Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, December 12

Salam Taiwan Day 2

Nak kena get ready untuk naik bas pukul 8 pagi jadi jam 7 pagi baru breakfast siap kami pun breakfast dulu. Tempat breakfast ni tak la besar sangat. Suka breakfast awal sikit supaya takde la sesak sangat nak makan. 


Nak makan kena tengok sikit. Kalau ada telur goreng atau rebus memang saya makan. 


Roti dengan butter. 


Ni kedai sekitar hotel. Masa ni tengah tunggu bas. 


Ok ni dalam bas. Di kejauhan nampak bangunan Taipei 101. 


Lokasi kami yang pertama :

1. Houtong Cat Village

Kenapa ia dipanggil cat village?....ini kerana di sini terdapatnya banyak kucing terbiar tetapi diberi makan oleh peminat kucing / aktivis kucing. Dahulunya perkampungan kecil ini kaya dengan hasil bumi arang batu ketika zaman pemerintahan Jepun tetapi disebabkan arang batu tiada lagi nilai, ramai yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. 

Ni gambar tour guide Taiwan bernama Black Huang yang pandai juga cakap bahasa kita sikit-sikit dan ayah Hakim. Ada gambar Hakim dengan Dania dalam post hari pertama. 


Gambar bertiga.


Kat sini pun dah nampak kucing merayau-rayau. Dania pantang nampak kucing. 


Ni lah salah satu tempat yang Dania teruja nak pergi kat Taiwan. 
Cat Village sebelah sana ye....


Berdekatan dengan Cat Village ada kedai yang bertemakan kucing. Tak tau la kedai ni jual apa. 

Kartun kucing sana sini. Ni depan 7 Eleven ni. 


Jambatan menghubungkan perkampungan kucing ni diperbuat daripada kayu. 


Ok dah tiba....


Siapa yang boleh translate?...


Kucing kat sini memang gemuk-gemuk. Memang cukup makan @ terlebih makan?  


Siapa yang pernah ke Turki?
Badan kucing kat Taiwan ni mirip kat Turki. Mungkin juga sebab cuaca sejuk, kena banyak lemak kat badan. 


Kedai-kedai pun banyak elemen kucing. Kucing pun bebas masuk ke dalam kedai. 


Bawah ni group kami yang sangat sporting. 



Dah snap gambar kat Cat Village, kita balik melalui jambatan kayu ni lagi. 
Ada bekas makanan kucing disediakan. 


Ni dekat stesyen keretapi. Macam LRT kat negara kita la. 


Ada juga rumah kucing kat stesyen keretapi ni. Kucing ni kemain garang. Hubby dok main-main dengan dia.


Lengang je stesyen ni. 


Hiasan kucing lagi.


Keretapi berhenti di stesyen Ruifang. Satu stesyen je dari Houtong. 


Tempat seterusnya di...

2. Jiufen

Jiufen ni perkampungan di gunung. Boleh dikatakan ketinggian macam Cameron Highland. Dulunya perkampungan sini terkenal dengan perlombongan emas. Dari kejauhan boleh nampak lautan pasifik. Jom tengok apa yang menarik kat sini. 


Atas ni ada tempat untuk membeli belah. Seperti biasa akan ada tempat menjual cenderamata, makanan, minuman dan lain-lain lagi. Tanglung sepanjang kedai di sini. 


Tanglung kecik ni saya ada beli buat kenang-kenangan. 


Ni pula kedai yang menjual barangan kulit. Ada seekor anjing yang comel dan pandai pose depan camera. Saya setakat kat sini je sebab takut. Ada seorang ni siap ambik gambar anjing ni dekat-dekat. Anjing ni tak buat apa. Tengok kanan kiri je. Wahhh dah biasa dengan attention agaknya...😃😃😃. Dania kata pandai pose la anjing ni. 


Ukiran porcelin pun ada. 


Kita ambik gambar awak, awak ambik gambar kita. Hishhh time nak ambik gambar la ada orang keluar kat pintu belakang kami tu. 😅😅😅. Siapa lagi boleh diharapkan ambik gambar?. Kena minta tolong group kita la. Pastu ada insiden seekor anjing nak lalu depan saya dan Dania, anjing tu pun nampak serba salah nak pergi mana. Saya memang takut anjing sebab ada kisah lampau kena kejar dek anjing dengan pakai baju Mc'Donalds. Notty betul anjing tu menyebabkan saya fobia sampai sekarang. 


Ni kat 7-11 kot. Ada susu Frozen. 7-11 ni terlalu banyak kat Taiwan sampaikan selang beberapa kedai je ada satu 7-11. Berlawan pulak tu dengan Family Mart. 


Taiwan dekat dah dengan Seoul. 


Ini Gunung Keelung tak silap saya. Ada jalan untuk hiking kat sini. Sayup-sayup nampak ada orang hiking tapi tak nampak la kat sini. Dania kata orang tua-tua yang mendaki tu. Respect la, saya ni pun termengah-mengah panjat bukit kat Jiufen ni. Oh ye Jiufen ni geografinya kawasan berbukit. 


Selepas ke Jiufen, berkeroncong pulak perut jadi destinasi seterusnya makan tengahari. 

3. Hui Guan

No. 9, Alley 51, Lane 12, Section 3, Bade Road, Songshan District, Taipei City, Taiwan



Inilah lauk pauk yang disediakan. Satu meja lapan orang. Saya dan Dania terpisah dengan suami saya. Saya dan Dania join la geng lain makan kat sini. 


Ini macam masakan kari ayam. 


Warna kedai ni kuning terang. Makanan yang disediakan makanan cina Ningxia. Pemiliknya seorang muslim berasal dari Ningxia, China. 


Lepas makan kita ke :

4. Taipei Grand Mosque 


Kami semua bersolat di masjid ini. Masa nak ambil wuduk tu, fuhhhh sejuknya air. 


Selesai solat moh la kita ke :

5. Taipei Main Station 

Macam tempat kita tu KL Sentral la. Ada MRT, ERL, Komuter, LRT. Kat sini pula ada High Speed Rail, MRT (Taipei Metro) dan keretapi. Tempatnya sangat la luas dengan berbumbung tinggi. 


Haaa tengok hiasan krimas keretapi ni punyalah besar dan tinggi compare dengan Dania.


Taiwan dah makin mesra muslim sebab kat Taipei Main Station ni dah ada Muslim Friendly Toilet. Kalau Muslim Friendly Toilet ni maknanya ada paip air la. Selalunya tandas di Taiwan ni mana ada paip air. Kita kena bawa botol kosong la kan nak cebuk. 


Besar Taipei Main Station ni. Tak muat nak masuk frame. 


Bas sepanjang di Taiwan ni 2 tingkat. Tingkat bawah hanya untuk letak beg. Kami semua kat tingkat atas. 


Kalau ikut tour ni memang dah ditentukan tempat mana yang kita akan melawat jadi ikut je la jadualnya. Kali ni....

6. Ximending Shopping District (Sebutannya Shi Men Ting) 

Kat sini kalau yang dah pernah pergi Myeongdong di Korea Selatan, Ximending ni lebih kurang sama bagi saya. 

Ni tour guide nak tunjuk peria kat Taiwan yang berwarna putih. Peria kita berwarna hijau. 


Lepas tu kita dah boleh start jalan sendiri. Ni yang first Dania nak beli. Stokin.....stokin ni made in Korea. 


Kiri kanan tempat shopping. 


Ingatkan kat Malaysia ni ramai yang beratur nak minum Xing Fu Tang, rupanya kat Taiwan ni pun panjang barisannya tapi ada yang bagitau saya line beratur nak bayar tu panjang tapi nak dapatkan boba tea tu sekejap je. Untuk rekod, Xing Fu Tang berasal dari Taiwan ye...


Jom masuk Miniso. Haishhh kat Malaysia pun selalu window shopping kedai ni. Kat Taiwan pun sama. 


Uniknya kat tingkat atas Miniso ni hanya barangan Marvel sahaja. 


Friendly betul sales girl Miniso ni bila tengok saya ambik gambar Dania, dia tawarkan pertolongan nak tolong ambikkan gambar Dania dan saya. Well...kat Taiwan ni agak friendly juga penduduk kat sini. Kalau kat Beijing, bila kita tanya itu ini dalam kedai...kalau tak beli mula la sales girl ke sales man ke buat muka masam. 


Marvel lagi...


Cantik jalan ni. Nak tunggu jalan kosong takde orang agak mustahil. Tangkap je la gambar macam ni nak buat kenangan. 


H&M bertingkek tingkek. 


Dania kata ABC Mart ni tempat ayah Dania beli stokin masa kat Korea. Bila google, ABC Mart ni hanya ada di Jepun, Korea dan Taiwan. 


Saya perasan Cherry Grandfather ni kemain banyak pulak kedainya kat Taiwan ni. Entah apa dijualnya. 


Ada tulisan Thai kat peria ni. Ada ahli group cakap kalau hantar gambar ni kat family mesti dia habaq kita ni pergi kat Padang Besaq ja bukan kat Taiwan. 


7. Chang's Beef Noodle Soup
No. 21, Yanping South Road, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan

Tak sah kalau datang Taiwan, tak cuba makan kat sini sebab perniagaan ni dah diwarisi 70 tahun lamanya. Generasi keberapa dah ni tak tau la.
 

Apa yang menarik kat sini ialah mee daging yang sedap ni. Dagingnya tak tau lah nak kata apa...lembut elok. 


Haa tengok ni Certified Halal Food. 


Dania bersama owner Chang's Beef Noodle Soup, Mosa. Ada orang tanya kenapa saya tak bergambar sekali?. Ada pulak yang jawab tu...karang abang dok kerlin...😆😆😆. Group kali ni ramai dari utara. 


Kalau nak tau macamana rasa Mee daging kat Chang's Beef Noodle Soup ni, boleh try kat Mee Hiris, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi (belakang restoran hassan ayam kampung). Order mee hiris daging. Rasanya saling tak tumpah dengan kat Taiwan ni. Kalau Salam Noodle, kuah dia rasa lain sikit. 

Akhirnya trip hari kedua dah selesai, tunggu sambungan trip hari ketiga pulak. 💪💪💪
Daa.....

38 comments:

  1. Best best. Taiwan one of my wishlist sbb katanya child friendly. Bila travel jauh ni, fikir nak anak selesa je.

    ReplyDelete
  2. Seronok nya jalan2 aiwan. Byk tempat menarik kat sana boleh teroka sama2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye rupanya banyak juga tempat menarik. Sis je baru pertama kali kat sini. Bandar dia bersih.

      Delete
  3. Thats a lot of cats and Taiwain seems so fun! Would love to be there one day. Great share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should explore Huotong Cat Village if you are a cat lover...

      Delete
  4. banyak juga tarikan di taiwan ni ye. ada tengok iklan mira filzah tu tapi belum terasa nak pergi (sebab tak study tempat dia kot so tak tahu apa yang best). boleh rujuk blog awak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je rujuk sini....sis ke sini sebab time ni tak nak pergi jauh2. Tiba2 ternampak promo ke Taiwan.

      Delete
  5. Banyaknya tempat boleh melawat di taiwan. Kalau sebelum ni tak terfikir nak pergi taiwan, baca entri kak ezna buatkan saya masukkan taiwan dalam travel wishlist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taiwan ni sis tahu sebab nampak Mira Filzah promote.

      Delete
  6. so cute the cat...so amny attraction in Taiwan..wish to visit soon one day!i wan to try all the night market food...

    ReplyDelete
  7. Bella memang dah suka kucing memang seronok sangat lah kalau ke Cat Village. Besau2 kucingnye ye, cukup makan dan kene gemok sebab sejuk kan. Menarik juga Taiwan ni sebagai destinasi melancong ye. InsyaAllah ada rezeki nak ke sini nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taiwan ni ingat biasa je kan rupanya banyak juga tempat menarik. Sis pun pertama kali juga ke sini.

      Delete
  8. Bestnya kak ezna dah sampai Taiwan. Seronok la cat village tu. Semuanya pasal kucing ye. Satu lagi, peria tu. Mujurla akak bagitau tu peria. Eeee bestnya semua tempat yang kak ezna pergi ni. Moga ada rezeki kami sekeluarga ke sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing sana sini sinun lagi haa....Peria kat Taiwan unik berwarna putih.

      Delete
  9. Pergi tempat org ni apa yg best, kita dapat kenal budaya dan mencuba makanan lokal.mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....i paling teruja makan masakan dia sebab i suka makanan cina.

      Delete
  10. assalamualaikum! nice sharing sis. saya belum pernah lagi ke oversea. masih cuba menghabiskan cuti-cuti di malaysia. tapi tahun depan kami bakal ke tanah suci. doakan kami ya

    ReplyDelete
  11. Bestnya gi Taiwan... Akak pi dengan pakej kan.. Kalau Taiwan ni mesra stroller tak kak? Maklum lah anak kecik suka duk dalam stroller

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat jalan-jalan, kita tahun ni melepak je le kat rumah. Ni pun tengah sakit ni so akhir tahun pun kat rumah je lah..sedih. Best tak Taiwan? Tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la sis. Banyak juga tempat menarik kat sini. Ada juga tempat menarik yang tak cover masa trip ni.

      Delete
  13. Wah. Betul2 berjalan jelajah taiwan ni. Sampai ke malam iternari nya.

    ReplyDelete
  14. Geramnya kat kucing-kucing tu.. comel betul, gemok kalau anak saya azriel tgk ni mst die suka amat ni

    ReplyDelete
  15. wahhhh bestnya dapat pergi ke taipei taiwan.. wawa teringin nak travel tapi xdpt sbb husband susah nak dpt cuti.... seronok tgk tmpt ni banyak sgt kucing.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband pun payah nak cuti juga sebab based on project. Time tak busy tu boleh la apply cuti.

      Delete
  16. Menarik.
    Tak sabar nak baca part 3.
    Ada area for kucing. Nice. Gegemok plak tu! ha ha ha...

    ReplyDelete
  17. Ada lagi ye tempat kucing tu..comel semua..banyak kucingnya..ala anjing duk kejar..hehee..nasib takde ape..bestya pusing2 taiwan..nad tak pergi mana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kucing kat sini. Gemuk2 pulak tu sebab cukup makan.

      Delete
  18. suka baca ur entry sbb sgt detail hehhe
    yg paling best part mee daging tu! my fav!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I kalau cerita ni tak tau I nak buang yang mana you....haha tu yg panjang meleret-leret tu.

      Delete
  19. Terliur plak baca part mee daging tu..eh..Ezna..Peria putih tu depa jual kat situ just peria je ke atau dia buat makanan?

    ReplyDelete