Selepas breakfast baru la kami keluar. Ni bukan ikut group. Bebas sebelum transfer ke airport. Hubby ajak menikmati suasana pagi kat Taiwan. Ikut je la since tak tahu boleh jejak kaki lagi ke kat sini.
Ambik gambar atas jejantas yang unik ini.
Ni haa jejantas unik ni. Nampak berselirat je besi.
Hujan lagi hari yang nak balik ni pun.
Bye Bye Taiwan....
Pagi-pagi ada orang jual breakfast kat kaki lima kedai.
Kat kaki lima kedai The Face Shop.
Dalam hujan pun datang buat kerja. Tak tau la saman sebab apa...
Family Mart tumbuh bagaikan cendawan kat Taiwan ni. Kalau nampak 7 Eleven, nampak la juga Family Mart berdekatan.
Saje nak ambik gambar kartun BT21 tu. Dania la excited.
Sebelah hotel kami ni ada supermarket kat tingkat bawah. Jadi ni lah barang yang dijual yang menarik perhatian. Oreo Line Friends. Kalau ada halal nak juga beli ni tapi takde.
Nampak buah buahan ceri menyusut kat Supermarket ni. Rasanya penangan Datuk Seri dok promote kat group. Katanya harga murah. Kami pun ada beli jugak. Cerinya rasa manis. Bukan macam rasa ceri kat kek kita tu. Ceri tu rasa pelik la bagi saya la. Macam rasa ubat batuk. 😅😅😅
Dalam jam 11 pagi, bas kami pun tiba untuk bertolak ke airport. Tak jauh pun bas berjalan dari hotel ada seorang ahli group kami tertinggal phone kat dalam bilik akhirnya bas kena pusing balik dan alhamdulilah phone masih ada kat dalam bilik. Tour guide minta tolong staff hotel untuk carikan. Kemudian barulah bertolak semula ke airport.
Ambik gambar dulu kat sini. Lepas tu pergi bilik air dia. Sementara tunggu Dania...ada seorang aunty ni bawak anjing masuk dalam bilik air. Anjing tu senyap je. Anjing tu dalam baby carrier. Terkejut la juga tetiba berbulu je lalu depan saya 😃😃😃. Anyway, anjing tu cute la.
Gambar Dania kat sini sebab rasa cute je Merry Go Round tu. Dia berpusing tau tapi perlahan.
Ni la suasana di airport.
Kami punya flight ni akan berlepas dari Terminal 2, kat tingkat bawah ada food court. Saya tanya yang menjaga escalator tu 'sekfan' bermaksud makan dalam bahasa kantonis. Beliau tunjuk kat bawah.
Ada restoran middle east halal kitchen ni. Sementara menunggu flight kami ni perut pun terasa lapar.
Ni suami dan saya order. Kiranya ni daging. Kuahnya rasa manis2 dari tomato. Ikutkan tak kena dengan tekak saya tapi sebab nak lapik perut. Makan je la.
Bila rasa Dania punya kari ayam ni sedap la pulak.
Lepas makan, kami semua nak solat. Memang tak jauh pun dari pintu boarding kami iaitu No. B2. Prayer room ini untuk semua agama tapi selalunya occupied untuk yang beragama Islam.
Nampak tak prayer room ni berdepan dengan gate B3.
Ni dah kat dalam Malaysia Airlines. Sebelah sana tu Datuk Seri tengah tengok dengan anak dia Hakim. Dalam gambar belakang kepala hubby pakai tudung tu kawan pengetua sekolah Dania.
Apa yang saya perasan sebelum berlepas, Malaysia Airlines ada doa perjalanan kat skrin. Tak sempat nak ambik gambar.
Ni food kat MAS. Ni Dania dan suami punya.
Bihun goreng ni saya punya. Makan light sikit la sebab tadi dah makan nasi. Kek coklat tu je saya tak makan sebab saya tak suka kek coklat. Kalau chocolate bar je saya makan.
Terima kasih MAS. Selesa sungguh naik MAS ni dengan layanan pramugari juga makanan yang disediakan.
Alhamdulilah....berakhirnya percutian 5 hari 4 malam kami di Taiwan. Kami ni ikut tour Muslimtravelbug. Overall percutian ni saya bagi average ajer 2.5 / 5 ajer. Sebab apa?. Tempat yang kami cover ni banyak style shopping street which saya rasa saya ni bukan kaki shopping. Bila banyak sangat cover shopping street benda yang sama je walaupun lain lain tempat. Saya lebih suka cover tempat2 menarik macam Shifen Waterfall yang kami pergi tu. Dapat menikmati keindahan alam. Lagi satu Muslimtravelbug ni sub ke Salam Destinasi (Wiya Travel). Bila tak handle sendiri percutian ni jadi tak best sangat la kot. Pernah tahun 2018 ikut percutian Muslimtravelbug memang smooth dan best je itinerary tu kat Korea.
Tour leader kami sepanjang di Taiwan.....Saidila tu best sebab pandai ambik gambar dengan boleh ngam dengan semua. Kira best la kan. Sedia membantu.
Apa pun saya bersyukur juga dapat ke sini sebab dapat belajar budaya orang lain. Taiwan, tempatnya bersih, orangnya pun boleh menolong bila tanya jalan, mengalukan kedatangan orang Malaysia. Pemandunya sangat berdisiplin. Haaa yang ni kalah la orang Malaysia. Taiwan makin mesra muslim. Moga berjumpa lagi dalam episod pengembaraan ke negara / tempat yang lain kalau ada rezeki. Insya Allah.
berbelit betul jejantas dia hahaha anyway bestnya gi taiwannnnn shopping skincare banyak-banyakkk
BalasPadamsaya ingat taiwan ni metropolitan je, rupanya menarik jugak kalau pergi. Boleh la ke sana inysaAllah akan datang nnt.
BalasPadamI visited Taiwan in 2015. Best!!!!!! I like Taiwan better than China and Hong Kong. enjoy your vacation.
BalasPadamAha la betul first time tengok prayer room tu ada untuk semua agama.. Anyway, best betul jalan-jalan pi taiwan
BalasPadamSeronoknya dapat berjalan ke Taiwan. Marina pon kalau berjalan ke negara orang suka tengok yang nature
BalasPadamBest kan dapat jalan2. Sis pun suka travel, dapat tgok budaya dan tgok negara orang. InsAllah sebelum dah tak larat nak jenjalan..harap2 dapat le ke sini
BalasPadamBila lah kita nak merasa jejak ke Taiwan gak ni. Seronok tgk org jalan-jalan.
BalasPadamSeronoknya ke taiwan. In shaa Allah ada rezeki bolehlah travel jauh2 dari Malaysia ;)
BalasPadamKlu nur kt tempat sis pun rasa kurang seronok sbb banyak cover tempat shopping. Tapi pengalaman berharga ti dapat tengok budaya org lain yg pelbagai. Moga nur juga ada rezeki ke Taiwan 1 hari nanti :)
BalasPadamBestnya jln2 taiwan... Jarang dengar org travel ke sana... Tpi ada kawan ckp Taiwan ni cantik mcm kt jepun gak
BalasPadamMasa baca caption jejantas unik tu, terfikir macam manalah rupa jejantas tu. Tapi bila dah tengok gambar. Eh, memang unik pun! Berselirat je bentuk jejantasnya haha kreatif!
BalasPadamMakin ramai Malaysians yang bercuti ke Taiwan. Saya pun suka tempat alam semulajadi. Tak minat shopping2.
BalasPadam