Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, October 31

Bercuti selepas PT3 2019

Weekend habis PT3 tu ikutkan nak ke Cherating tapi di saat akhir pergilah kami ke Genting pulak. Ni semua sebab saya terasa tak nak ke Cherating. Malas nak jauh2 tapi nak pergi dekat ajer. Ok jadi siap-siap booking hotel dekat Genting beberapa hari sebelum nak bercuti ke sini. Nasib baik ada kosong tapi kebanyakkan bilik dah penuh. Masa saya tengok tu ada bilik berharga RM1400++. Of course la tak ambil yang tu. Saya masuk kat website Resort World Genting. Ada je hotel lain seperti Swiss Garden dan Grand Ion Delemen. Tu kena pergi kat website dia. 

Kami dapt bilik ni kat Awana Genting Highlands ni. Bilik ni macam sesuai untuk 4 orang. Nama bilik ni Awana Superior Deluxe Room. 


Kat sini ada meja dengan 2 kerusi kot la nak minum2 teh dan kopi kat sini sambil tengok permandangan luar yang serba hijau.


Depan ni ada cermin dengan TV berskrin nipis. 


Selesa juga la bilik ni memang sesuai untuk keluarga saya. 


Pakej bilik yang saya pilih ni sekali dengan breakfast dan preview pass untuk main dekat Skytropolis Indoor Theme Park. Harga RM501. 
Tiba kat atas ni pun dalam pukul 11 lebih. Rehat dulu sebelum bawa kereta naik atas. Awana ni kat tengah jadi kena naik atas la kalau nak ke indoor theme park. Hotel kat atas ni dah fully booked. Sebelum ke Skytropolis singgah la isi perut dulu kat Jom Makan. Dapat la device macam ni bila order. Bila bergetar maknanya makanan yang kita order dah siap. 


Nasi ayam Dania. 


Kuay Tiaw goreng hubby. 


Nasi goreng petai saya punya. 


Bila perut dah isi barulah gerak ke Skytropolis. 


Sebelum tu kena redeem tiket dulu sebab pakej hotel sekali dah dengan tiket. Tunjuk je confirmation letter dalam email then terus la counter print ticket. Dania dan ayah dia je yang main. Saya tunggu je la sini. 

Ni game yang first Dania main dengan ayah dia. 


Permainan ni pun Dania main dengan ayah dia tapi simple je la just pusing-pusing je. 😆😆😆


Untung juga datang ke sini sebab theme park ni tak berapa ramai orang. Bila beratur tu samada boleh terus main atau beratur sekejap je dah boleh main. Sebelum ni pernah juga datang kat sini. Entah berapa lama beratur baru boleh main sebab orang ramai sangat. Kali ni tenang ajer. 


Berwarna-warni kat sini. Syurga kanak-kanak dan orang dewasa juga. 😀😀😀


Berani betul Dania nak main ni. Benda ni macam UFO akan berpusing-pusing. Alehnya hubby kata Dania tutup mata masa main ni...bila naik ke hujung tu yang buat gayat tu. 


Sementara itu, saya singgah ke kedai ni nak beli cotton candy. Tema halloween kedai ni sebab bulan 10 ni halloween. 


Ha tudia kemain besar cotton candy ni. 


Lepas puas main-main berjam lamanya....petang sikit tu solat dan makan malam pula. Surau tu kena turun escalator kat Skytropolis tu. Makan pula kat food court berdekatan dengan surau. Nak makan kat atas ni kurang-kurang seorang makan dalam RM20. Itu baru makan belum lagi air....jadi kena ada budget lebih sikit la kan...

Esok lepas check out ingat nak singgah Genting Premium Outlet. Tunggu la entry selepas ni....


2 comments:

  1. seronok jalan lepas exam.. lega xyah fikir apa.
    lama x naik sampai ke atas. ritu pun pegi outlet je..

    ReplyDelete
  2. rindu betul i kat genting.rasa berbulan tak turun sini...ingat cuti ni nak bawa anak2 ke sini lah hehehehe

    ReplyDelete