Paginya breakfast kat hotel. Kena top up untuk seorang lagi breakfast. Banyak juga pilihan makanan kat sini. Makan kenyang-kenyang dulu baru nak berjalan-jalan ya...
Lepas breakfast kat hotel, jalan-jalan je sekitar hotel tapi kena berhati-hati buggy golfer lalu lalang. Sejuk je kan mata memandang kehijauan kat sini?.
Haaa ada papan tanda non golfers kena berhati-hati.
Ni la hotel Awana Genting Highland.
Bila dah check out baru la kami gerak ke Genting Premium Outlet. Kalau dengan Awana ni memang tak jauh pun. Parking kat Awana kena bayar ye. Bukan macam hotel selalu tu kadang-kadang tak payah bayar pun just cop je atau ada flat rate kena bayar. Kalau parking dalam parking bay hotel Awana Genting ni, 1 hari charge dia RM18. Kalau kita keluar tak sampai 1 hari kena charge per hour.
Ni salah satu kedai favourite Dania. Masuk2 dalam ni takde beli apa pun.
Kate Spade ni ada sale sampai 70% tapi bila masuk dan harga selepas sale pun macam tak menarik pun sebab harga beg yang berkenan pun nak dekat RM1000. Kita tengok je la kan?. 😁😁😁. Nasib baik bukan yang minat nak beli bag beribu-riban. Ada orang yang minat tapi kita tak la. Tapi....kalau pergi kat premium outlet kat USA, memang harga sangat-sangat murah eventhough dah convert duit kita. Kalau nak baca kisah saya kat premium outlet kat USA kat sini
Cuaca kat sini selepas hujan berkabus. Boleh tengok kabus macam masuk area sini. Orang pun pakat ambik gambar termasuk saya la buat video.
Kat sini cuma beli wallet comel saya kat Fossil. Namanya Emma RFID Mini Wallet. Sekarang ni saya suka wallet comel dan ringan. Sebelum ni wallet saya selalunya besar gedabak. Ini beg saya pun dah makin mengecil. 😂😂😂. Saya tak suka bawak beg besar-besar. Beg pula saya selesa yang ringan ajer.
Credit : Google
Nama RFID tu macam ala-ala kat tol tu kan sebenarnya wallet ni boleh protect kita dari orang curi info debit/credit card kita dan buat pembelian. Zaman sekarang ni macam-macam kan?.
"We've designed this product with a special lining to help protect the Radio Frequency Identification (RFID) chips in your credit and debit cards from unwarranted scanning." - Fossil
sy pun tgh cari wallet. tapi masih belum ada yg berkenan.. hehehehe
BalasPadamwah bestnya cuti2 genting tu
BalasPadamalhamdulillah best nya tu. enjoy your day ^_^
BalasPadam