Isnin, Oktober 21

Peperiksaan PT3 2019 Part 2

Wah siap ada Part 2 lagi. Bukan apa ni cerita PT3 minggu kedua. Hari ni subjek Sains dan Pendidikan Islam. 

Seperti biasa akan ada cikgu tunggu. Anak-anak ini akan salam cikgu. Kalau ada cikgu Jalil ni mesti cikgu pesan, kamu jalan jangan tengok buku. Kamu masuk dewan exam kamu senyum je. 



Murid perempuan tak jalan lagi ni. Tangga lelaki dan perempuan pun diasingkan. 



Nampak ibu dan anak ni saling berpelukan. Ni kawan sekali AJK KSIB. Duduk jauh juga kat Nilai ulang alik kat sekolah kat Bandar Baru Bangi. 


Kawan baik Dania kat depan ni. 


Dania jalan menonong je. Sempat salam ayah. Itu pun malu-malu. Ayah datang tiap-tiap pagi untuk baca yassin kecuali ada 1 hari je tak datang. 


Ni la tugas saya kena distribute makanan untuk anak-anak PT3. Menu hari ni spaghetti dan seperti biasa air yassin akan diberikan. 




Tengah menunggu anak-anak PT3 turun untuk berehat. 



Seperti biasa saya tukang ambik gambar jadi gambar selalunya takde dalam ni. 



 Cikgu Jay tolong ambikkan gambar barulah ada gambar saya. 😃😃😃.

  
Murid-murid sibuk makan, aunty Ezna ambik gambar. Hehehe...



Ada yang memalu ambik gambar haa...


Sekolah yang tercinta.... 



Tengok kamera ni Ziyad. Sama kelas dengan dari Tingkatan 1. Comel bagi saya. 


Hari kelima pula subjek Sejarah. Masing-masing berjalan dengan bawa buku kat tangan. Pakai tudung labuh ni scorer ni. Najwa namanya. 



Dania pun bawa buku kat tangan tapi tak baca sebab katanya takut tak boleh concentrate berjalan. Takut terjatuh. Ayah tunggu ni haaa sebelum baca yassin. 



Ayah Dania bergambar dengan Cikgu Jalil. 


Tudung merah tu orang kuat PIBG dengan Ustazah Hanani yang sama-sama berdebar anak ambik exam.


Masa ni anak-anak PT3 tak turun lagi. 



Menu hari ni Spaghetti Bolognaise. Bau kemain wangi lagi. Buat lapar je tau...



Ni geng makan Dania ni. 


Hari yang terakhir PT3 subjek Bahasa Melayu 1 dan 2. Sepatutnya mula 30 September 2019 tetapi disebabkan penagguhan, subjek Bahasa Melayu mengakhiri PT3. 

Ni bergambar ramai-ramai. Ada yang bertugas secara sukarela tak masuk pun dalam ni. Ada ibu bawa kek nak makan ramai-ramai masa hari terakhir PT3.


Ok Dania dah jalan depan ummi.


Salam ayah dulu. Dania dah siap salam saya masa dalam kereta. Datang pun 2 kereta sebab lepas breakfast sama-sama dekat restoran berdekatan sekolah, Hubby hantar saya ke sekolah balik dan hubby terus balik rumah sebelum prepare nak pergi kerja. Saya selalu stay back kejap kat sekolah tengok apa kena buat sebelum ke tempat 'tenang' saya. 


5 biji kek untuk cikgu2 Tingkatan 3 tanda terima kasih. Mummy yang bertugas kumpul duit sikit seorang tempah kek ni. Bagi kek ni sebelum anak-anak PT3 break. 


Ok...Dania dah turun dengan kawan baik.  


Geng makan Dania.  Menu bihun Singapore pula hari ni. 


Group lelaki pulak. Walau ada paper 2 jap lagi muka berseri-seri tak sabar nak habis paper PT3. 


Masa anak-anak PT3 dah dikutip kertas, cikgu benarkan kami ibu2 yang bertugas masuk dewan peperiksaan. Apa lagi....pergi cari Dania kat belakanggggg rupanya. Third last tepi tingkap. 


Haa Dania dah tersengih ummi jenguk. 



Habis je exam ada murid bacakan doa semoga anak-anak ini nanti mendapat keputusan yang cemerlang. Memang tertib sekolah Dania ni. 


Sempat juga ambik video. Ada ayat2 guru penolong kanan yang membuatkan kami ibu-ibu terharu lalu mulalah mengalirkan airmata. 


Moga Dania akan mendapat keputusan yang cemerlang PT3 2019. So sekarang boleh la relaks sikit. Nak dapat keputusan nanti kita start gabra balik 😅😅😅 tapi ummi tahu Dania dah buat yang terbaik. Apa-apa keputusan insya allah ummi dan ayah akan terima....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.