Dah nak masuk Hari keempat kami di Taiwan. Saya dah mula rindu Malaysia tanahairku. Hari ni lepas breakfast berkesempatan untuk ke tempat membuat kek nenas. Kat sini dipanggil kek nenas tapi saya rasa macam tat nenas cuma size yang sedikit besar dari tat nenas.
1. Vigor Kobo
Cuaca sejuk kat luar menyebabkan lense saya berkabus. Ini adalah adunan doh dan nenas dan saya pegang tu penerap besi yang bernombor. Sila hafal ye...
Kat luar tu doh dan dalam tu diletakkan sedikit jam nenas. Kemudiannya di penyek2 dengan menggunakan tapak tangan ke dalam penerap ini. Bukan macam doh tu dicanai nipis lalu diletakkan penerap ini. Dengan cara ini....kek nenas ni gemuk gemuk size dia.
Dania dah selesai buat kek nenas. Datin Seri kat depan Dania pun cakap raya nanti tak payah order dah kuih.
Setiap pengunjung akan dapat 1 penerap bernombor. Kena hafal ye. Bila dah bake nanti akan diberikan kepada kita.
2. Chang's Beef Noodle Shop
Sempat lagi tu Dania ambik gambar dengan pemilik Chang's Beef Noodle Shop. Katanya dah beroperasi selama 70 tahun. Ni tak tahu la generasi keberapa. Nama uncle ni Mosa. Restoran ni halal.
Jom tengok apa yang dihidangkan. Saya tak tahu apa namanya tapi macam roti yang dalamnya ada sayur, suun tapi bila try sekali saya tak berapa suka.
Haa yang ni saya tak tolak. Sah sah dumpling ni depan saya je jap jap ambik....jap jap ambik....tak fikir panjang 😍😍😍. Kejap je surut dumpling ni.
Ni dumpling goreng. Sedap juga tapi tak sesedap dumpling yang direbus la.
Ni tauhu tapi saya tak makan sebab tak suka tauhu. Unik tauhu ni panjang-panjang.
Ada lagi beberapa makanan yang dihidangkan. Ada juga yang tak puas tak makan nasi. Ye lah tekak orang melayu nak juga makan nasi tengahari. Saya ok je sebab penggemar makanan cina.
Next pitstop...
2. Chiang Kai-Shek Memorial Hall
Apa ada kat sini ye?. Kat sini macam peringatan untuk Perdana Menteri Republic of China yang pertama. Perdana Menteri mereka yang pertama lari dari tanah besar cina tu ke Taiwan kerana tak setuju dengan cara pemerintahan di sana. Beliau akhirnya meninggal dunia di Taiwan. Tangga yang terdapat di Chiang Kai-Shek ni mempunyai 89 anak tangga bagi mewakili umur ketika beliau meninggal dunia.
Hujan yang turun bagaikan mutiara....hujan2 pun sempat lagi la ambik gambar. Hehe....ambik kesempatan masa hujan ni dengan banyak2 berdoa ye.
Next pitstop...
2. Chiang Kai-Shek Memorial Hall
Apa ada kat sini ye?. Kat sini macam peringatan untuk Perdana Menteri Republic of China yang pertama. Perdana Menteri mereka yang pertama lari dari tanah besar cina tu ke Taiwan kerana tak setuju dengan cara pemerintahan di sana. Beliau akhirnya meninggal dunia di Taiwan. Tangga yang terdapat di Chiang Kai-Shek ni mempunyai 89 anak tangga bagi mewakili umur ketika beliau meninggal dunia.
Hujan yang turun bagaikan mutiara....hujan2 pun sempat lagi la ambik gambar. Hehe....ambik kesempatan masa hujan ni dengan banyak2 berdoa ye.
Ada taman yang terjaga rapi kat sini.
Inilah tangga yang saya cerita tadi tu.
Pintu masuk depan dan belakang memang sama jadi kena baca tulisan cina kat atas tu. Ada tour guide bagitau.
Pintu ni macam sama kat Bejing. Tak ingat apa tempatnya. Mungkin Forbidden City. Macam ada dalam movie Karate Kid bila Karate Kid (anak Will Smith) pegang benda bulat2 ni untuk mendapat nasib yang baik.
Bagi mereka yang membawa payung boleh mengambil plastik untuk payung kat sini. Payung kena tutup kemudian masukkan payung ke dalam plastik. Ini supaya tidak ada air menitik ke dalam kawasan ini.
Bagi mereka yang membawa payung boleh mengambil plastik untuk payung kat sini. Payung kena tutup kemudian masukkan payung ke dalam plastik. Ini supaya tidak ada air menitik ke dalam kawasan ini.
Ada pameran kat sini. Tak silap saya ini pameran orang asli di Taiwan.
Gambar dua di bawah tak tahu bentuk apakah....
Inilah patung Presiden Republic of China yang pertama. Patung ni memang besar.
Ada 2 orang pengawal yang mengawal patung besar ini di kiri dan kanan. Dania kata patung la. Ye dia adalah manusia patung. Kena berdiri membatu macam tu selama 1 jam. Setiap 1 jam akan ada pengawal keselamatan yang baru pula berdiri di situ. Pertukaran pengawal ni akan ada ceremony tau. Ia dipanggil 'Guard Changing Ceremony'.
Kalau nak solat, ada tempat solat disediakan cuma bercampur la lelaki dan perempuan. Group kami ni ikut giliran la. Lepas lelaki solat, kita pulak solat.
Kat dalam ni pun ada Pejabat Pos.
3. Martyrs Shrine.
Martyrs Shrine (kuil) didirikan bagi memperingati 390,000 pejuang yang mati masa zaman revolusi Xinhai Revolution, Second Sino Japanese War dan yang lain boleh google. Hehe....
Saya tertarik dengan burung comel ni haa....seakan burung kat negara kita yang warna coklat kecik kecik tu.
Berpayung la kita nak ambik gambar.
Mari bergaya dengan payung.
Dari pintu gerbang masuk nak ke sini kena menapak la.
Kat dinding tu ada la pasal peperangan dan nak menuntut kemerdekaan.
Kat dalam ni macam tengah renovation tapi nampak tak ada 2 orang guard tengah jaga?.
4. Taipei Grand Hotel
Memang grand sungguh hotelnya. Pernah menduduki carta hotel tercantik di dunia. Zaman dulu la. Besar hotelnya dengan senireka tradisional negara cina.
Ni kat dalam hotel. Tour guide kata macam dekorasi dalam istana. Kat sini hanya untuk ambik2 gambar sahaja. Kami tak menginap kat sini.
Kami bertiga pula.
Berdua.
Memang klasik sungguh hotel ni. Dari dinding sampai siling ada ciri ciri tradisional.
Ha tudiaaa group saya yang sporting. Dania paling untung sebab gambar paling jelas. Lelain nampak sayup2 je...Eh group trip kali ni memang sporting la bagi saya.
Nak tunjuk lantern kat atas tu.
Selalu bell boy. Kali ni bell girl.
Tengok la siapa yang pernah datang hotel ni. Elizabeth Taylor....
Pereka fesyen Alain Delon....
Chow Yun Fat. Gong Li? Errrr Gong Yoo saya kenal....
Janet Hsieh ni pernah la tengok kat Astro. Dia dok promo tempat menarik di Taiwan.
Hero Winter Sonata iaitu Bae Yong Joon...
Tiba masanya nak naik bas dah. Bye bye Taipei Grand Hotel...
5. Yunus Halal Restaurant (Thai Food House)
Tema makanan pada malam ini ialah makanan tomyam. Mula-mula bila dapat tomyam tu macam excited sangat nak makan....sekali makan....tomyamnya manis. Patah selera.
Ramai juga VVIP dan artis yang pernah makan kat sini seperti Che Ta, DS Zahid Hamidi, Dato Mukhriz Mahathir dan ramai lagi.
Nice Entry. Menu yang sedap2 semuanya & view2 yang cantek
BalasPadammenariknya kalau dapat travel kat taiwan ni. bagus jugak dapat belajar pasal sejarah sana. Dumpling tu sedap plak nampak..dah lama teringin nak makan
BalasPadamSis pernah ke Taiwan tapi kerika hadir ke Pesta Filem Asia Pasofik ke 59 klu tak silap tapi tak dpt nak tinjau bnyk tenpat sebab kena ikut grup.
BalasPadamKalau dumpling memang suka yang rebus. Tauhu tu lain macam mee pula. Seronok juga Taiwan ni. Hotel dgn rekabentuk dalamnya macam istana tu sangat menarik.
BalasPadamSeronok baca ur entry 🥰
BalasPadamAduhhh... Seronoknya! Nina lak teruja nak travel ke Taiwan. Itinerary Ezna menarik laaaa
BalasPadam