

Tengok la ni saya dan adik beradik ipar duai anak saudara mendengar penerangan dari kawan adik saya yang berbangsa Cina tentang tatacara Yee Sang. Rupanya masa gaul-gaul dan angkat tinggi-tinggi tu kena make a wish. Kalau lagi tinggi lagi bagus. Idak la saya make a wish bagai sebab saya nak cuba aktiviti ni je. Ada juga penampakan ikan salmon tercampak keluar di situ. Siapa la punya angkara?. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Bila saya rasa sikit ikan salmon tu dah tak nak dah sebab masin. Syoknya bila ramai-ramai ber'Yee Sang' ni. 


Dalam pada itu, Adam Eerfan yang pada mulanya duduk sebelah saya, berpindah duduk sebelah Kak Dania. Kemain manja lehai. Rindu kakak dia la tu yang kat MRSM Bentong tu.


Tengok la cara Dania melayan Eerfan ni haa....kalau ada adik mungkin ini cara Dania melayan adik dia tapi adik sepupu pun dikira adik juga....


Ni la Eerfan yang buli aunty ye?. Jap jap aunty nak pizza, aunty...nak air....aunty Ena ni pun melayan je la. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Adik beradik sibuk makan ni haaa....



Pepahat bercili ni saya suka tapi cili dia entah rasa kurang pulak.


Masa ni nak dapatkan staff yang boleh ambikkan gambar kami punyalah susah. Nampak sampai 3 staff kat cashier counter. Ada masalah mungkin atau buat-buat sibuk. Hmmmm.....


Bila tanya kat seorang staff ni dia boleh kata I'm a bit busy ya. Tak lama kemudian baru la ada seorang staff tolong ambikkan gambar kami tapi bukan staff 'yang busy' tu. Mungkin juga dia suruh staff lain ambikkan gambar sebab saya suruh ambik guna DSLR saya ni.


Pose lagi....say cheese.....
Missing Sofiah kat sini....


Tempat makan ni pun takdelah besar sangat.


Seleksi makanan pun takde la banyak mana.


Adik saya Erma yang saya selalu jumpa kalau dia turun Bangi.


Pilih Pilih....


Apa yang boleh saya katakan ye?....pertama sekali....terima kasih la kepada adik saya Elza sebab belanja kami semua kat sini. Kedua.....macam tak berbaloi sangat harga kat sini dengan apa yang dihidangkan. Harga Luna Buffet Dinner sempena Tahun Baru Cina ni berharga RM130/pax. Mahal la bagi saya.....

Apa pun paling menarik kat sini, pengalaman pertama saya ber'Yee Sang' tu yang paling berharga.

12 ulasan:

  1. Hehe rm130/pax mmg mahal la hehe kalo gi 10 org dah rm1300 kan hahah tp yg penting kualiti time bersama keluarga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah nyer....tukang bayar yang kena bayar banyak tu....

      Padam
  2. el pun tak pernah lah join aktiviti beryeesang ni..oo baru tau yg depa buat tinggi2 tu untuk make a wish lah eh..pttlah tengok bila acara beryeesang ni ada yang tarik tinggi2..hihi..syok dpt gather ramai2..

    BalasPadam
  3. Ui mahal gak tu kalau xbyk choice.. Kalau kat Penang ni harga rm100 ke atas memang meriah2 la cita dia.. Huhuhu...

    BalasPadam
  4. tadi dah komen tapi tak muncul pulak ...so kita komen lagi ....

    bagi saya kebahagiaan dan masa yang ada bersama keluarga tu lagi penting dari jumlah duit yang kita kena keluarkan ...semoga yang belanja tu dikurniakan rezeki lebih lagi sebab membahagiakan keluarga dan merapatkan silaturahim ....

    rindu ezna sekeluarga ..teringat ingat masa kita travel sesama ke Taiwan ....

    BalasPadam
  5. Tak pernah ber yee sang. Harga boleh tahan jugakkan. Yang penting dapat makan bersama gathering

    BalasPadam

  6. Makan kat hotel besar memang menarik hidangan makanan cuna bila bab yee sang ni sis tak berapa suka nak makan.

    BalasPadam
  7. Rawlins teringat tempat makan dia memang agak sempit kan. And yes, makanan tak berapa banyak pilihan. Tapi lazat gak la hehe

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah dah beberapa kali makan yee sang sempena CNY ni. Tahun ni dapat makan dua yee sang.

    BalasPadam
  9. Maybe die tak nak ambil kan gambar tu sebab dia tak reti pakai dslr kot. Tu dia suruh orang lain ambil kan. Tak apa lah, kira rezeki lah jugak kan dapat makan dekat sini walaupun huhuhu

    BalasPadam
  10. Rajin akak ber yee sang dengan family. Seronok tengok semua enjoy.

    BalasPadam
  11. Suka betul suasana happening time yee sang tossing ceremony ni. Biasa kat ofis every year buat.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...