Awal-awal pagi dalam jam 3.15 pagi dah bangun dah pada 3 Disember 2019. Kejut hubby dan Dania. Saya macam tak boleh tidur sangat sebab takut tak terbangun. Rasa macam kejap je tutup mata dah kena bangun.
Kami park kereta kat Putrajaya Sentral dan naik ERL yang pertama jam 4.51 pagi. Tiba jam 5.08 pagi kat KLIA. Lepas tu terus cari breakfast sebab pagi-pagi ni terasa lapar pulak. Ambik yang light ajer. Burger ayam ni kecik ajer tapi ok lah sedap. Lepas tu kat surau nak solat kena tunggu turn dengan yang nak pergi umrah. Suraunya kecik ajer. Dalam 6.15 pagi berkumpul tunggu group travel kat Terminal M. Group kami akan bertolak ke Taiwan.
Tunggu flight kami yang dijadualkan 9.10 pagi tapi drag sebab MAS nak tukar tayar kapal terbang. 9.45 pagi kot baru dipanggil untuk naik flight.
Dah lama tak naik MAS. Last year Air Asia, tahun sebelumnya pun Air Asia juga.
Ok cakap pasal makanan pula, saya pilih chee cheong fun.
Suami dan Dania pilih nasi lemak. Menu lagi satu dah habis iaitu nasi dengan rendang ayam.
Ni first time saya makan ice cream dalam flight MAS. Ice cream dihidangkan mungkin sebab air panas tak boleh dihidangkan disebabkan cuaca buruk.
Lapisan coklat kat luar dan ice cream vanilla kat bahagian dalam.
Last saya naik MAS pada tahun 2013.
Pramugari sedang melayan kehendak penumpang MAS dengan senyuman. Malaysian Hospitality.
Dah nak mendarat kat Taipei Taoyuan International Airport. Ini merupakan kali kedua saya ke airport ni kerana pernah transit di sini sebelum ke USA pada tahun 2014. Flight Eva Air ada terminalnya sendiri iaitu di terminal 3. Eva Air merupakan diantara syarikat penerbangan utama di Taiwan. Manakala MAS pula mendarat di terminal 1 di Taipei Taoyuan International Airport.
Tour guide dari Malaysia bernama Saidila
Bila tengok link Instagram rupanya dah memang follow cuma kat facebook je baru follow.
Dinner kami pada hari ni :
1. Masala Art
No. 1, Yumen Street, Zhongshan District, Taipei City, Taiwan 10452
(Taipei Expo Park-Ma Ji Square)
Ambik gambar dulu.
Ni macam cucur rempah. Saya makan la kot seketul. Rasa macam ala ala vadey. Hubby suka la cucur ni sebab hubby suka vadey.
Salad ni kemain crunchy lagi. Ulang-ulang makan.....sedapnya...
Roti nan je yang takde dalam gambar ni. Roti nan tu Dania ulang-ulang ambik.
Kat sini pun ada tempat khas untuk merokok macam ni.
Sementara menunggu nak naik bas, Dania bergambar dengan Hakim yang sebaya. Ayah Hakim kata dekatlah sikit. Saya kata eh jangan dekat2 SMAP Kajang tu. Ada lagi seorang nama Aina tapi tua setahun daripada Dania dan Hakim. Apa lagi saya tanya Hakim tentang PT3. Hehe.
Ni tandas perempuan. Nampak best je macam ni ala-ala kat R&R kita juga.
Destinasi seterusnya ke :
2. Shilin Market
Apa yang ada kat sini ya?
Deretan kedai kecik-kecik macam ni yang ada menjual cenderamata.
Ni kat dalam Shilin Market.
Beg ni ada dijual kat Malaysia. Saya nampak kat booth kecik kat IOI City Mall. Beg ni rupanya made in Taiwan.
Permainan ala tikam-tikam ni banyak kat Shilin Market. Selain daripada tu ada juga yang jual makanan.
Dania geram tengok bag tag BT21 tu.
Ada juga tempat untuk memancing udang.
Besar jugak udangnya. Kalau dapat udang ni akan diletakkan di dalam bekas pink tu kemudian, udang yang berjaya dipancing akan dicucuk dengan lidi dan akan dibakar. Akan jadi makanan mereka yang berjaya memancingnya.
Ternampak rombongan pelajar Jepun.
Nak berjalan ni kena pakai kasut yang selesa.
Deretan kedai makan sepanjang jalan di sini tapi tak halal ye. Tak nampak yang halal pula.
Orang Taiwan pakai motor skuter ni. Tak nampak lagi kat jalan motor besar atau motor kapcai. Cuma ada motor skuter. Pemandu Taiwan ikut peraturan jalan raya itu yang saya puji.
3. Taipei 101
Bergambar dengan group kami di hadapan pintu masuk Taipei 101.
Taipei 101 ni bangunan yang tertinggi di dunia pada tahun 2004 - 2010 sehinggalah Burj Khalifa di Dubai selesai dibina. Maka, bangunan tertinggi di dunia bertukar tangan. Kalau nak naik bangunan ni bukan untuk mereka yang lemah semangat atau ada penyakit jantung ye kerana apa? Lif dari tingkat 5 - 89 adalah selama 37 saat. Amazing!. Tak sempat nak nyanyi habis lagu dah tiba dah. 😃😃😃. Bangunan ini juga dibina untuk tahan daripada gempa bumi. Taiwan juga negara yang mempunyai bencana alam seperti gempa bumi dan angin taufan. Nak tahu lebih lanjut boleh google.
Cantik bangunannya.
Pergi bulan 12 ni, sepanjang jalan di hadapan 101 Taipei ada lampu-lampu untuk menyambut kedatangan krismas.
Ok ni shopping complex yang attached dengan 101 Taipei. Macam KLCC rasanya. Tengok tu outlet berlian terkenal di dunia pun ada iaitu De Beers.
Jalan jalan pusing pusing sebab dah tiba sini.
Ok ni kat luar Taipei 101.
Suka betul dengan pondok Harry Winston ni.
Sepanjang jalan. Masa jalan-jalan kat sini boleh pulak terserempak dengan 2 sekawan dan salah seorang bawa beg plastik Line Friends. Apa lagi excited saya tanya beli kat mana. 😍😍😍
Cantik kan?. Saya yang ajak hubby ke sini sebab cantik sangat lampu-lampu ni.
Pokok krismas berwarna putih dengan hiasan pine cones yang berwarna coklat tu.
Ni lagi satu yang saya nak ambik gambar sangat. Nampak masa bas lalu kawasan ni.
Breeze ni banyak kat Taiwan. Bukan untuk mencuci pakaian tetapi shopping mall. 😜😜😜
Ambik kesempatan ambik gambar sepanjang kami berjalan ni haa....sesambil tu tanya ada seorang student agaknya nak tahu Line Friends Store kat mana. Nasib baik dia boleh berbahasa inggeris dan akhirnya dia kata "Welcome to Taiwan". Terima kasih adik....
Kebersihan kat bandar Taiwan ni mengagumkan. Saya ingatkan Taiwan ni bandar dia tak bersih macam kat Bejing rupanya tekaan saya meleset. Bandar sini sangat la bersih. Kalau kat Beijing tu penduduk sering meludah kat jalan-jalan. Kat Taiwan ni tak nampak pulak insiden meludah ni. Pemandu kat Beijing pula sering bunyikan hon dan tak berapa nak ikut peraturan jalan raya tapi tu tahun 2009. Mungkin sekarang dah berubah.
Kebersihan kat bandar Taiwan ni mengagumkan. Saya ingatkan Taiwan ni bandar dia tak bersih macam kat Bejing rupanya tekaan saya meleset. Bandar sini sangat la bersih. Kalau kat Beijing tu penduduk sering meludah kat jalan-jalan. Kat Taiwan ni tak nampak pulak insiden meludah ni. Pemandu kat Beijing pula sering bunyikan hon dan tak berapa nak ikut peraturan jalan raya tapi tu tahun 2009. Mungkin sekarang dah berubah.
4. Line Friends Store di Shin Kong Mitsukoshi Xinyi Place A11 Mall
Kalau tengok maps, dari tempat kami kena berkumpul kat Taipei 101 ke sini lebih kurang 1 km. Fuh 1 km tu. Pulak tu nak kena cepat-cepat sebab masa diperuntukkan tak lama.
Tanya information counter pun boleh berbahasa inggeris jadi mudah la nak cari Line Friends Store ni. Tu dia dah nampak dah.
Pilih pilih tapi kena cepat eh Dania....
Halwa telinga dihidangkan dengan lagu Fire, BTS. Habis lagu BTS, lagu drama Goblin pula....Dania kata Line Friends ni dari Korea.
T shirt pun ada. Dania dok cari barangan BT21 spesifik yang ni
Credit : google
sebab BT21 ni kartun kumpulan BTS. Rabbit ni mewakili Cooky = Jung Kook.
Semua ni barangan BT21. Ada karakter lain juga tapi kalau BT21 ni memang kumpulan BTS.
Jadi, inilah hasilnya. Belajar rajin-rajin Dania ye?. Key chain Cooky yang comel.
Time to balik.....sempat ambik gambar bangunan cantik sepanjang jalan.
Ok....jauh lagi nak menapak balik. Landmark bangunan Taipei 101 lah.
Orang Taiwan ni menyukai anjing. 2 ekor anjing comel ikut tuan dia jalan-jalan waktu malam.
Ok dah nak tiba dah ni. Hiasan sini sangat cantik dan magikal kan?
Bola hiasan yang cantik.
Bergambar jap kat patung pegang beg shopping ni.
Arca apakah ini?.
Dalam jam 8 malam tibalah kami kat hotel. Ada 3 katil single. Selesa la untuk kami tiga beranak. Oh ye hotel kami namanya Golden Age.
Ada meja solek dan TV flat screen 4K.
TV canggih sebab 4K. Wifi dalam bilik pun sangat laju.
Ada almari tapi hanya 2 je hanger. Nasib baik bawa dari rumah 6 hanger.
Tandas pula memang luas.
Ok entry hari pertama dah selesai. Berjumpa lagi hari kedua di Taiwan....
daa....
alhamdulillah, dapat baca journey travel orang pun dah ok, hehe. tumpang gembira ^_^
BalasPadamWahh bestnya travel. Seronok kan dapat jejalan kat tempat orang. Dapat shopping lagi la seronok. Hehehe ..
BalasPadamTeruja betul tengok gambar² . Suasanan malam cantik sangat, ada rezeki teringin gak nak tengok tempat orang. Kena menabung lebih sikit sebab nak angkut semua hero². Tak sampai hati nak pegi berdua je pulak. Sesekali plan family trip best gak kan
BalasPadamBestnye! pegi Taiwan. Rindu sini. Hotel besar and Shinlin Market memang best kat situ. Tak sabar tunggu travelogue seterusnye. :)
BalasPadamWow macam best nyaaa Taiwan! Nanti kalau nak pergi senang la refer kat post yang ni! :)
BalasPadamBestnya akak g jalan Taiwan. Byk nya tempat menarik nak g melawat.. aiskrim dlm MAS tu pon nampak sedap..huhu
BalasPadamSeronok tengok sis rajin travel. Entri travel ni pon details. Nak tahu bab makanan pulak.hehe. Aduh seriau dengar naik lift tak sampai 1minit ni.
BalasPadamBestnya dapat pergi Taiwan kita pun tak sempat lagi nak pergi sana seronoknya pergi pulak tu ramai-ramai hurmmm teringinnya nak sampai antara lokasi travel list tahun depan Insha Allah... Makan sana ada yang Halal kan...
BalasPadamMcm best je gerak travel dalam group. Nanti ada lagi roger3 la boleh join
BalasPadambestnya pergi taiwan.. menarik betul siap boleh pancing udang hidup lagi. lepas tu balik goreng celup tepung. teringin nak pergi taiwan
BalasPadamWahhhh travel Taiwan. Kita sekeluaraga belum berpeluang lagi pergi Taiwan. Suasana sana waktu malam pun cantik. Kalau berpeluang boleh lah angkut semua pergi sana nikmati keindahan negara luar
BalasPadamtaiwan. menarik nyer, ezna.
BalasPadamkerap tgk taiwan ni kat tv. rancangan mira filzah :)
aida lom jejak taiwan lagi.
a great holiday di tempat yg ohsem. suasana terbaik. menarik!
Seeonoknya tengok u pergi bercuti.ke taiwan... naik mas airlines mmg selesa kan..suka juga dengan tempat penginapan..sebab besar dan cantik
BalasPadamUish seronoknya dania teenager dah ke sana sini auntie pun belum jejak lagi Taiwan.. nampak menarik betul tempat ni .. banyak tempat nak di explore...aiskrim coklat Dan vanilla uish sedapnya
BalasPadamwahhh syoknya dah sampai ke Taiwan.. macxam mana cuaca kat sana ye? makanan halal senang tak cari? syok dapat melawat negara orang kan
BalasPadamseronok baca pengalaman orang travel. in shaa Allah doakan saya dapat ke sana juga nanti :)
BalasPadamok done reading
BalasPadamlampu2 bola tu uniknyaaa
u bwk hanger ezz? i travel tak pernah lg bwk hanger hahhahha
time balik kg time raya jer bwk hanger sbb tak cukup nak gantung bj2 raya lps iron..sebab smua pun balik kg serentak so berebut2 hanger kat kg ;)
Seronoknya...My Dania je tak berjalan ke mana- mana..kalau jalan pun dekat jer..mama tak sihat sangat kan..so bertabah la dia tak berjalan ke mana- mana...
BalasPadamThanks for sharing I'll be visiting Taiwan next year this will be useful for me and friends.
BalasPadambest juga Taiwan ni rupanya. ramai dah yang dah pergi, saya tengok pun rasa teruja.
BalasPadam