Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, October 6

Peperiksaan PT3 2019

Umum telah maklum PT3 2019 sepatutnya bermula pada 30 Oktober 2019 tetapi disebabkan kemangkatan Sultan Ismail Petra dan negeri Kelantan bercuti selama 2 hari maka PT3 2019 subjek Bahasa Melayu 1 dan 2 ditangguhkan ke 9 Oktober 2019. 

Maka, hari pertama PT3 dimulai dengan subjek Bahasa Inggeris 1 dan Bahasa Inggeris 2. Yayyyy dimulai dengan subjek favourite Dania. 

Pagi lagi ummi dah hantar Dania ke sekolah. Jam betul depan sekolah agaknya mak ayah nak hantar anak yang nak exam PT3 ditambah dengan murid yang bersekolah sesi pagi. Setelah hantar Dania, ibu bapa dan pihak guru-guru termasuk Puan Pengetua juga murid yang tidak terlibat dengan PT3 tingkatan 4 dan 5 sama-sama membaca yassin untuk murid yang akan mengambil PT3. 

Murid PT3 jam 7.30 pagi dah mula naik ke dewan peperiksaan. Dania dah siap breakfast pagi. Kena breakfast ya sebelum nak pergi exam. Masa nak naik ke dewan peperiksaan tu ada salam la beberapa cikgu. 

Hari pertama 1 Oktober 2019 : Bahasa Inggeris 1 dan Bahasa Inggeris 2


Depan ni kawan baik Dania nama Zalilah. 


Dania dan Zalilah kelas lain lain dah Tingkatan 3 ni. Ok Dania tengah salam cikgu.


Malu la pulak ummi ambik gambar. 


Ni makanan yang disajikan. Menu hari ini nasi goreng. Menu untuk murid yang vegetarian pun ada. Nasi goreng sayur. 


Hari Kedua 2 Oktober 2019 : Matematik 

Subjek yang digeruni oleh pelajar. Harap-harap yang terbaik buat mereka. Pagi ni bacaan yassin diteruskan seperti biasa. Dania masa malam nak exam subjek ni sibuk nak buat lagi latihan tapi ayah dan ummi dah suruh tidur awal sebab nak bagi fresh awal pagi. Matematik ni kalau buat nak kena minda yang fresh, jadi senang la nak jawab exam. 


Cikgu kelas Zalilah nak bagi amanat terakhir sebelum naik ke dewan. 


Dalam pada itu, ibu-ibu yang sukarela bertugas ambil kesempatan bergambar bersama Puan Pengetua. Disebabkan guna kamera saya.....gambar saya takde la ya....huhuhu


Gambar kali ni saya ada sebab guna phone Puan Pengetua. Kalau ada name tag tu guru. 


Saya dengan Puan Sharifah orang kuat PIBG. 


Ni nak tunjuk menu hari ini. Roti sandwich dan air mineral. Air ni telah dibacakan yassin ya. 


Dania tak pandang kamera la pulak. Dania dengan kawan-kawan sePRS. 


Hari ketiga 3 Oktober 2019 Geografi dan Rekabentuk dan Teknologi (RBT)

Ni tak tahu aksi apa ni.....hari ni berat sikit sebab dua dua subjek membaca. 



Ok time makan pulak. Menu yang disediakan pasta dan air mineral. Makanan disediakan hasil sumbangan ibu ayah dan disediakan oleh pihak kantin. Kenapa pihak kantin?. Untuk menjaga makanan supaya bersih sebab pihak pengendali makanan dah ada suntikan. Insya allah la kebersihan tu terjamin. Sepanjang exam pihak sekolah tak terima makanan luar. Takut terkena keracunan makanan. 


Dataran Ibu Sina ni akan sibuk dengan ibu ibu serta guru sepanjang peperiksaan. 


Ok ni group Dania masa rehat. 


Minggu depan akan diadakan PT3 untuk subjek Sains, Pendidikan Islam, Sejarah, Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2. 

Moga berjaya dengan cemerlang Dania Yasmine dan Nur Zalilah dan kawan-kawan semua yang mengambil PT3 2019. PT3 ini yang akan menentukan aliran masa Tingkatan 4 nanti. Dania memang ada aim untuk satu aliran ni. 

Setakat ni memang saya datang pagi baca yassin kemudian menghidangkan makanan lepas tu balik rumah kejap dan fetch Dania balik jam 1 petang. Penat memang penat tapi sebab Dania kan...ummi redah ajer. 

Doakan ya?....




***minggu depan sambung lagi gambar sebab ummi nak buat kenang kenangan. 

No comments:

Post a Comment