Ahad, November 24

Masjid Sri Sendayan bagai berada di dalam hikayat 1001 malam

Sebelum ni hubby ada pergi masjid ni dengan geng2 motor. Nak2 ada  dua orang kawan hubby baru beli motor besar jadi nak test la power. Perjalanan dari Putrajaya ke Sendayan, Negeri Sembilan berbaloi bila dapat mengabadikan potret di hadapan Masjid Sri Sendayan yang tersergam indah. Ni gambar hubby saya whatsapp la. 


Jadi, disebabkan hubby dah pernah pergi dengan kawan2, hubby kata nak bawa Dania dan saya pla ke sini, maka kami berpandukan maps datang ke sini tapi maps tu macam tak boleh pakai dok pusing2 kat satu surau tu. Akhirnya letak Bandar Sri Sendayan kemudian baru la ternampak tersergam indah Masjid Sri Sendayan. Masjid ni terletak tepi jalan ajer jadi boleh nampak la.

Terpegun dengan keindahannya. Ni dalam masjid tempat wanita yang sempat saya snap lepas solat maghrib. 


Ni bumbung masjid. Ada perincian negara Arab di bahagian sini. 


Kami menuruni tangga masjid kat sini tapi punyalah tinggi. Ada lif disediakan untuk mereka yang kurang upaya. Saya dan Dania memilih tangga tapi bila tiba bahagian wanita tu termengah la juga. 


Masa kami pergi tu hujan jadi gambar tak berapa nak clear. Ramai pula jemaah masa ni. Ada 2 menara jam dari sini. Menara jam belah kanan dilindung pokok.


Ni bahagian dalam masjid melepasi menara jam. Ramai yang mengabadikan potret kat sini. 


Berbaloi juga perjalanan yang ditempuh ke Masjid Sri Sendayan ni. Dapat pula bersolat kat sini. Memang cantik sangat. Kalau nak makan malam, ada je deretan kedai bersebelahan masjid ni. 

Siapa dah pernah sampai? ✋✋✋

1 ulasan:

  1. cantiknyaaa masjid. seronok orang2 sana nak solat.
    selesaaa dan insyallah semua khusyuk =D

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Permulaan semester baru 2024/2025

Alhamdulilah. Semalam merupakan hari pertama semester baru di UPM. Tengah malam tadi disebabkan Dania tukar program jadinya baru la dibuka s...