Isnin, Disember 16

Salam Taiwan Day 3

Wahhh dah nak masuk Day 3 dah. Kejap je masa berlalu.

Lepas breakfast, kami semua menuju ke :

1. Shifen Waterfall

Cantik betul permandangan kat air terjun ni tapi apakan daya tak dapat nak explore jalan jauh sikit kat sini sebab hujan. Mula-mula pakai baju hujan yang memang bawak dari Malaysia. Nampak kuda ni ambik gambar sebab banyak pulak patung kuda kat sini. 


Sebelah sana tu kawasan air terjun. 


Nampak tenang je kat sini kan?. Kat hujung tu la air ni jatuh.  


Wahhhh pokok maple.....


Air terjun belah sini. 


Ni bahagian batuan berdekatan air terjun. 


Ada tempat untuk melihat keindahan air terjun secara dekat. Nak ambik gambar kena tunggu giliran kalau tak nak ada orang area sini. 


 Cantik sebenarnya permandangan kat sini. 


Tak habis lagi dengan pokok maple ni sebab feeling ala-ala dalam drama Goblin....adehhh tak boleh move on. 


 Ni pokok maple yang rendah sikit. Tadi tu tinggi sikit. 

  
Ni lah titi yang kita kena lalui kalau nak tengok air terjun. Titi ni bergoyang bila lalu. Saya agak gayat di situ tapi kurang la tahap gayat sebab goyang tu takde lah kuat sangat dan pemijak kaki kat titi ni pun rapat-rapat tak nampak bawah. Kalau nampak bawah tak sure la saya berjaya lalu titi ni ke tak 😂😂😂



Kawasan ni pun lawa jugak. Sikit ajer saya ambik gambar kat sini sebab hujan kan....mood nak bergambar pun kurang. Dengan kena pakai payung bagai lagi. 


Maple leaf lagi. Kali ni saya ambik warna kemerah-merahan. Bukan petik pada pokok...saya ambik daun yang jatuh kat tanah. 


2. Shifen Old Street

Kat kawasan ni pengunjung boleh menerbangkan tanglung. Tanglung ni kena beli dulu kemudian kita tulis kata-kata kat tanglung ni. Kat dalam tanglung tu dinyalakan api kemudiannya akan dilepaskan ke udara. Macam konsep belon udara panas tu la. 

Sebelum tiba sini dah nampak tanglung kat udara. Kalau hujan lebat sangat, tour guide kata mungkin takde tanglung dilepaskan. 


Masa ni pun hujan tak berhenti lagi. Tak nampak pula rintik hujan dalam gambar ni. Haaa group ni bergambar dulu dengan tanglung mereka. Wahhh banyak kata-kata kat tanglung ni ye?

Citer goblin pun ada lepaskan tanglung kan?. 


Ambik gambar dengan berpayung la ye.....nak ambik gambar tanglung kat belakang tu yang baru dilepaskan. Tukang ambik gambar jerit sikit kata bersedia nak ambik gambar....


Kanan dan kiri ni ada kedai-kedai menjual cenderamata, makanan dan lain-lain. Uniknya kalau nak pergi kedai kanan dan kiri ni kena lalu landasan keretapi. Memang keretapi masih lalu kat sini ye?. Keretapi akan lalu kawasan ni setiap 30 minit. 


Lori Ta-q-bin Taiwan.  


   Pening ni nak pergi kat hubby ke anak ke?. Sesekali drama pulak kat landasan keretapi eh...


Seterusnya kami semua pergi makan kat restoran makanan halal. Nama restoran terlupa la pulak. 


4. Taiwan Cultural and Creative Arts Center 


Apa yang ada kat sini ye?. Kat sini ada jual jade dan jaedite. Tau tak jaedite tu apa? Jaedite tu jade tapi jade yang takde related pun dengan Jedi. Ok ni serius Jaedite ni sejenis batu jade yang lebih kuat daripada jade. 


Batu jaedite ni boleh dibentuk macam bentuk-bentuk kat bawah. Kalau perasan batu jade biasa tu selalunya bentuk bulat. Jade lebih rapuh dan mudah pecah kalau dibentuk berbanding Jaedite. 


Inilah ukiran jaedite berbentuk kobis terbesar di dunia. 


Saya takde beli apa-apa pun kat sini. 😅😅😅

5. Tamsui Old Street

Kali ni kami ke tempat membeli belah sebelah sungai yang besar. Mula-mula tak perasan pun tempat ni dekat sungai sehinggalah kami explore sikit kawasan ni. 

Dah namanya Taiwan memang terkenal dengan boba tea jadinya kat sini ada jual banyak boba. 


Saje nak ambik gambar beg tergantung kat atas tu. Ada sesiapa berani pakai beg ni?. 


Masa jalan jalan ternampak kedai Adnan ni. 


Sepanjang hari ketiga kami kat Taiwan ni hujan tak berhenti. Hujannya tak lebat tapi sederhana dari pagi sampai malam. 


Merah-merah tu candy. 


Tiger Sugar ni pun ada kat Malaysia. 


Nampak ada lorong kecik kat sini jadi kami pun melalui kawasan ni. 


Ingatkan laut tapi bila baca kat signboard rupanya river. Besar juga river ni. Bergambar la Dania dengan arca hmmm hmmm orangkah?. Mungkin tengah bersenam. Payung yang beli kat Shifen waterfall ni la banyak berjasa. Dah kena berpayung je sebab hujan. 


Sesekali tak pakai payung....nak ambik gambar kat sini. Kat sini jam 5 petang dah macam kita pukul 7 malam. Malam cepat musim winter kat Taiwan ni. 


Suka betul ornament besar untuk pokok krismas ni. 

 
Ada disediakan basikal kalau nak sewa. 


6. Ali Baba's Indian Kitchen

No. 56, , Section 2, Nanjing East Road, Zhongshan District, Taipei City, Taiwan 10491

Makan malam kami di sini.


DSLR saya tiba-tiba berwap pula. Gambar nampak berkabus la pulak. 


Ni sup tomato. Manis rasanya. Saya tak berapa suka sangat. 


Dania dengan Umar anak owner. Owner dia yang perempuan orang Taiwan. Suami dia ada mix Taiwan dan Pakistan jadi muka Umar ni banyak mix. Nampak Umar tengah buat kerja sekolah masa kami makan kat sini. 


Ni makanan kami pada hari ini dan tak dilupakan roti nan. Jangan sangka ada disertakan dengan ayam tandoori ye?. Makan roti saje. Terpulang nak cicah dengan gulai yang diberi dengan nasi. 


Menu makanan yang dihidangkan di Ali Baba's Indian Kitchen. 


Ambik Muslim package ni dah tak payah risau makanan halal dah. Memang kami akan dibawa makan ke restaurant makanan halal. 

Malam...barulah kami semua berjumpa dengan bilik kami....😊😊😊. Maknanya baru balik hotel lah. 

25 ulasan:

  1. Kalau berjalan memang seharian la kan..malam baru jumpa bilik...SA baru settle tengok citer Goblin...best giler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang tayang balik kat Astro hari Isnin malam....tu la SA best citer tu....

      Padam
  2. wahhh nice nya taiwan! ramai dah kawan kawan pergi niii. nisa je belum berkesempatan. inshaAllah ada rezeki ke sana, boleh jadi kan blogpost ni as guideline.

    BalasPadam
  3. bestnya dapat berjalan kat Taiwan. menarik tempat dia. cerita taiwan sukalah tengok hehe

    BalasPadam
  4. Memang tengah musim hujan yer waktu ni..?mesti syok jalan merata bila cuaca sejuk..

    Wahh..selama ni tgok dlm TV je daun maple.bila dpt pegang,mcm best je

    Mmg kalau tmpt yg ada view menarik,kena tunggu dgn sabar utk snap pict tanpa gangguan entiti lain.haha

    BalasPadam
  5. Syoknya berjalan ke Taiwan musim cuti sekolah ni. Emi sendiri tak pernah sampai ke Taiwan lagi setakat ni.

    BalasPadam
  6. Wow. Jadual dia penuh dan lengkap. Tetap redah walau hujan kan.
    Take care ye sebab hujan2 kang demam pula.

    BalasPadam
  7. Seronok la dia dpat jalan jalan Taiwan. Macam macam tempat boleh pergi kat sana. Gambar pon cantik2

    BalasPadam
  8. Babe, how did you go to Shifen waterfall? I know it's a distance from the main area. Or you follow tour jer?

    BalasPadam
  9. Sekarang memang Taiwan dah giat promosi melancon ke sana kat Malaysia kan. Ok jugak ye entri ni straight to the place yang di lawat dan cerita. Mudah sikit. Kadangkala sangat penat nak tulis entri travel. Untk jed tu pelik pula dia buat bentuk kobis. Hehehe. Apapun Taiwan macam best jeeer.

    BalasPadam
  10. Teringin nak tengok pokok maple secara dekat.. kayu dia.. kalau guna untuk pangang steak / ayam.. perghhh harumannya memang membuka selera juga..

    Sorry sembang pasal makanan pula dekat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tau kayu pokok maple ni kalau panggang steak bau sedap.

      Padam
  11. Tak pernah lagi ke Taiwan, harap satu hari dapat juga le ke sana. Seronok tengok tempat orang ni. Tapi tak syiok kalau gi mana2 musim hujan kan..leceh

    BalasPadam
  12. Kira musim winter dorg agak berhujan jugak ya Kak Ezna ? Sebab mcm kerap hujan pulak. Bestnya jelajah Taiwan. Sy rasa Taiwan nie kalau x pergi dengan agen, mesti susah nak cari lokasi makanan halal unless betul2 buat research sebelum dtg sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya musim winter Taiwan ni banyak hujan turun. Kawasan bersalji kat gunung2 ajer. Betul....lokasi makanan halal kalau pergi ngan agen senang sebab kat sini berapa percent je beragama Islam. Ada tu ada tapi bukan majoriti.

      Padam
  13. Bestnye travel sampai ke Taiwan.. Tak sangka dekat Taiwan ada banyak tempat menarik nak2 ada view air terjun yang cantik. Kalau tak ujan rasanya dah banyak pic sis share nie kan..

    BalasPadam
  14. Taiwan ni communicate guna english ke? Ke chinese? Tgk sis post tempat2 dia cantik. Lagi2 flora fauna dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa Mandarin. Sis pegi dengan agen yang communicate in English. Tempat dia ada yang cantik2 juga. Sis pun baru pertama kali pergi.

      Padam
  15. Canteknya ezz tempat ni. Suka i tengok..terus rasa nak pergi bercuri di taiwan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat dia ikutkan ada yg cantik lagi tapi i tak pergi. Ni cover area Taipei ajer. Bandar dia bersih ayu....

      Padam
  16. wow. kalu la tak hujan, confirm double best kan.
    cantik. indah. memang saujana mata memandang.
    no wonder lah taiwan giat menjalankan promosi pelancongan ke sana ye :)
    memang ohsem lah.

    BalasPadam
  17. Cantiknya taiwan! Teringin nak pergi tapi belum ada rezeki lagi. Tetiba rasa nk pergi bercuti jugak. Dlm malaysia pun ok je tp skarang tgh musim hujan mcm xsesuai je nk melancong.

    BalasPadam
  18. seronoknya ke taiwan. memang teringin nak ke sana jugak lepas tau tentang taipei 101 tu. in shaa Allah doakan saya dapat ke sana.

    BalasPadam
  19. Waa, seronoknya dapat ke Taiwan. It's been years nak pergi ke sana, but right now nak save up more money and then baru boleh ke sana. Nak try their food and experience their culture. Cantiknya Taiwan!

    BalasPadam
  20. wahh cantiknya pemandangan....air terjun...walaupun hujan dapat juga berjalan2 yaaa...mesti seronok menjelajah negara orang..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Cendol famous di Melaka?

Bila dah tiba di Melaka ni, jom la kita makan cendol terkenal kat Melaka ni.  Kami parking kat sini kebetulan ada yang keluar parking. Rezek...